Social Icons

Pages

Wednesday, November 3, 2010

Format baru Nombor Telefon 11 digit mulai bulan depan

Salam kawan-kawan..korang tahu tak, mulai bulan depan (15 December), nombor telefon baru 11 digit (3+8) akan diperkenalkan..kan sebelum ni no telefon handset 10 digit (3+7)..ni aku sertakan sekali petikan berita..

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama

10 comments:

non inge said...

makin panjang aja tuch nomernya >.<

cendera jiwa said...

makin payah la aku nak ingat no ph awek aku wehh..haha

diriku said...

inge : he2..mmg makin pjg la..

cendera jiwa : ha2..cuma tmbh 1 nombor je..blh lg kot nk igt tu..ha2

Ainismaira said...

oo..agaknye nanti lagi 10thn tambah lagi ye.. hehe..

cahaya izzaty said...

wow~ nice blog.. ;)

Sayang Amirah said...

susah pulak nak mengingat nombor phone. lolllz

diriku said...

aini : he2..tambah lg byk..lagi susah nk igt..mcm no tel kt indon..

cahaya izzaty : tanx =]

sayang : tambah 1 no je..he2

Nurfaiz Shaidan said...

11 digit, haha, makin susah lah nak ingat num org lepas ni. heee, tapi kalau kuar NF nak rembat satu :) stail-o

aTiKa aTeRkaH said...

credit to u .

http://akulaterkahgebang.blogspot.com/2010/11/lagi-pendek-lagi-senang.html

terima kasih sebab blog ini tambahkan pengetahuan saya..hehe

diriku said...

Nurfaiz : he2..stail ek..

atika : sama2 =]