Social Icons

Pages

Sunday, July 28, 2013

Kelahiran Yang Dinanti

Assalamualaikum..alhamdulillah..Allahhuakbar..segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam..masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan waktu untuk terus hidup dan bernafas dia atas muka bumi ini untuk meneruskan hidup sebagai khalifah ALLAH SWT di muka bumi.
Sudah lama menyepi dalam dunia blog. Diriku masih lagi sama, cuma keadaan sekeliling telah berubah. Alhamdulillah..sekarang telah bergelar seorang bapa kepada seorang bayi yang cumell, anugerah ALLAH SWT kepada diriku dan isteri. Sekarang telahpun berumur 5 bulan, membesar dengan sihat, syukur padaMu Ya ALLAH.Benarlah, anak itu pengikat kasih sayang dalam sebuah ikatan keluarga, hubungan suami isteri.


Masih teringat lagi SMS dari isteriku pada bulan Mei lebih kurang setahun yang lepas.."Nur Pregnant". SMS yang ringkas pada zahirnya, tetapi memberikan kegembiraan yang cukup tinggi. Alhamdulillah. Sepanjang kandungan dipermudahkan oleh ALLAH SWT..alahan atau morning sickness walaupun ada, tapi alhamdulillah sedikit saja. Hanya doa yg tidak putus-putus dipanjatkan kepada Rabbul Alamin supaya isteri dan kandungan sihat selalu, kerana kami duduk berjauhan, bimbang kalau terjadi apa-apa kepada isteri di Pekan Pahang sana ketika itu. Ini kerana diriku berada di bidang kesihatan, bermacam-macam penyakit atau komplikasi boleh berlaku ketika ibu hamil, yang kebanyakan terjadi kepada pesakit-pesakit di Klinik tempat aku bertugas. Abortion, PV bleeding (pendarahan dari faraj), Morning sickness (alahan) sampaikan tidak boleh makan langsung, frequent admitted kat ward sebab tak boleh tolerate orally. Susah jugak kan.

Alhamdulillah..sepanjang isteriku hamil, diriku membekalkan supplement Madu Habbatus Sauda. Walaupun diriku berada di dalam bidang perubatan, makanan sunnah jangan kita tinggalkan. Seperti mana yang kita maklum, ibu yang hamil, masalah paling utama dihadapi ialah sembelit. Alhamdulillah, pemakanan Madu yang dicampur HABBATUS SAWDA memudahkan ketika buang air besar. Di samping madu ini memberikan kesihatan yang baik kepada ibu dan anak dalam kandungan. Jika kalian maklum, Yahudi amat menjaga zuriat keturunan mereka. Ketika dalam kandungan lagi telah dijaga dengan rapi, ibu diberikan supplement kekacang dan sebagainya untuk melahirkan anak yang cerdik. Untuk tujuan apa tu??

Allah berfirman dalam AL-QURAN: "Dan Tuhanmu memberikan ilham kepada lebah: 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." (Surah An-Nahl [16]: 68-69)


Sabda Rasullullah SAW:
"Tetaplah kamu dengan Al-Habbah Al-Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi penawar bagi segala penyakit kecuali MATI''

(H.R : Al-Bukhari/Muslim)


Ketika sampainya waktu bersalin, diriku berada sekali bersama isteri. Pukul 3 pagi 2/2/13, isteri telah mula merasai contraction pain (sakit perut). Jadi, diriku sendiri timing contraction..emm..baru 1 in 10, 10 sec..(contraction sekali dalam sepuluh minit, 10 saat setiap kali contraction). jadi, masih lagi boleh tunggu kat rumah. Siap-siapkan baju-baju, bancuh air milo kat isteri, bagi dia rehat-rehat dulu. Tepat jam 5 pagi, timing contraction sekali lagi, lebih kurang 2-3 in 10, 20sec..ok..dah boleh pegi wad bersalin..untuk makluman, contraction frequency untuk dikatakan sesuai masuk bilik bersalin kena at least 2 in 10..kalau isteri contraction cuma 1 in 10, memang selalunya berehat dulu kat wad.. Jadi, betul tak tindakan aku, bagi isteri makan minum dulu dan rehat-rehat kat rumah, kemudian baru pergi HUSM Labor Room.

