Social Icons

Pages

Saturday, December 31, 2011

Alalalala Tok..Jangan Saman..

Selamat Menyambut Tahun baru 2012..tak sampai sejam lagi, maka berlabuhlah tirai 2011, bermula lah sinar baru tahun 2012..semoga tahun 2012 ini menjaminkan kejayaan dan kebahagiaan yang diharapkan..


Maka, berbalik kepada Tajuk entri..bermula 1 Januari 2012, maka penguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang akan dikuatkuasan..maknanya, jika penumpang didapati tidak memakai tali pinggang keledar, maka melayanglah duit yang penat jerih kita nak mendapatkannya..


Entahlah nak bagitau apa..tapi kalau kereta yang lama, yang memang takde pun tali pinggang keledar, takkan la hanya dapat naik 2 orang saja kan..pemandu dan penumpang sebelah pemandu..sebabnya kalau duduk kat belakang, takde tali pinggang..jumpa polis, tak pasal-pasal kena saman..undang-undang manusia..tak sama undang-undang Maha Pencipta kan..pepun, selamat Menyambut Tahun Baru 2012!!






Friday, December 30, 2011

Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Wanita





Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.


1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.


2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.


3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.


4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.


5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.


6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

Wednesday, November 16, 2011

Kampungku Indah Permai



Di Sini
Tempat aku membesar
Tempat aku bermain sewaktu kecilku
Tempat ini memang menggamit memoriku
aku pun sudah jauh meninggalkan usia waktu kecilku ini

Syukur padamu Ya ALLAH
Segala Nikmat yang telah engkau berikan padaku
Sehingga aku mampu berada pada kedudukan sekarang
Semoga tempat ini terus berada dalam ingatanku selama-lamanya..
Supaya aku tidak sesekali melupakan tempat asal diriku ini.. 

Macam Pelakon Indonesia

teringat lagi ketika aku kena join Klinik Ortopedik masa kat Hospital Kuala Krai...patient ramai jugak lah..so, kena hadkan masa setakat yang mampu, tapi yang paling penting, kena dengar dulu apa masalah sebenar pesakit dan cuba selesaikannya..so, bila dah dekat tengah hari, ada la sorang makcik ni masuk..last patient..tengok jam dah tengah hari dah..perut pun dah berbunyi minta diisi..nak cepat2 abiskan lat case ni..


Makcik ni pun ceritalah dia punya masalah..sakit lutut..em..memang penyakit ni 'common' untuk golongan berumur..osteoarthritis..sejenis penyakit degenerative jugak...rawatan dia kalau dah berumur sgt, bila dah tak 'fit' untuk surgical intervention, memang bagi ubat untuk hilangkan simptom je lah..dan ubat untuk menguatkan tisu rawan kat lutut..


Ok..kemudian, bila je makcik tu nak blah, dia cakap : "muka Dr ni macam Pelakon Indonesia..betul makcik cakap, macam selalu tayang kat TV"
ha2..aku pun terus jawab.."pelakon yg jadi Hero ke yang jadi orang jahat?kalau orang jahat saya x nak..ha2.."


Entah pelakon mana yang dimaksudkan..tapi yang penting, aku tetap aku :)



Wednesday, November 9, 2011

Basikal sperma?Ada jugak ke?


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.
Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.
"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.
Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.
Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.
Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.
Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.

Friday, November 4, 2011

Dah Suku Abad Rupanya..Alhamdulillah

Sedar tak sedar..alhamdulillah..hari ni genap umur 25 yahun..dah suku abad rupanya umurku..pejam celik..rasa macam sekejap je masa berlalu..Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi dipanjangkan umurku ini, masih lagi dapat berbakti pada orang yang memerlukan..sejak zaman Facebook ni, ramai kawan yang wish Hepi Birthday..sebab senang kan ada notification tentang birthday seseorang..terima kasih sangat2...paling penting, terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapaku yang mendidik, mengasuh n membesarkan aku..tanpa mereka berdua, aku takkan berada pada kedudukan sekarang..Terima kasih semua :)

Friday, October 28, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Taj Mahal 'Moden' Kini Terbiar??

