Social Icons

Pages

Wednesday, July 31, 2013

Iftar dan Qiam With Me 1434H/2013M

Alhamdulillah..selepas acara yang sama dianjurkan oleh Sultan Kesayangan Kelantan pada tahun lepas mendapat sambutan yang amat menakjubkan sehingga tersenarai dalam Malaysia Book of Record, klik sini untuk membacanya, kini dianjurkan lagi pada tahun ini sempena Ramadhan 1434H bersamaan 2013M..Tapi yang bezanya disertakan sekali majlis berbuka puasa disamping solat terawih dan kuliah Ustaz Azhar Idrus dan majlis Qiamullail.


Majlis ini akan diadakan pada 4-5 Ogos 2013 (Ahad dan Isnin) bersamaan 26-27 Ramadhan 1434H di Dewan Jubli Perak Istana Negeri, Kubang Kerian Kelantan bermula jam 6petang hingga 6.30pagi. Bagi yang tinggal berdekatan jika berlapangan, eloklah kita ramai-ramai memeriahkan majlis ini. Sesungguhnya majlis ilmu di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan dikurniakan ganjaran yang besar oleh ALLAH SWT..

Antara pengisian untuk program kali ini

4 OGOS 2013

7:30 malam
Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, dan Santapan Malam Bersama KDYMM Sultan Muhammad ke V dan YTM Tengku mahkota Kelantan.

10:00 malam
Solat Fardhu Isyak, Solat Sunat Terawih dan Majlis Pengurniaan Zakat kepada 1434 Asnaf oleh KDYMM Sultan Muhammad ke V dan YTM Tengku mahkota Kelantan.

11:30 malam
Moreh Minda bersama Ustaz Azahar Idrus

5 OGOS 2013

3:00 pagi
Sejuta Istighfar, Qiamullail, Sahur dan Solat Fardhu Subuh bersama KDYMM Sultan Muhammad ke V dan YTM Tengku mahkota Kelantan.

SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR

Semoga Tuanku sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dan menyuburkan Syariat Islam di bumi Kelantan yang tercinta..ALLAHHUAKBAR!!!

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)