Social Icons

Pages

Sunday, November 28, 2010

Taj Mahal kurun ke-21

Salam semua..Korang mesti penah tengok kan gambar Taj Mahal..Taj Mahal yang menjadi bukti cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal..tapi ini Taj Mahal yang versi baru..Taj Mahal kurun ke-21..masih lagi terletak di India..telah dibina oleh seorang Billionair India dengan kos mencecah USD 2 billion atau RM6.3 billion..mahal tu..sekaligus menjadi kediaman termahal di dunia..

Digelar Taj Mahal Kurun ke-21, kediaman ni digelar Antilia, ada 27 tingkat (setinggi 174 meter), luas pulak 37 161 meter persegi..siap ada ruang parkir enam tingkat lagi tu ++ beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang..waa..mewah betul..tapi satu je tak cukup, takde masjid skali..hehe..

Lagi satu, untuk menyelenggara Antilia ni, memerlukan kira-kira 600 pekerja..fuhh..kaya betul kan..kalau la RM6.3 billion tu kita bina rumah mcm biasa2 ni, agak-agak berapa buah rumah tu dapat dibina?mesti banyak kan..

Wednesday, November 24, 2010

WiFi ni bahaya..betul ke?

Baca paper hari ni, ada berita berkenaan WiFi..em..yang internet tanpa wayar tu..kan sekarang ni tengah popular..g mana-mana pun, kedai makan ke, dah banyak yang menyediakan WiFi percuma untuk pelanggannya..Tapi dalam berita tu, dinyatakan kebimbangan WiFi ni boleh memberi kesan buruk pada tubuh badan manusia berikutan pokok yang diletakkan berhampiran dengan router Wifi perlahan-lahan menjadi kuning dan kulit pokok mulai mati..

Kalau betul, memang selalu terdedah lah..sebab sekarang ni kat sekolah ke, kat Universiti ke, memang banyak yang guna WiFi..apepun, korang boleh baca petikan berita ni..


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam. 

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning. Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal. 

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

Sunday, November 21, 2010

Menghabiskan Saki-Baki Cuti

Alhamdulillah..hari ni dah sampai surat perlantikan untuk kerja nanti..fuhh..selepas bertahun-bertahun belajar, tak lama lagi akan menempuhi alam pekerjaan pulak..semestinya tak sama kan time keje n time student..komitmen pada keje, tanggungjawab yang dipikul bila dah keje nanti..sekarang ni kena menghayati sepenuhnya cuti yang masih ada lagi entah beberapa hari lagi tak tahu..bila-bila masa saja surat tawaran untuk kursus induksi akan sampai..sekejap je rasa masa berlalu..

So, nanti kena g wat medical check-up untuk kali terakhir dah kot..he2..syarat untuk lantikan kerja ngan kerajaan..pasni, boleh la merasai gaji pulak..dah penat dah jadi student..banyak plan ni bila dah dapat gaji sendiri..he2..kepada kawan-kawan yang masih lagi belum abis belajar, insyaALLAH nanti giliran korang pulak..Rezeki ALLAH dah tentukan untuk hamba-hambaNya ..cuma bila dan waktu mana akan diberikan cuma ALLAH yang Maha Mengetahui..

Saturday, November 20, 2010

Kisah Pelajar Terlampau

Tajuk entri yang boleh menimbulkan kontroversi kan..tapi rasanya memang patut gunakan tajuk entry macam tu..sebab nak menceritakan kisah segelintir pelajar sekolah sekarang ni yang memang keterlaluan..ada seorang cikgu cerita kat aku yang ada sorang pelajar kat sekolah dia, tergamak merogol emak sendiri..sekolah menengah tu..baru umur belasan tahun..budak ni mengaku yang dia merogol emak dia..tak tahu nak cakap ape lagi kan..emak sendiri..ibu yang pernah mengandungkan dia..

sebabnya pelajar tu di bawah pengaruh dadah..sekarang ni pil-pil macam senang je dapat..asalkan nak, hello-hello je..ada lagi satu kisah yang seorang pelajar perempuan..dia ada 4 orang abang..hanya seorang saje yang tidak merogol dia..yang lain bergilir-gilir..memang gila lah..terpengaruh ngan video2 lucah yang senang nak dapat..kalau g kat pasar, memang biasa la ada org tanya nak beli ke tak..

Ape la nak jadi kan..tapi tidak semua k..ada jugak pelajar-pelajar yang bagus n berdisiplin..n ada jugak sekolah2 yang pelajar dia baik-baik..tapi korang rasa sebab ape sekarang ni gejala macam ni sering sangat berlaku?yang aku rasa sebab mereka dah tak takut lagi kat cikgu-cikgu..lawan macam tu je..kalau ngan guru perempuan lagi lah diorang berani..