Rugi jugak kan...dah la kos pembinaan bukannya murah..mencecah USD 2 billion, tapi tidak digunakan..jangan silap faham k..Bukan Taj Mahal yang menjadi bukti cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal..tapi ini Taj Mahal yang versi baru..Taj Mahal kurun ke-21..masih lagi terletak di India..telah dibina oleh seorang Billionair India dengan kos mencecah USD 2 billion atau RM6.3 billion..mahal tu..sekaligus menjadi kediaman termahal di dunia..Klik sini...



MUMBAI: Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala.Bangunan 27 tingkat itu - dinamakan Antilia - adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion. Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu.


Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.Memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung, menurut penilaian vastu shastra - sejenis kepercayaan seperti feng shui - Antilia akan membawa nasib malang kepada penghuninya.


Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.


Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi. Menurut sumber, Mukesh akan kembali ke rumah sedia ada setiap kali majlis berkenaan selesai diadakan. “Dia enggan bermalam di Antilia,” katanya.

Menurut falsafah vastu yang digunakan dalam pembinaan kuil Hindu, sesebuah bangunan mesti menghadap matahari terbit.


Bahagian timur Antilia pula tidak memiliki tingkap atau ruang terbuka mencukupi bagi membolehkan penghuninya mendapat cahaya pagi mencukupi. 
Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka - sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai.

Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar. - DM

Kerana Abang..Adik Menderita..


Abang Rogol adik, Ayah rogol anak..macam dah jadi perkara biasa dengar dah kan sekarang...


PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.
Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun. 
Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.



Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.

Madu Dan Habbatus Sawda Sebagai Ubat Yang Terbaik..


Bagi yang mencari Rahsia penyembuhan
Sunnah Nabi S.A.W. & dinyatakan dalam Al-Quran
Anda WAJIB BACA MAKLUMAT di bawah!

KELEBIHAN AMALKAN PRODUK MADU DAN HABBATUS SAWDA. KEMBALI KEPADA AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH YANG MULIA. KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH SWT DALAM Ramuannya yakni MADU ASLI TANAH ARAB , Habbatus Sauda
http://farm4.static.flickr.com/3128/2507913042_0d9dcfc565.jpg
Allah berfirman dalam AL-QURAN: "Dan Tuhanmu memberikan ilham kepada lebah: 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." (Surah An-Nahl [16]: 68-69)


Sabda Rasullullah SAW:
"Tetaplah kamu dengan Al-Habbah Al-Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi penawar bagi segala penyakit kecuali MATI''
(H.R : Al-Bukhari/Muslim)





Ibnu Qayyum al-Jazwiyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi’ad fi Huda Khayri al Ibad”: Jika Habbatussauda dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan air batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluar air kencing, darah haid dan susu ibu.

Dr. Michael Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatussauda mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang sangat berkesan.

http://www.rizi-biz.com/wp-content/themes/visoko-rizi/images/utusan.jpg

“ Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia ” 
(Al-Quran, Surah An-Nahl:69)


“ Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut ” (H/R: Bukhari)

Perut adalah lubuk segala penyakit.90 % penyakit adalah bersumber dariusus.Tabiat Pemakanan yang tidak terkawal, menyebabkan gangguan pada sistem tubuh dan organ penting badan. Bahan yang berlebihan sama ada zat pemakanan atau sisa buangan menjadi toksid yang membahayakan tubuh. Madu Sawda membantu mengeluarkan bahan toksid seperti Uric Asid yang berlebihan melalui dua saluran buang air (kecil & besar) serta liang roma (peluh). GUNALAH MADU BERSAMA HABBATUS SAWDA untuk menyembuhkan usus dan keseluruhan tubuh badan anda!
[testimonial-1.jpg]

[testimoni8.jpg]

lagi testimoni minuman MASAD CAFE




InsyaALLAH..disamping kita berubat dengan perubatan moden, amalkan meminum madu dan habbatus sauda..

Untuk sebarang tempahan/ pertanyaan, hubungi : 

Dr Hafiz 019-9814470
(Stokis Pasir Puteh Kelantan)

Sunday, October 16, 2011

Bila Usia Wajib Persaraan Dilanjutkan...



