Social Icons

Pages

Thursday, October 28, 2010

It's End Here..

ALHAMDULILLAH...segalanya telah berakhir..hanya ALLAH yang mengetahui perasaan kami..selama lebih 5 tahun bersusah-payah, berpenat-lelah, usaha, doa dan tawakkal, ALHAMDULILLAH semuanya telah berakhir..doa ibu bapa, kawan-kawan, kata-kata semangat yang tidak putus-putus buat kami..puji dan syukur dipanjatkan terhadap ILAHI..Tahniah buat kawan-kawanku yang berjaya..semoga kita sama-sama berusaha untuk menjadi orang yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat..tapi, hanya seorang diantara kami yang tidak berjaya..Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya..semoga dia tabah dan lagi berusaha di masa akan datang..

Kepada kawan-kawan yang mendoakan kejayaanku, terima kasih sangat-sangat tau..kepada seseorang yang berada di Johor,  thanks you very much..you're the only one..he2..i'll will always pray for ur success..So, hari ni, mungkin hari yang last kot dapat jumpa kawan-kawan sebelum masing-masing balik rumah...pagi ni jalan-jalan kat hospital tempat kami belajar, amik-amik gambar ngn lecturer-lecturer yang banyak membantu kami to BECOME A PERSON..kemudian petang ni balik rumah, jumpa kedua ibu ayahku..this is my present for both of U!!

Gud Luck frends!!Till meet again..


In the Name Of God,
We seek from you :
The ability to be truthful, honest, modest, merciful and objective in our dealing.
The fortitude to admit our mistakes, to amend our ways and to forgive.
The wisdom to comfort and counsell all our patient towards well being, peace and harmony regardless of their social status, race and religion.
The ability to understand that our profession is sacred, dealing with your most precious gifts of life and intellect.
We promise to devote our lives in serving Mankind, poor or rich, literate or illiterate, irrespective of race and religion with patience and tolerance, with virtue and reverence, with knowledge and vigilance, and with Your love in our hearts.

Sunday, October 17, 2010

IPhone Termahal Di Dunia

Salam buat kawan-kawan..Korang tau tak harga IPhone yang biasa dijual kat kedai-kedai..paling mahal pun dalam mungkin mencecah RM3 ribu je kan..tapi setakat ni IPhone yang termahal yang dijual berharga RM24.6 juta..waa...mahal kan..tentu korang tak percaya bukan..korang nak tau tak ape sebab yang menjadikan harga IPhone ni sampai melampau-lampau mahalnya..cuba tengok betul-betul kat gambar tu..ada berlian tu..ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat..badannya pula disalut emas dan platinum...em..memang patut la kan harganya mahal..IPhone ni ditempah oleh seorang warga Australia..

So, ada sape-sape nak tempah jugak tak?he2..mahal tu..buat hantaran kahwin ke..

Lastly, ni last entry aku sebelum aku start Final Exam esok..away from blog for 2 weeks..sehingga berjumpa lagi ye kawan-kawanku..jaga diri anda semua baik-baik k..salam untuk semua..

Wednesday, October 13, 2010

PING blog di Selangor Bloggers


Salam..kawan-kawan..Penah dengar tak pasal Selangor Bloggers..site ni lebih kurang macam Geng Blogger jugak lah..boleh ping blog kat sana..sape-sape yang nak join, silalah join..lagipun, ia FREE..tak kena bayar..he2..tu yang paling penting kan..simple je web ni..ringan n mudah!jom ping entry kat http://selangorbloggers.com/

Tuesday, October 12, 2010

Tips untuk Maintain Study

Salam semua..korang ada tak tips yang terbaik untuk 'maintain' study?rasanya setiap orang ada cara yang tersendiri kan..dekat-dekat ngan akhir semester memang perlu paksa diri lah supaya lebih rajin study ni kan..he2..sebab awal-awal semester biasanya banyak rilex-rilex, banyak jalan-jalan..bila dah nak dekat final, kalut jugak lah..he2..biasalah kan..tapi kalau student yang rajin tu lain..awal-awal lagi dah struggle..memang respect lah!!

