teringat lagi ketika aku kena join Klinik Ortopedik masa kat Hospital Kuala Krai...patient ramai jugak lah..so, kena hadkan masa setakat yang mampu, tapi yang paling penting, kena dengar dulu apa masalah sebenar pesakit dan cuba selesaikannya..so, bila dah dekat tengah hari, ada la sorang makcik ni masuk..last patient..tengok jam dah tengah hari dah..perut pun dah berbunyi minta diisi..nak cepat2 abiskan lat case ni..
Makcik ni pun ceritalah dia punya masalah..sakit lutut..em..memang penyakit ni 'common' untuk golongan berumur..osteoarthritis..sejenis penyakit degenerative jugak...rawatan dia kalau dah berumur sgt, bila dah tak 'fit' untuk surgical intervention, memang bagi ubat untuk hilangkan simptom je lah..dan ubat untuk menguatkan tisu rawan kat lutut..
Ok..kemudian, bila je makcik tu nak blah, dia cakap : "muka Dr ni macam Pelakon Indonesia..betul makcik cakap, macam selalu tayang kat TV"
ha2..aku pun terus jawab.."pelakon yg jadi Hero ke yang jadi orang jahat?kalau orang jahat saya x nak..ha2.."
Entah pelakon mana yang dimaksudkan..tapi yang penting, aku tetap aku :)
Faiqa Ardhani, Anugerah Terindah.
7 years ago
No comments:
Post a Comment