Apa akan jadi bila usia wajib persaraan untuk sektor awam dilanjutkan?mungkinkah akan jadi seperti dalam gambar ni?ha2..Tapi 60 tahun tu memang tak sesuai dah kan untuk bekerja..tambah-tambah lagi kalau cikgu ke, bangunan sekolah sekarang ni bukannya rendah kan..4 tingkat pun dah biasa dh..bayangkan kalau nak naik tangga..mesti lutut ni sakit..sepatutnya usia sebegini dah rehat-rehat kat rumah bermain ngan cucu-cucu..tenangkan minda, rehatkan diri sepuas-puasnya selepas berpuluh-puluh tahun dah bekerja..

Friday, October 14, 2011

Sultan Kedah dipilih Yang di-Pertuan Agong baru

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
    
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini.








Tuesday, October 11, 2011

What are the 'special' being a Dr in our setting?

Interesting articles to read..to friends or Doctor to be. should read this article..because it is reality that happen and still happen even today and maybe longer..it does not mean to discourage someone's ambition to become a Doctor, but the reality that they will face when they hold title Doctor soon..



Why we left and why we will continue to leave...
Posted by: MS Mohamad

I read an interesting article today about a few prominent figures addressing their concern over the increasing UKM and UM medical graduates who have left the country to continue their medical practice overseas.

After reading the news for 3 times, I called a very close friend, an MD (UKM) graduate to ask his opinion on how the news might have affected him. He has been working in Singapore for more than a decade as a Consultant Surgeon with a certain sub-specialty

"Why be a slave in your own country, when you are a king in another?" He replied.

Indeed, if anybody would want to find a reason why all of us left, either after housemanship, after being a specialist, or even after sub specializing, and now, even prior to doing housemanship, they need not look at our payslip, or the wealth that we have gained overseas, but only to the Medical System that has been rotting in the ignorance and politic-based stupidity that Malaysia has been well-known for (in the medical field).

I have served the system for nearly 2 decades of my career, waiting for it to improve for so long, and only finding myself in despair, quitting with a 24-hour notice and serving abroad. The system is, in my opinion, keeping doctors, since the beginning of their career as House Officers to the end of it, in the lowermost priority. When I was working there, doctors are so ill-treated, while the nurses and the medical assistants are overpowering us.

I still remember the days when I was doing seeing patients and rounds as an MO, while the staff nurses would mind their own business, having breakfast in the pantry, or having gossip chats at their own leisure. My House Officers would then have to do merely all the labour-work, up to the extent of setting intravenous drips, and serving medications. If I am to expect the nurses, my patients would have been dead, or the work would have been too slowly or incompletely done.
When I was a House Officer, I had to run down 4-5 floors just to review a blood investigation of a dying dengue patient. The ward staff would either be nowhere around, or will say that he is busy (busier than the doctor?) or the answer I got at that time:

"Doktor nak cepat, doktor turun sendirilah, gaji doktor lagi banyak dari saya"

Even when I was a Specialist, the staff nurses had to be called again and again just to make sure the management plan for the patient would be done. I was already used to answers from them:

“I’m busy with something else"

“My shift is already over"

...it was routine for me.

The Medical Assistants were worse. They would hide behind their so-called boss, the Head of Medical Assistant. They feel hiding behind him would make them not under our jurisdiction, that we have no power to instruct them in managing the patient, that they have power to manage own their own. I've seen them giving medications not as we prescribed, performing procedures without our knowledge, as if they are the actual "Doctors". They are in their own world, and we have to do their job, taking blood, labelling samples, and even cleaning gadgets from the procedures that we have done.

Oh, but the ministry loves this group. They even let them run a clinic now, instead of upgrading the clinics already run by doctors. The government feels that the MAs are very important and should never be ill-treated by those big bad doctors. One time when I was a District Hospital Medical Officer, I was conducting a delivery of a baby. An MA insisted that I remove my car which was block-parking his car. I answered through the phone that I was busy.
He came to the labor room and yelled "Semua orang pun sibuk jugak, macamlah doktor seorang yang sibuk!” 

It is insulting that an MA or a staff nurse claims that they are BUSY, as busy as a doctor? As a Malaysian Doctor, I have even worked for 72 hours straight. I have experienced working until my 6 month old daughter did not recognize me at the end of the week.

