Social Icons

Pages

Friday, September 9, 2011

Cukai 6% Untuk Topup Prepaid dan Simcard Baru



Bermula 15 September ni, beli topup & simcard starter pack pun akan dikenakan cukai sebanyak 6%..alahai..fikir-fikirkanlah patut ke tidak..




Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

Selepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin adalah antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat. Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi. Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September.

Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Mereka berdua dianggap sebagai musuh politik kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu.SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

Katanya, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna. Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka.

Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.Dalam Twitternya, Abdul Rahman melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar.

Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

No comments: