Social Icons

Pages

Wednesday, November 17, 2010

Cerai isteri tidak cantik makin meningkat

Salam Aidiladha buat semua..kalau baca paper hari ni, ada berita tentang ramai pasangan yang berkahwin telah menceraikan isterinya disebabkan tidak cantik..waa..subjektif sangat tu kan..sebab bagi mereka, isteri yang dikahwini dulu tidak lagi cantik..he2..macam-macam la bagi alasan..kalau hati dah tak nak, seribu alasan boleh bagi kan..kalau hati dah berkenan pulak, susah-susah pun takpe, asalkan dapat apa yang diingini..kesian kan kat kaum Hawa ni..memang tak patut la..

Kalau kecantikan yang dicari, memang takkan puas..sebab kecantikan yang tidak akan habis ialah kecantikan wanita..akan sentiasa ada..ni kata-kata ustaz tau..he2..kalau sekadar cantik di muka, tapi hati macam ape entah, takkan bahagia jugak kan..apepun, korang boleh baca petikan berita kat bawah ni..


KUCHING: Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.
Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.
Meskipun tidak menyatakan statistik membabitkan kes perceraian, beliau berkata, kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda berusia 20 hingga 25 tahun.

“Mereka berkahwin pada usia muda iaitu bawah 20 tahun atau sebaik selepas tamat persekolahan. Kadar perceraian meningkat seiring peningkatan kadar perkahwinan terutama di kawasan bandar seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mendapati berlaku peningkatan jumlah kes cerai di kalangan pasangan Islam dan kami memanggil mereka untuk memberi kaunseling, namun dalam kes tertentu, ada pasangan enggan menerima nasihat kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Daging Korban di Surau Kolong Dua, Matang, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, mereka perlu ingat, ada antara pasangan berkahwin pada usia muda dan bercerai selepas dua ke tiga tahun mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Katanya, maklumat diterima Jais mengatakan ada antara pasangan muda baru berkahwin tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak bekerja.

12 comments:

CikSpek said...

suka ayat ni ~ "kecantikan yg tak akan habih adalah kecantikan wanita" nice! ;)

diriku said...

he2..ayat ustaz tu..

Amirez said...

susahlah kalau kawen semata2 kerana kecantikan luaran. sampai bila pun tak sudah. dah kedut sikit terus tak pandang walaupun sebelah mata

nurul viWy said...

cian kaum hawa kan...
bile kite tk cntik die kire,yg dorg tu,lepas kwen aku tgk mmsing mmbuncit tu,kite trime je,....hhuhuhuhu...
ttibe aku tkut lak nak kwen...hihihihi

.waniey jamaludin. said...

x patut lah...x suke cmtu.

AnneRaini said...

sepak jek lelaki yang macam ni..padahal muke sendiri macam penyamun..

Myra Arshad said...

kawen cerai dah jadi perkara mudah kn skrg. ishk ishk

diriku said...

he2..kena cari suami yang betul2 ikhlas..klu cari yg hny memandang pd kecantikan semata2, takut jd camni jgk lh..

sekadar satu coretan said...

bila dah jemu semua nnpk tak cantik....tapi suami kene laa nengok dia tu msh hensem ke tidak...

nak bini cantik bg la duit utk maintenance diri bininye tu..pas tu baru ler bini tu nnpk cantik sentiasa...

diriku said...

he2..betul tu kak ain..cadangan yg bagus..ni harapkan isteri cantik, tp xbg pun perbelanjaan kat isteri..

Darling Pya said...

emm...tapi ada jugak wanita cantik yang dicerai kan...

diriku said...

@cu : he2..kawin cerai ni dh jd mcm bnda biasa pulak kan skrg ni..