Cara aku kalau nak maintain study, supaya mampu 'melekat' je atas kerusi tu ngan buku tanpa gangguan, yang penting sekali kena SHUT DOWN laptop..sebabnya kalau laptop yang duk depan mata tu ON, tangan secara automatik akan klik-klik mouse tu..ha2..cam takde tujuan pulak..bukak My Computer pun jadi...asalkan klik..padahal takde ape pun..kalau ada intenet lagi lah banyak nak klik-klik..ha2..last-last buku kat depan memang buka saje, tak bace pun..sekadar jeling-jeling camtu je..ishk2..tak patut kan..

Sunday, October 10, 2010

Facebook pun nak block jugak ke?

The URL you requested has been blocked. URL = www.facebook.com/

Ayat kat atas tu lah yang selalu kuar masa aku nak bukak facebook kat tempat aku belajar sekarang ni..alahai..facebook pun nak block jugak ke..korang nak tau tak ape sebab diorang block facebook ni?ok..ni antara penyataan yang diberikan kepada semua warga kampus..
 
Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke laman Facebook tidak lagi dibenarkan semasa waktu pejabat. Ianya adalah keputusan dari Mesyuarat Exco Pengarah Kampus ke 100. Ia terpaksa diambil kerana kemudahan berkenaan telah mengakibatkan penurunan produktiviti warga kampus.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihat kepada semua warga kampus supaya menggunakan kemudahan Internet untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan dan mengurangkan pelungsuran peribadi yang tidak memberi nilai tambah.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

'Bagus' bukan?semoga semua warga kampus dapat meningkatkan produktiviti..biar terkejut diorang nanti tengok prestasi naik mendadak pasni..baru tau..

Friday, October 8, 2010

Di Manakah Kita?

Salam kawan-kawan..jom kita hayati video ni..tadi aku jumpa video ni kat facebook..rasanya lebih baik kongsi biar semua dapat tengok..video ni di upload oleh salafussoleh...video tentang keadaan umat islam dulu dan sekarang..semoga dapat memberi peringatan dan keinsafan untuk kita semua..insyaALLAH..

Thursday, October 7, 2010

First Award

Thanks to ika untuk tag ni..





Kali pertama dapat tag ni..he2
dulu tak tahu pun ape tu "anda ditag"
lama dah dapat tag ni..skrg baru boleh 'settle'kan pasal tagged ni..
So, kalau ada tag ni, macam biasalah kena jawab soal selidik..jom..
1. Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??
study kot..he2..sebab dah nak exam final..


2. Apakah nama samaran anda?
nama samaran ek?diriku kot..he2

3. senaraikan 3 orang yg anda sayang.
Mak
Ayah
Seseorang :)

4. Panggilan utk si dia..
waa..soalan ni pun ada ek..he2..
biarlah rahsia..privacy :)

5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
owh..banyak nak cakap..
he2..tapi yang penting kesetiaan kejujuran keikhlasan

6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
em..semua blog kawan-kawan..suka baca entry yang best..he2


7. Tag pada 15 rakan blogger anda...
ok..korang jgn lupa amik ye..
*shas 
*fiq
*annfrendly
*waniey
*mar yanie
*Tina Farhana
*ainnoraini
*Iera
*Myra Arshad
*cik aiskrim
*Hanie Saad
*mimey dakpipimerah

Em..dah cukup rasanya 15..nt korang amik lah ye..he2..
ape pun, hepi blogwalking k :)


Wednesday, October 6, 2010

Peringatan Kepada Pengguna Laptop

Sekarang, hampir setiap pelajar Universiti mempunyai laptop sendiri kan..sebab sorang student Universiti atau Kolej, paling kurang ada 1 Handset dan 1 laptop..dah jadi macam satu barang keperluan sekarang ni..Entry ni sekadar nasihat supaya jangan selalu meletakkan laptop di atas riba semasa menggunakannya..sebab ini akan menyebabkan sindrom kulit terbakar..sebabnya?korang paham-paham lah kan, haba yang keluar dari laptop tu, bila lama-lama kena kat kulit, sikit-sikit akan bagi kesan jugak kat kulit tu...kalau sekejap-sekejap, mungkin boleh kot..tapi kalau lama sangat sampai berjam-jam, baik lah letak kat atas meja..lagi selamat kan..