Dulu-dulu, kalau pelajar ada yang buat salah, bagi hukuman rotan..mungkin pelajar tu jadi beringat-ingat sebab takut kena rotan lagi..sedikit-sebanyak boleh mendidik pelajar tu..tapi sejak beberapa tahun ni, guru-guru dilarang merotan pelajar..hanya guru disiplin ngn pengetua kot boleh merotan pelajar..so, kalau time mengajar diorang wat bising, lawan guru, camne nak wat?last-last, buat tak tahu je kan..kalau marah lebih-lebih, silap2 jadi benda lain pulak nanti..

Nak tahu sebab ape?sebab sekarang ibu bapa lebih percayakan pada si anak..kalau anak mereka bagus + baik, takpe..tapi kalau perangai jahat, masih lagi percaya sebab si anak pandai berlakon..saman guru dah jadi perkara biasa kan..dan pelajar ni kalau tak puas hati ngan guru, siap pukul-pukul lagi tu..dulu tak pernah pun dengar kes camtu kan..

Camne la nak bendung masalah camni kan..walaupun kita tahu ada jugak guru yang bertindak melampau menghukum pelajar dengan hukuman yang tak sepatutnya..kepada pelajar2, kena pandailah bawak diri masing-masing..kesedaran diri itu penting..sebab masa depan  mereka sendiri kan..kalau silap pilih jalan, mereka sendiri yang rugi nanti..


Firman ALLAH SWT. :

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".
( Surah al-Baqarah - 2:195)

Wednesday, November 17, 2010

Cerai isteri tidak cantik makin meningkat

Salam Aidiladha buat semua..kalau baca paper hari ni, ada berita tentang ramai pasangan yang berkahwin telah menceraikan isterinya disebabkan tidak cantik..waa..subjektif sangat tu kan..sebab bagi mereka, isteri yang dikahwini dulu tidak lagi cantik..he2..macam-macam la bagi alasan..kalau hati dah tak nak, seribu alasan boleh bagi kan..kalau hati dah berkenan pulak, susah-susah pun takpe, asalkan dapat apa yang diingini..kesian kan kat kaum Hawa ni..memang tak patut la..

Kalau kecantikan yang dicari, memang takkan puas..sebab kecantikan yang tidak akan habis ialah kecantikan wanita..akan sentiasa ada..ni kata-kata ustaz tau..he2..kalau sekadar cantik di muka, tapi hati macam ape entah, takkan bahagia jugak kan..apepun, korang boleh baca petikan berita kat bawah ni..


KUCHING: Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.
Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.
Meskipun tidak menyatakan statistik membabitkan kes perceraian, beliau berkata, kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda berusia 20 hingga 25 tahun.

“Mereka berkahwin pada usia muda iaitu bawah 20 tahun atau sebaik selepas tamat persekolahan. Kadar perceraian meningkat seiring peningkatan kadar perkahwinan terutama di kawasan bandar seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mendapati berlaku peningkatan jumlah kes cerai di kalangan pasangan Islam dan kami memanggil mereka untuk memberi kaunseling, namun dalam kes tertentu, ada pasangan enggan menerima nasihat kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Daging Korban di Surau Kolong Dua, Matang, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, mereka perlu ingat, ada antara pasangan berkahwin pada usia muda dan bercerai selepas dua ke tiga tahun mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Katanya, maklumat diterima Jais mengatakan ada antara pasangan muda baru berkahwin tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak bekerja.

Tuesday, November 16, 2010

Playboy kah aku?


Adakah aku ni termasuk dalam kategori Playboy..Playboy?ishk..betul ke..Aku tergolong ke dalam kategori ni yang menggunakan logo bunny..logo ni memang semua orang dah kenal bukan..orang cakap jadi playboy memang ramai orang benci sebabnya mempermainkan perasaan orang perempuan..tapi kalau ramai yang nak kat aku camne?walaupun mereka tahu aku ni dah berpunya..masih lagi nak..kesian lah kan kat mereka..orang cakap orang yang jadi Playboy orang jahat..betul ke?tapi kalau aku berlaku adil pada semua camne?boleh dikategorikan sebagai jahat lagi ke?

Lagipun, bukannya ramai sangat pun..5 je..ulang sekali lagi..LIMA..sikit je kan...

Itulah luahan seekor AYAM JANTAN..bukan aku tau..ha2..korang tak percaya lagi?tengok gambar kat bawah ni..haa..tengok..