Is that how busy they are? I am very sure that they are so busy, that they can only spend 2 hours at the nearby Mamak stall, or can only leave at 5:10 PM instead of 5, or can only have 1 hour of lunch.

The management staffs are worse. I have to beg and plead so that I can get my on-call claims, of RM25 per 48 hours of work. While sitting in an air-conditioned office, they will at their own leisure, process my call claims so that I will receive them by the next decade.

The state health or Hospital Director would just give another inspirational talk (of bollocks) on team effort and beauty of teamwork.

That is how Malaysian doctors are treated in the government sector: without respect, without dignity and without significance. Why?

It is because we are bound by ethics to try our best to save lives, despite how ill-treated we are. We hardly have time to complaint because we are too busy or tired, and we would rather spend the precious time resting or seeing our loved ones. The burden of trying to save lives is on our shoulders alone. No MAs or Staff nurses would shoulder it with us. They have their own bosses: the Sisters, Matrons, or Head of MAs, which job description is to ensure that the big bad doctors will not ask their underlings to do extra work.

This is how the Malaysian Ministry of Health have treated their doctors. I am very sure that in each and every doctor, there is a slowly-burning patience in serving the Malaysian people, which will eventually fade and cause them to surrender to serving a place that treats them better.
A few colleagues who graduated from UK choose to serve there:

"The pay is more, and we get the respect we deserve"

Another works in Brunei:

“Here the staff nurses respect Malaysian doctors, and they are very co-operative" (He ended up marrying one)

A few are consultants in Singapore (working with me):

"Here we are treated well, we spearhead the management, and every else do their work to the best of their capabilities".

A few even enjoys working in Indonesia:

“The work-load is horrible since there are a lot of patients, but we are well respected by every hospital personnel" (They have migrated there for nearly a decade)

I am sure that people will see doctors as power-hungry individuals who want to be the boss in the hospital. Trust me, after having graduated 6-7 years of medical school, earning a DEGREE, and subsequently MASTERS, and SUBSPECIALITY, you would expect a degree of respect and being considered important. We are trying our best to improve patient's quality of life, or making sure he lives another day. Is it too much to ask from the system that we are important?

I find that Malaysia is the only country that is making doctors' lives miserable and treated like rubbish. It was never about the pay in the first place. It is about the treatment we are getting and the false political-based promises. Do you know that the so-called circular about doctors can have the day off after working 24 hours straight released JULY 2009 is not yet implemented? Do you know that the raise of UD 41 to 44 does not involve every doctor in the government service?

We are waiting for improvement. We have waited a long time when we were working in the system. Somewhere along the line we decided to leave and wait outside the system. Until the system changes, we will continue to work overseas, in countries which are appreciative of us. Trust me, Malaysian-graduate doctors are considered highly skilful and competent in neighbouring countries, and the 15 % brain drain is more significant than you think.

We will return when the system prioritize us and gives us the quality of life we deserve.
If it stays the same, Malaysian Hospitals would end up having Staff nurses and Medical Assistants as "Doctors", and we would have to send patients to Indonesia for an appendicectomy.

Hear our voice. We hardly speak, but will usually fade away from conflict (and fly to another place).


Wednesday, October 5, 2011

Apple IPhone 5?

Betulkah khabar angin yang Apple akan keluarkan Iphone 5?

                           .................

Those of you hoping to hear news about the iPhone 5 may have been a bit disappointed by today's Apple press event, but the iPhone 4S seems to have plenty of solid improvements on the way. Iphone-topcorner
The new phones will be available for pre-order on Oct. 7 and will launch Oct. 14. Pricing will range from $199 for a 16GB version to $399 for a 64GB version.
Apple had lots of ground to cover in its event. Here's a look at all the news, broken down by platform.

