Social Icons

Pages

Wednesday, November 24, 2010

WiFi ni bahaya..betul ke?

Baca paper hari ni, ada berita berkenaan WiFi..em..yang internet tanpa wayar tu..kan sekarang ni tengah popular..g mana-mana pun, kedai makan ke, dah banyak yang menyediakan WiFi percuma untuk pelanggannya..Tapi dalam berita tu, dinyatakan kebimbangan WiFi ni boleh memberi kesan buruk pada tubuh badan manusia berikutan pokok yang diletakkan berhampiran dengan router Wifi perlahan-lahan menjadi kuning dan kulit pokok mulai mati..

Kalau betul, memang selalu terdedah lah..sebab sekarang ni kat sekolah ke, kat Universiti ke, memang banyak yang guna WiFi..apepun, korang boleh baca petikan berita ni..


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam. 

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning. Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal. 

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

16 comments:

afiqah said...

Eh eh eh betul ke cmni?
adoi. bahayaaaa.

qiki said...

alamak..bahaya nie...
thanks 4 d info.. =)

diriku said...

just sharing =] betul ke x tu xdpt dipastikan..he2

AnneRaini said...

huiyoo..ada betul ka ni???scary

Inaberry said...

kalo btul lah takut gak nak pg mana2 tpt yg ade wifi. pihak atasan perlu amik serius. bahaya...

Puteri Iqa Izyan said...

maybe ni sebab radar dia terlalu tinggi kot..


latest : kerana keterlucahan melampau.

Darling Pya said...

erk..ye ke??
baru tau nie...

Ainismaira said...

ayok..bahaya ni.. tp benda2 camni mmg bahaya pn.. effect jangka masa panjang..

Anonymous said...

memudahkan dan membahayakan... huhu

SFarhana said...

eh betul ke ni..
takut plak baca, dah la tengah gune wifi ni. wifi best sebab free, xyah bayar. hehe

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Adoiyai..cmne ni..hoho
xmustahil mkin lme,jgke hidup mnusia nnti mkin pndek.huhu

zahidahmy said...

ish2....tp,ape2 jek gelombang tak kire lah wifi ect,sememangnye bahaya...so,juz be carefull..:)

emma hamsaari said...

ayokk! rumah ada wifi ni... huaa.. jgnlahhhh.. I_I

nina suhaina said...

thanx la untuk info.
rupanay wifi ni ada bahaya yang kita tak sedar.

emieysandra said...

manusia, suke sgt menghbiskn duit ke arh kmwahan..bukan boleh bw mati pun..klu sdekah kt ank ytim kn bagus, huhu ;D

annfrendly said...

isk.. betul ke ni...
mungkin jugak..
ade pokok belimbing kat tepi umah tetibe je mati.. mungkinkah kesn wifi??