Korang tau tak berapa suhu kat bawah laptop tu?em..boleh mencapai sehingga 52 darjah celcius..panas jgk kan..sindrom ni akan menyebabkan warna kulit tidak sekata atau berbintik-bintik..sebab kes ni dah ada terjadi kat US..macam dalam gambar kat bawah ni.. 

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.




*SUMBER : KOSMO

Tuesday, October 5, 2010

Berani betul!! Memang Tabik lah..

Kalau dalam Fear Factor pun, diorang guna tali kalau duk kat tempat tinggi...untuk keselamatan kalau-kalau terjatuh ke, tergelincir ke..Tapi, cuba tengok kat dalam gambar ni, kat Dubai, selamba je laki tu berdiri di tepi tingkap untuk cuci cermin..bukannya rendah tau, tingkat 34..

Berani betul..dah la tak pakai peralatan keselamatan satu pun..kalau jatuh, memang gerenti lah nyawa melayang...kalau sesape yang Juara dalam Fear Factor gerenti tak berani wat macam laki ni..

Agak-agak kalau masuk Fear Factor boleh menang tak?he2
*Sumber : KOSMO

Sunday, October 3, 2010

Hari Yang Penat

Sekarang baru boleh rehat kat bilik..Hari yang penat..Hari ni ada MOCK Exam, sebagai latihan untuk Final Exam 2 minggu lagi..soalan memang susah tak payah cakap lah..Pukul 9 pg sampai 12 tengah hari soalan Esei.. Kemudian sambung lagi pukul 2 sampai pukul 5 ptg untuk kertas MCQ..tak banyak pun soalan MCQ ni..500 soalan 'je'..tak banyak kan..he2..naik berpinar mata nak menjawab 500 soalan ni..

tak boleh nak main teka-teka je jawapan..sebab kalau betul dapat 1 markah, kalau salah tolak 0.5 markah..minus mark carry forward..lagi banyak teka, lagi banyak salah, jadi, kena jawab yang betul-betul yakin je..kalau final exam nanti lagi lah, soalan MCQ sahaja 1000 soalan..belum tambah tambah esei dan lain-lain..'best' kan..


Malam ni memang plan tdo awal..sekarang duk nampak katil je..badan + otak penat + intenet yang 'super speed'..memang gabungan yang mantap..he2..nanti baru melawat blog kawan-kawan bila free nanti...

Friday, October 1, 2010

Banyaknya Anniversary


Masa aku kat bilik pagi tadi, ada kawan ketuk pintu..kemudian masuk ajak aku "Jom g Pulau Perhentian"..ishk..pelik jugak aku tiba-tiba je nak ajak g Pulau dan memang aku boleh agak ni ajak-ajak ayam je tu..ha2...Dia cakap nak sambut anniversary ngan isteri dia..Anniversary Pertunangan..he2..bertunang pun sambut anniversary best-best jugak ek..kalau camtu, banyak la anniversary yang nak kena sambut..anniversary merisik, anniversary perkahwinan, kemudian birthday pulak...he2..jenuh jugak tu..




 
Apepun, terpulang pada pasangan tu sendiri kan..asalkan bahagia..betul tak..yang penting, tahu menghargai dan membuat pasangan senang hati...banyak sangat anniversary kadang-kadang orang boleh lupa jugak..yang penting, tarikh 'besar' kena la ingat..sebab kalau tak ingat, gerenti si isteri atau girlfren tarik muka sepanjang hari..he2..sebab kalau pompuan, anniversary ni penting kan buat korang...betul tak..tapi, kalau bagi orang laki, erm..tak boleh nak cakap camne..rahsia..he2




Tapi, kalau orang laki ingat lagi banyak tarikh-tarikh penting, maksudnya yang 'sunat', senang la nak wat si dia lebih teruja..he2.. contohnya tarikh 1st date ke, tarikh 1st cakap ngn si dia ke..tarikh 1st g jalan rumah si dia ke..ada masa yang sesuai, buat surprise kat si dia, bagi tau tarikh-tarikh tu, gerenti cair la..he2..betul kan awak :)..bagi yang belum cuba, sila cuba dan tengok hasilnya..he2..tapi tak janji k..