iPhone 4S
* Will use the A5 chip (the same found in the iPad 2, doubling its processing power and increasing its graphical power by up to 7 times
* Despite the new processor, the phone's battery life is now placed at 8 hours. (You'll get 6 hours of browsing time on 3G, 9 hours of WiFi browsing, 10 hours of video playback and 40 hours of music playback.)
* For the first time, the iPhone will shoot 1080p video (with real-time stabilization and real-time temporal noise reduction)
* The 4S' camera will have an 8MP sensor which Apple says will get 73% more light than the iPhone 4 sensor
* The Siri voice controlled "intelligent assistant" offers promising voice interaction with the phone, letting you simply ask questions, rather than Googling information or manually sending a meeting request.
* The iPhone 4's price is dropping to $99
* The iPhone 8GB 3GS will now be offered for free by carriers
* Add Sprint to the networks who now carry the iPhone. T-Mobile is now the only major U.S. carrier lacking the device.
iOS 5
* The new operating system for iPads, iPhones and iPod Touches will ship Oct. 12
* It will be a free download
* New features include iMessage (a messaging service between iOS users that's pushed to all of their devices, upgrades to GameCenter and easier access to the camera (i.e. you can now get to it from the lock screen and can pinch to zoom)
* iCloud, which will ship simultaneous with the new OS will allow auto-syncing of iTunes, photos and documents, along with contacts, calendars and mail.

Friday, September 30, 2011

Breast Cancer Awareness Campaign - Paling Unik!!

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.
Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

Friday, September 9, 2011

Cukai 6% Untuk Topup Prepaid dan Simcard Baru



Bermula 15 September ni, beli topup & simcard starter pack pun akan dikenakan cukai sebanyak 6%..alahai..fikir-fikirkanlah patut ke tidak..




Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

Selepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin adalah antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat. Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi. Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September.

Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Mereka berdua dianggap sebagai musuh politik kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu.SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

Katanya, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna. Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka.

Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.Dalam Twitternya, Abdul Rahman melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar.

Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Thursday, August 18, 2011

Kembali..

Sudah lama sangat blog diriku ni tak terupdate..alhamdulillah..sudah masuk 18 hari kita berpuasa..semoga ibadat puasa kita ini diberikan ganjalan pahala yang besar di sisi ALLAH s.w.t..Hari ni merupakan hari last day utk Posting Orthopaedic atau bahasa mudahnya 'tulang'..he2..next week aku akan start posting Medical..antara 6 posting yang wajib dilalui, orang sangat gerun ngn 2 posting je, iaitu MEDICAL n O&G ( Sakit Puan)..yang lain-lain posting insyaALLAH tak seperit O&G dan Medical..

Kadang-kadang aku termenung memikirkan betulkah jalan hidup yang aku amik sekarang..memang betul apabila di depan nama kita bila ada "DR", pandangan orang ramai memang lain..hormat, cara bercakap dgn kita pun dah lain..tapi yang paling best, nak wat jadi menantu..heheh..

Tapi, being a doctor tak semudah yang sesetengah orang fikirkan..ramai yang ingat bila dah jadi Doktor, hidup senang, gaji banyak...sebenarnya banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum sesiapa yang ingin memilih kerjaya ni..paling utama sekali ialah bebanan kerja..soal tanggung jawab..jika nak dibangdingkan dengan gaji, memang tak sepadan pun..sebelum jadi Doktor ni, memang tak rasa..tapi bila dah stat keje, memang akan rasa.."MASA ITU SANGAT BERNILAI"..walaupun 10 minit boleh digunakan untuk tidur sekejap..

InsyaALLAH, aku dah dapat sesuaikan diri dengan kerjaya aku ini..dgn gaji inilah aku dapat bwk famili g jalan2 makan angin, Gambang Waterpark, Bukit Merah Laketown Resort walaupun masa kecil2 dulu cuma impian nak bercuti kat sana..syukur Alhamdulillah..Ya ALLAH Ya Tuhanku, semoga engkau berikan kejayaan kepada kami di dalam bidang kami ini, semoga dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri kami, keluarga dan anak2 kami, malah untuk semua insan yang memerlukan khidmat kami..Aminn...
 
Bukit Merah Laketown Resort
 

Gambang Waterpark

"BEING A DOCTOR is not just treating the patient himself, it is about him, his spouse, family, friends and all about his life.


"BEING A DOCTOR for ummah is not just about medical field, but how are you going to serve for rahmatan lil 'alamin..."

Sunday, July 3, 2011

Daku Pulang

Pintu masuk

 Goodbye Hosp K.Krai..mulai esok kembali semula ke hospital besar KB..selepas sebulan di sana..best..sebabnya tak bz sgt n specialist + M.O tersangat baik..tanx..ada jugak masa untuk rehat, tdo..he2..perkara yang xbest kat sana ialah oncall selang sehari..memang susah nak plan nak g mana-mana..tapi esok dah stat balik kt tempat asal..semoga dipermudahkan...

