Social Icons

Pages

Sunday, October 21, 2012

Penghujung

Lebih kurang 2 bulan lagi, insyaALLAH aku akan menamatkan latihan Housemanship selama 2 tahun. Sekarang berada di posting terakhir sebagai houseman di jabatan A&E (Kecemasan)..masa yang berlalu dirasakan amat pendek..hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, kini aku berada di sini..

Bila saja tamatnya Housemanship Training, aku sepenuhnya bertanggungjawab terhadap segala perkara yang berlaku. Mudah-mudahan kerjayaku selepas ini dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Plan nak apply dulu Klinik Kesihatan, sebab waktu kerja Office Hour..tak perlu lagi berkejaran oncall, kurang masa untuk diri sendiri, keluarga dan masa untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang lain..he2..

InsyaALLAH selepas ini jika dimurahkan rezeki, akan bertukar ke Pekan Pahang untuk hidup bersama dengan isteri tercinta. Selepas berkahwin, masing-masing duduk berjauhan, amat-amat tidak best. Apa yang penting, selepas ini mempunyai masa hidup bersama lebi berkualiti sambil menunggu kelahiran baby sulung kami insyaALLAH awal tahun depan.

Pengalaman sebagai Houseman ini memang banyak mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan paling penting semangat yang tidak mudah putus asa untuk terus survived. Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari yang berlalu.

Berada di jabatan kecemasan memang banyak belajar. Acute Management, Diagnosis, plan of treatment, referral. Memang tak menyesal memilih jabatan A&E sebagai posting terkakhir berbanding jabatan bius. Walaupun jadual kerjanya yang panjang dan cuti pun memang sikit, tapi ilmu dan pengalaman yang didapati mudah-mudahan dapat digunakan bila dicampakkan bertugas di mana-mana hospital daerah atau klinik-klinik kesihatan.

Apepun, being a Doctor walaupun awalnya sangat-sangat stress dan hampir berputus asa, tapi pertengahan dan penghujungnya InsyaALLAH amat manis..