Sampai di HUSM, cek bukaan OS..3cm..fuhh..belum active phase of labor..tapi contraction makin kuat..tolak masuk bilik bersalin, Under USAINS..dalam bilik tu diriku memberikan isteri minum air zam-zam dan makan sedikit kurma. Mengambil kisah Mariam yang melahirkan Nabi Isa a.s..Alhamdulillah..active phase of labor tak lama..dalam pukul 8 pagi, bukaan os dah fully, kemudian sekali lagi mengajar isteri cara meneran yang betul. Lebih kurang 10minit, baby dah selamat dilahirkan. Semacam tak percaya, bayi itu adalah anakku. Mana taknya, selama ini hanya menyambut bayi orang lain kat hospital, sekarang ni anak sendiri..hehe.. Alhamdulillah..bayi selamat, isteri pun selamat..
Day 1 of life, BW 3.15kg
Hari kedua tengok baby kami dah ada Jaundice atau kuning.. Benda biasa dah kan bayi kekuningan ni di tambah lagi isteri berdarah O+ve. Jadi, dah bagitau isteri pagi-pagi esok nam amik darah baby, nak hantar makmal HRPZ, nak cek level kuning tu. Dah bagitau dia jangan tengok k, sbb takut sedih..Sebab naluri ibu tak sanggup tengok anak sakit lebih-lebih lagi dicucuk. Jadi, awal-awal pagi lagi, ketika isteri masih tidur, aku amik darah baby..Alhamdulillah first try dah dapat, baby pun tak menangis,tak sempat rasa sakit kot..hehe..g hantar makmal, dapat result 170. below phototherapy level..called HUSM, trace result G6PD, normal. G6PD adalah salah satu punca bayi menjadi kuning..

Cukup usia satu minggu, bawak bayi bercukur atau cukur jambul dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) di masjidnya di Pulau Melaka. Malam sebelumnya, dah finalize ngn isteri senarai nama untuk bayi kami ni, untuk dipilih oleh TGNA yang mana sesuai. Setibanya di masjid TGNA, sudah ramai yang menanti. Dari Jeli, KL pun sanggup datang untuk amik berkat TGNA mencukur jambul bayi masing-masing. Sembahyang Subuh dulu pagi tu yang diimamkan oleh TGNA sendiri. Isteri berada dalam kereta memegang bayi. Selesai solat Subuh, cepat-cepat turun kat kereta, amik bayi, beratur untuk bertemu TGNA..Ramai sudah yang beratur. Tiba giliranku, salam ngn TGNA, jambul bayi dicukur, di'belah' mulut dgn air zam-zam, buah tamar, kemudian bagi kat TGNA senarai nama yang dah finalize ngan isteri malam semalam tu..NURINA AMANI BINTI MUHD HAFIZ..Itulah nama yang sesuai kata TGNA..
cantik nama tu..terima kasih TGNA..

Bapa yang membawa bayi masing-masing beratur menunggu giliran
 
TGNA, Diriku dan baby

 
Sekitar rumah TGNA (yang berwarna Hijau) merupakan kediamanya

Habis cuti bersalin, kami mula berjauhan semula..isteri dan bayi berada di sana, diriku berada di sini..disana menanti, disini menunggu..hehe..susah bila berjauhan, jadi, lepas berbincang, fikir pro and cons, isteri amik keputusan berhenti mengajar di ICAM Pahang, sambung phD. Boleh duduk sekali ngn suami dan anak. Alhamdulillah bulan 6 tahun ni baru kami berada bersama, tiada lagi PJJ. Bangun pagi dapat tengok baby, isteri berada disisi, itulah kebahagiaan yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit.

Berkenaan madu dan Habbatus Sawda juga, mungkin berkat madu, habbatus sawda dan makanan sunnah, bayi kami dapat demam first pada usia 5 bulan. Sebelum tu alhamdulillah sihat..Benar penyakit itu dari ALLAH SWT untuk menguji hamba-Nya, tetapi kita berikhtiar untuk mencegahnya..tapi kalau dah DITAKDIKRAN berlaku, tak dapat dielakkan..Jadi tak salahkan kita mengamalkannya..disamping menghidupkan sunnah Rasul junjungan kita.

NURINA AMANI, Pose ketika tidur =)

Dipendekkan cerita, sekarang ini, isteri akan menghadapi temuduga untuk menjadi pensyarah di UMK pada hari Rabu ni..minta kawan-kawan doakan jugak k..dah panjang bercerita..sekarang pun dah larut malam..tulis cerita ni ketika kt klinik wat LOCUM,cari duit lebih, maklumlah raya dah dekat,hehe.. patient takde..esok pagi balik..salam Ramadhan..Sama-sama kita mencari malam Lailatul Qadar..Assalamualaikum

 
Salam Ramadhan, NURINA AMANI 5 months old