Friday, June 17, 2011

Merisik Seseorang

Lama dah tak update blog ni..banyak sangat perkara yang dah berlaku, memang tak sempat nak update dalam blog..yang paling penting, pada 26/5/2001, satu peristiwa yang penting jugak dalam hidup aku..merisik seseorang untuk dijadikan pelengkap hidup..InsyaALLAH kalau jodoh panjang, plan nak bertunang dulu lepas raya nanti..kemudian kawen..he2..tapi kursus xpegi pun lagi..semoga jodoh kami berpanjangan hendaknya..insyaALLAH..kepada si Dia, gud luck for ur Viva n Interview nanti k..all d best..

Thursday, May 12, 2011

USM 'kilang' hasilkan doktor...yeahhh!!

Congrates to all my Juniors..he2
KOTA BHARU 10 Mei - Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi 'kilang' dalam mengeluarkan doktor perubatan bagi memenuhi keperluan negara.
Buktinya, USM sehingga kini telah mengeluarkan 3,204 doktor dalam pelbagai bidang selepas kursus perubatan mula diperkenalkan di universiti itu pada 1981.
Terbaru, seramai 169 pelajar tahun akhir kursus perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dekat sini, menamatkan pengajian mereka.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, kejayaan yang dicapai bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ia memerlukan perancangan rapi dan pengorbanan.
Ini kerana, katanya, tidak semua orang berpeluang untuk mengikuti kursus perubatan dan mereka yang terpilih serta berjaya menamatkan pengajian bukanlah calang-calang orang.
"Dengan kejayaan itu, harapan USM adalah untuk melihat mereka mengamalkan ilmu yang dipelajari sebaik mungkin, berlunaskan prinsip etika dan kemanusiaan sejati," katanya dalam buku cenderamata sempena Malam Graduasi & Citra Ilmu 2011, USM Kampus Kesihatan, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, lulusan perubatan USM perlu terus maju dan lestari dalam kerjaya masing-masing, seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada agama, bangsa dan negara, selain mengharumkan nama USM sebagai universiti APEX pertama di negara ini.
Majlis graduasi itu dihadiri Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed.

Sementara itu, Dekan PPSP, Prof. Dr. Abdul Aziz Baba dalam ucapannya berkata, kejayaan yang diperoleh adalah hasil titik peluh dan komitmen serta usaha yang tidak berbelah-bahagi semua pihak.

"Justeru itu, graduan perlu mengingatkan kembali visi dan misi USM serta menjadikannya sebagai landasan dan panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata, harapan USM adalah supaya mereka menjadi pengamal perubatan yang cemerlang dan profesional dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sempena majlis graduasi itu, Anugerah Pelajar Cemerlang diberikan kepada Lim Yee Woon, manakala Anugerah Individu Terbaik Kajian Komuniti & Kes Keluarga dianugerahkan kepada Noor Dalila Inche Zainal Abidin.


       ......................................


Tahniah utk USM..semoga 'kilang' terus maju mengeluarkan 'doktor'..he2

Teringat kata-kata seorang lecturer HUSM:

"When you had graduated, you had your wings..you can fly anywhere in this world..seek for knowledge, experience..
But as a bird, how far u fly, the bird will returned to his nest"

InsyaALLAH..One day, i will returned to HUSM..

Sunday, May 8, 2011

Hospital dan Aku tidak dapat dipisahkan..


Salam semua..TERLALU lama tak update blog..bulan ni ONCALL 8 kali termasuk 3 weekends..owh..memang perit..paling tak best oncall weekend sebab terlalu lama..8pg sampai 8pg..semoga dipermudahkan segalanya..Orthopaedic Posting..kalau kat A&E memang kes ortho yang berlambak..accident hampir tiap masa..bunyi ambulans tu memang dah lali dah..ha2..kalau tak accident pun, ada yang masuk antara sebabnya ialah digigit monyet..he2..macam2 kan..


