Social Icons

Pages

Saturday, December 11, 2010

Induksi Bermula

Isnin ni akan stat kursus induksi selama 5 hari di hotel Putra KL..he2..nasib baik wat kat hotel..takdelah aktiviti kawad ke atau yang seumpama dengannya..induksi 5 hari, pastu ahad terus masuk kerja..alhamdulillah..tapi induksi ni, gaji dah stat dah...sekarang ni dah stat boleh cakap BYE-BYE kat masa rilex-rilex..makan tdo..he2..haish..takutnya nak start kerja ni..kena stat study balik pasni..dah banyak yang tak ingat..mintak-mintaklah dapat hospital yang dekat nanti..jangan dihantar ke sabah sarawak sudah..HOTEL PUTRA..wait for me :p

Monday, December 6, 2010

Kesiannya Isteri..

Kesian kat isteri..tak pasal-pasal terlibat sama disebabkan sikap suami yang tidak bertanggungjawab..ye lah..dah la 'makan luar'..memang sah dah HARAM, tapi yang masalahnya bawa balik 'hadiah' yang boleh membunuh si isteri..pembunuh dalam diam..bunuh secara perlahan-lahan..alahai..apa nak jadi la..kesian isteri yang tak berdosa menjadi mangsa kebodohan si suami..ape pun, korang boleh baca petikan berita ni..





KOTA BHARU - Sikap segelintir suami yang kerap 'makan luar' dengan pelacur di negara jiran dikenal pasti menjadi punca ramai suri rumah di Kelantan dijangkiti penyakit HIV/AIDS berbanding wanita di negeri lain.

Presiden Majlis AIDS Se-Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan (gambar kecil) yang mendedahkan perkara itu berkata, gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

"Ramai wanita yang menghidap HIV/AIDS mendapat (penyakit itu) daripada suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan mereka terdedah (kepada jangkitan HIV/AIDS).

"Misalnya orang lelaki selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana, mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya dengan dijangkiti virus berkenaan," katanya pada majlis sambutan Hari AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini semalam.

Friday, December 3, 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

* Gula rasanya RM1.90 kan dulu..silap type kot..

..............

Bila minyak naik, barang-barang keperluan yang lain gerenti akan naik harga jugak kan..alahai..
 
 

Thursday, December 2, 2010

Segalanya Ada Hikmahnya

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menurunkan hujan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta 'menyusahkan' hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab dengan-Nya...




"Cukuplah ALLAH bagiku, tiada tuhan selain-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah Ayat 129

p/s : untuk dikongsi..Proud to Be Muslim =]

Award Drp RozSyah


Thanks kepada RozSyah yang bg award ni kat aku..he2..jasamu dikenang..nasib baik soalan pun tak banyak untuk dijawab..he2..apepun, jom jawab soalan yang diberikan dulu..

Soalan yang perlu dijawab ialah:

6 artis/group/singer
.
1. Ukays - Feveret ni..he2..mantap..vokal tinggi woo..
2. Wings Suara Awie tinggi betul..xcaye?
3. Maher Zain
4. Wali Band - Indon pun layan jgk..best..ha2
5. Aizat
6. Kristal

10 orang yang layak ditag utk award ini ialah:
10. Kepada semua yg mengunjungi blog ni..blog korang mmg cantik!