Social Icons

Pages

Friday, February 18, 2011

Curi Kondom



Zaman sekarang ni, apa benda yang boleh bagi duit, kira jalan..kes curi, rompak memang dah jadi perkara biasa kita dengar kan..yang terbaru dalam paper, curi kondom..he2..xpe, yang penting duit masuk kan..






IPOH: Tiga lelaki yang juga pekerja kilang membuat kondom di Batu Gajah antara yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian lebih 700,000 kondom ultra nipis bernilai RM4.5 juta yang hilang dari kontena sebaik tiba di Tokyo, Jepun pada awal bulan lalu.

Bekalan alat kelengkapan seks berkenaan yang dihasilkan di dua kilang di negeri ini dihantar menerusi Pelabuhan Klang, Selangor pada 6 Januari lalu, namun sebaik tiba di Tokyo pada 25 Januari lalu, kontena berkenaan didapati kosong.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan yang diminta mengulas kes berkenaan semalam berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di sekitar negeri ini dan Klang, Selangor kelmarin.

Beliau berkata, mereka (suspek) dipercayai anggota sindiket antarabangsa ditahan reman sehingga esok dan pihaknya yakin menahan beberapa lagi ahli sindiket berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Sindiket berkenaan disertai sekumpulan individu yang mempunyai rangkaian luar negara,” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, semalam.

Katanya, kondom yang hilang itu mempunyai nilai jualan yang tinggi di negara ini.

5 comments:

atie said...

ooo..psl kondom ni..siapa la yg curi sampai kosong kontena yg export kondom tu~

cik.shabah said...

agak agak ah nak curik kondom kottt !he he he ;p

Anonymous said...

ha..ha...

diriku said...

ha2..mahal jugak tu kalau 4.5juta...

xazryx said...

mahal betul kondom skrg ni ea .lebih2 lg yg 4.5 juta tuh .HAHA .