*teringin nak amik cuti lama kemudian pegi bercuti..best :-)

Wednesday, April 6, 2011

Goodbye Surgery

Alhamdulillah..setelah hampir 4 bulan dalam posting sugeri, lebih kurang 2 minggu lagi aku akan masuk posting lain..posting surgeri, posting yang pertama sejak aku mula-mula stat keje, yang mengajar apa itu oncall n life being a Dr..he2..banyak kenangan dalam posting ni, suka duka, kena marah, oncall yang xtdo langsung sampai tertido masa tolong Specialist dalam dewan bedah..tengah berdiri plk tu boleh tertido..tapi yang penting, pandai control, xde yang perasan...ha2..

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi sebelum menuju ke posting lain, bolehlah digunakan untuk settle kan pasal buku log..keje pun masih lagi ada buku log..xabis2 dari time student lagi...ha2..


Next Posting = aim nak amik MEDICAL..ramai yang cakap posting ni agak tough n scary skit lah..apepun, susah @ payah @ tough @ tak, memang kena tempuhi jugak camnepun kan..banyakkan berdoa semoga dipermudahkan segalanya, tu yang paling utama..

Thursday, March 31, 2011

Berita baik untuk Doktor..heheh

Hari ni kuar berita dalam Metro : Bina Kompleks Khas Untuk Doktor Atas Panggian..antara isi berita ni menyatakan hospital baru yang akan dibina akan dilengkapi dengan kompleks khas untuk Doktor oncal..em..yang ni memang hospital aku dah out sebab dah lama sgt dah terbina..he2..tapi yang paling penting, dalam pekeliling dinyatakan lepas oncal dapat off keesokan hari selepas menyelesaikan tugasan..kalau betul la, syukur sangat2 lah..he2



KEMENTERIAN Kesihatan akan memastikan semua pembinaan hospital baru dilengkapi kemudahan Kompleks Doktor Atas Panggilan bagi mengurangkan bebanan kerja pegawai perubatan di hospital kerajaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menerusi Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 4/2010, kementerian mengarahkan pengarah hospital menyediakan bilik khas supaya doktor atas panggilan bertugas dengan lebih selesa.

“Kementerian mengarahkan semua ketua jabatan menyediakan kemudahan bilik doktor atas panggilan untuk mengurangkan tekanan kerja doktor pakar serta pegawai perubatan, selain menyediakan lebih ramai pegawai yang menjalankan tugas atas panggilan, tempat letak kereta selamat dan makanan, bergantung kepada keadaan semasa.
“Malah, ada hospital menyediakan lounge untuk doktor dilengkapi kemudahan seperti televisyen, Internet dan sebagainya untuk keselesaan doktor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, pekeliling sama juga menjelaskan ‘Garis Panduan Bertugas Atas Panggilan Untuk Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah Di Hospital Kementerian Kesihatan’.

Katanya, garis panduan itu membolehkan pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan aktif berehat atau ‘time off’ keesokannya hanya selepas menyelesaikan tugasan.

Wednesday, March 30, 2011

Kerana Sayang..

Kisah benar tentang seorang datuk..mempunyai seorang anak perempuan..kemudian si anak itu berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak..sorang lelaki dan 2 perempuan..kerana masalah rumahtangga, bercerai dan meninggalkan kesemua anak-anaknya (yang bongsu masih lagi menyusu badan) kepada datuknya..kemudian menghilangkan diri begitu saja..datuk ini membesarkan kesemua cucu-cucunya seorang diri..sehingga semuanya dah besar, ada kerja sendiri..tetapi, malang tidak berbau kan..rumah mereka terbakar..si datuk ni berjaya keluar dari rumah..tetapi apabila teringatkan mungkin cucu-cucunya masih berada dalam rumah yang terbakar, si datuk ni masuk balik ke dalam..rupa-rupanya cucu-cucunya dah lama keluar..si atuk ni disambar api, melecur kulit badan..

Percentage of Burn = 30%..masuk ICU kat HRPZ..tetapi ALLAH lebih menyayangi beliau..meninggal dunia pada minggu lepas selepas 1 bulan dirawat dalam ICU..semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman..insyaALLAH...

Hebatkan 'kuasa' kasih sayang ni..sanggup berkorban tak kira apa jua..walaupun nyawa sendiri mungkin melayang...