Congrates to all my Juniors..he2 |
KOTA BHARU 10 Mei - Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi 'kilang' dalam mengeluarkan doktor perubatan bagi memenuhi keperluan negara.
Buktinya, USM sehingga kini telah mengeluarkan 3,204 doktor dalam pelbagai bidang selepas kursus perubatan mula diperkenalkan di universiti itu pada 1981.
Terbaru, seramai 169 pelajar tahun akhir kursus perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dekat sini, menamatkan pengajian mereka.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, kejayaan yang dicapai bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ia memerlukan perancangan rapi dan pengorbanan.
Ini kerana, katanya, tidak semua orang berpeluang untuk mengikuti kursus perubatan dan mereka yang terpilih serta berjaya menamatkan pengajian bukanlah calang-calang orang.
"Dengan kejayaan itu, harapan USM adalah untuk melihat mereka mengamalkan ilmu yang dipelajari sebaik mungkin, berlunaskan prinsip etika dan kemanusiaan sejati," katanya dalam buku cenderamata sempena Malam Graduasi & Citra Ilmu 2011, USM Kampus Kesihatan, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, lulusan perubatan USM perlu terus maju dan lestari dalam kerjaya masing-masing, seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada agama, bangsa dan negara, selain mengharumkan nama USM sebagai universiti APEX pertama di negara ini.
Majlis graduasi itu dihadiri Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed.
Sementara itu, Dekan PPSP, Prof. Dr. Abdul Aziz Baba dalam ucapannya berkata, kejayaan yang diperoleh adalah hasil titik peluh dan komitmen serta usaha yang tidak berbelah-bahagi semua pihak.
"Justeru itu, graduan perlu mengingatkan kembali visi dan misi USM serta menjadikannya sebagai landasan dan panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata, harapan USM adalah supaya mereka menjadi pengamal perubatan yang cemerlang dan profesional dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sempena majlis graduasi itu, Anugerah Pelajar Cemerlang diberikan kepada Lim Yee Woon, manakala Anugerah Individu Terbaik Kajian Komuniti & Kes Keluarga dianugerahkan kepada Noor Dalila Inche Zainal Abidin.
......................................
Tahniah utk USM..semoga 'kilang' terus maju mengeluarkan 'doktor'..he2
Teringat kata-kata seorang lecturer HUSM:
"When you had graduated, you had your wings..you can fly anywhere in this world..seek for knowledge, experience..
But as a bird, how far u fly, the bird will returned to his nest"
InsyaALLAH..One day, i will returned to HUSM..
4 comments:
lamanya nak tggu doc ni updte ^^
cik heroin : he2..dunia keje xbyk ms free..ms free klu ada gerenti tdo..he2
err.. can't believe that I'm on that stage.. wow! :D
tahniah...!
Post a Comment