Haa..percaya dah kan..bagus tau si ayam Jantan ni..aku pun tak tahu ayam sape punya..tapi selalu ada kat depan rumah aku..pagi-pagi lagi dalam pukul 630 dah ajak aweks-aweks keluar cari makan..boleh dikategorikan sebagai bertanggungjawab jugak kan..he2..walaupun ramai aweks nya, tapi yang penting mereka tidak diabaikan..kalau la orang yang berpoligami berlaku adil untuk isteri-isterinya, mesti takde gaduh2 kan..tabik la kat Ayam ni..he2..

Thursday, November 11, 2010

Sentimental

Salam Semua..lama dah tak update blog ni..nak cakap sibuk, tak jugak..sekarang ni jadi 'surirumah' sepenuh masa..he2..sidai kain..antar adik ke sekolah..bila cuti rasa cam terlalu lama, mula lah rasa boring sangat-sangat..masa student dulu, memang rasa cuti ni terlalu pendek..rasa tak cukup..sekarang ni bila dah cuti, rasa boring pulak..so, masa dah takde benda nak buat, mula lah jiwa ni rasa nak sentimental sket..tengok buku lama-lama, nota lama masa sekolah dulu-dulu..he2..pastu buka laci, terjumpa lah tiket bas yang dah berusia hampir 8 tahun..masih tersimpan lagi..masa tu tgh belajar kat Kuantan..masa ni baru nak mengenal erti berjauhan dengan family..he2..lucu jugak bila ingat balik..perasaan homesick lah..life kat hostel memang tak dapat lari dari perasaan homesick ni kan..he2..hari-hari fikir nak balik rumah je..duk mengira hari je bila la nak cuti..


banyak rupanya kenangan lama masih tersimpan kat dalam laci..he2..tu baru tiket..ape pun, kenangan lama ni menjadi sejarah hidup kita kan..

Thursday, November 4, 2010

Kelantan Cuti Lagi - 4 Nov



Ada ape ye dgn 4 Nov?tarikh ni macam ada sesuatu..he2..hari ni (4 Nov) kelantan isytihar cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil DUN Galas..he2..kelantan cuti lagi..hari tu dah cuti sebab pasukan bola sepak kelantan menang Final..Tanx to Red Warrior yang mengharumkan nama Kelantan..waa..masa diorang balik tu disambut sebagai wira tu..ye lah..kalau diorang tak menang, memang tak cuti lah ahad lepas..memang malam tu semua duk excited tunggu keputusan perlawanan..he2..
 
Kepada pengundi-pengundi di DUN Galas, selamat mengundi..pilih calon yang mampu menjaga kebajikan anda semua..


PIALA Malaysia diarak dari sempadan Pahang ke Dataran Kesedar Gua Musang, Kelantan.




Wednesday, November 3, 2010

Format baru Nombor Telefon 11 digit mulai bulan depan

Salam kawan-kawan..korang tahu tak, mulai bulan depan (15 December), nombor telefon baru 11 digit (3+8) akan diperkenalkan..kan sebelum ni no telefon handset 10 digit (3+7)..ni aku sertakan sekali petikan berita..

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.
Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama

Tuesday, November 2, 2010

Cek Pertama Nuffnang

Semalam posmen datang hantar surat kat rumah..bila buka surat tu, tengok ada cek  dari nuffnang..he2..ni cek yang pertama dari nuffnang..tak banyak pun..tapi alhamdulillah..boleh lah kalau nak wat makan tu..tanx nuffnang..he2..esok baru g bank-in cek ni..tapi lama jugak proses untuk cash-out nuffnang ni..dulu masa klik cash-out kat nuffnang tu 22/9/10..cek sampai rumah 1/11/10..dekat sebulan lebih jugak tu..apepun, sekarang cek dah ada kat dalam tangan..tunggu bank-in je..he2

Monday, November 1, 2010

Aku Penganggur

Sementara nak tunggu kursus induksi, aku jadi penganggur tetap..ha2..tambah-tambah sekarang ni kat pantai timur dah start musim banjir aka tengkujuh..memang hujan je tiap-tiap hari..memang best lah duk rumah..so, sekarang banyak makan n tdo..hepi betul..tak payah nak fikir stress, study..tapi boring lah..ha2..sekarang ni rest betul-betul sebab nanti dah keje, memang tak de masa sangat nak santai-santai camni..

Bila rasa bosan, bukak internet, blogwalking..baca blog kawan-kawan..best jgk kan..so, kenapa orang berblog?ni lah salah satu sebabnya kan..menghilangkan bosan..betul tak?he2..




p/s : Sekarang ni boleh la nyanyi lagu Allahyarham Sudirman - Aku Penganggur :-)