Social Icons

Pages

Thursday, February 24, 2011

Telefon bimbit punca barah?

Tajuk ni kita biasa dengar kan..bahaya jugak lah kan bagi sesiapa yang bergayut lama2 guna handset ni..
LONDON: Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia, lapor pakar perubatan, semalam.

Telefon bimbit juga meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang mendapat pelbagai penyakit contohnya seperti barah. Penyelidikan santifik terhadap beratus-ratus pengguna telefon bimbit yang terdedah kepada signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia di dalam otak sebanyak tujuh peratus. ‘Metabolisme otak’ ini berlaku di bahagian paling hampir dengan antena telefon bimbit - yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat atau menerima panggilan.

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh merangsang sel otak. Sesetengah pakar perubatan mengatakan anda tidak sepatutnya meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur dan syarikat telefon bimbit juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit. Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu.

Pakar penyelidik di Britain menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai penemuan terbaru itu. Ahli sains neuro, Profesor Patrick Haggard daripada Universiti College London, berkata: “Sekiranya penyelidikan lebih lanjut mengesahkan bahawa signal telefon bimbit memberi kesan kepada metabolisme otak, amat penting untuk mengkaji sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.”

Saturday, February 19, 2011

Makanan Eksotik New Zealand

New Zealand bakal memperkenalkan Hidangan air mani kuda..Kalau kita dengar memang rasa pelik dan jijk kan..tapi bagi penggemar makanan eksotik, memang diorang tertunggu-tunggu kot hidangan macam ni..ha2..macam xde benda lain dh nk makan..pepun, korang boleh baca petikan berita ni..boleh tambah power selama seminggu tu..ha2..


WELLINGTON: New Zealand yang dikenali sebagai destinasi sukan ekstrem seperti terjunan bungee dan luncur salji kini mengubah haluan kepada hidangan makanan apabila menyediakan air mani kuda kepada penggemar makanan eksotik. 

Sajian itu akan disediakan dalam majlis tahunan Festival Makanan Eksotik di bandar Hokitika di Pulau Selatan bulan depan bersama hidangan lain seperti kala jengking, kumbang disalut cokelat dan ulat goreng. “Sajian air mani kuda dapat memberi anda kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu,” ujar penternak kuda lumba di Christchurch, Lindsay Kerslake. - AFP

Friday, February 18, 2011

Curi Kondom



Zaman sekarang ni, apa benda yang boleh bagi duit, kira jalan..kes curi, rompak memang dah jadi perkara biasa kita dengar kan..yang terbaru dalam paper, curi kondom..he2..xpe, yang penting duit masuk kan..






IPOH: Tiga lelaki yang juga pekerja kilang membuat kondom di Batu Gajah antara yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian lebih 700,000 kondom ultra nipis bernilai RM4.5 juta yang hilang dari kontena sebaik tiba di Tokyo, Jepun pada awal bulan lalu.

Bekalan alat kelengkapan seks berkenaan yang dihasilkan di dua kilang di negeri ini dihantar menerusi Pelabuhan Klang, Selangor pada 6 Januari lalu, namun sebaik tiba di Tokyo pada 25 Januari lalu, kontena berkenaan didapati kosong.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan yang diminta mengulas kes berkenaan semalam berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di sekitar negeri ini dan Klang, Selangor kelmarin.

Beliau berkata, mereka (suspek) dipercayai anggota sindiket antarabangsa ditahan reman sehingga esok dan pihaknya yakin menahan beberapa lagi ahli sindiket berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Sindiket berkenaan disertai sekumpulan individu yang mempunyai rangkaian luar negara,” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, semalam.

Katanya, kondom yang hilang itu mempunyai nilai jualan yang tinggi di negara ini.

Merasai Gaji Yang Pertama

Pejam celik dah dekat 3 bulan dah keje..tapi tidak bergaji..he2..bila telefon tanya unit Gaji, kemungkinan Gaji masuk 24hb ni..waa..bestnya..kumpul 3 bulan..tengah menghitung hari lah ni..he2..merasai gaji yang pertama..dalam kepala ni memang banyak sangat planning..Nak beli kete + Handset + Cincin..he2..cincin masuk skali tu..untuk merisik seseorang..he2..Gaji first ni memang plan nak belanja sakan untuk famili..sebab tanpa mereka, siapalah diriku ini..mewahkan famili dulu, kemudian barulah fikir turn diri sendiri pulak kan..

Sunday, February 6, 2011

Kahwin Dalam Banjir..

NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam
Untung jugak kan kawen masa banjir ni..lepas kawen boleh terus berbulan madu n bersiar2 menaiki bot seolah-olah macam kat pulau walaupun hanya kat kampung sendiri..he2..macam pasangan yang kt Muar ni..yang penting, majlis tetap berlangsung dengan jayanya...semoga berbahagia ke akhir hayat diucapkan kepada pasangan ni..

Thursday, February 3, 2011

Oncall, Wajarkah?

Salam buat kawan-kawan..lama dah tak update blog..'best' tau keje..berkejaran sana-sini..curi-curi masa untuk g makan..ha2..tapi kerja dalam bidang ni amat best kalau sistem oncal ni dinilai balik..nak tau ape yang 'menarik'nya tentang oncall?

OK..Oncall ni maksudnya memang kerja 24jam..maksudnya dari pagi Punch Card tu, sampai la pagi esok pukul 8..dalam tempoh masa ni kena cover patient dalam wad..kalau ada new admission kena bereskan..kalau ada ape2 emergency. kena attend..

Tapi yang rasanya amat tidak adillah kan antaranya kalau time kita oncall, xde kes sangat, maksudnya xde problem, kerja kita just cover patient kat wad..pukul 1 @ 2 pagi, boleh tdo..tapi kalau ada byk new admission, gerenti xtdo..xpun telefon asyik berbunyi sebab ada keje menanti..pastu pukul 8 sambung keje sampai petang..ingat Robot ke keje camni kan..robot pun blh abis bateri kan..ha2..

Berbanding ngan Nurse, diorang kalau keje malam, akan ada OFF..memang patut pun kan sebab penat tau berjaga malam..camne kita boleh berikan khidmat yang terbaik untuk keesokan hari kalu tdo pun xleh, badan pun penat..kalau badan dah penat mulalah berlaku kesilapan kan..zaman sekarang ni orang dah cerdik, saman tu main2 je kan..

Emm..xde sape kan nak bela nasib kami..semoga nasib para doktor suatu hari nanti akan lebih terjaga harap2nya.. Aminn...yang penting sekarang, kena ikhlaskan hati..berkhidmat terus berkhidmat =]