Social Icons

Pages

Friday, September 3, 2010

Kenapa Perokok Merokok?

Salam Buat semua..Entry kali ni pjg sikit.. Kenapa perokok merokok..emm... Mestilah diorang merokok.. sebab kalau diorang tak merokok, tak la dipanggil perokok..betul x? haa..sebelum dipanjangkan lagi entry ni, harapnya tiada kawan2 yg terasa pasal entry ni..kita semua dah biasa dengar fakta pasal rokok, kandungan rokok, keburukan merokok,hukum berkaitan merokok.. orang cakap merokok ni best, perasaan masa merokok 2 tak dapat digambarkan..betul ke?tapi yang lebih tahu pasal rokok ni tentulah perokok itu sendiri..

Tentunya ada diantara ahli keluarga kita, adik beradik ke, saudara ke yg merokok..mungkin ada yang dah jadi perokok tegar (jgn silap faham ye, bukan penagih tegar)..kalau bertanya pada mereka, pasti ada impian atau niat untuk berhenti merokok.. tapi susah nk berhenti bila dah ketagih.. kalau x susah, x kanla ada klinik berhenti merokok kan..

Walaupun kerajaan mewajibkan tanda amaran di kotak rokok "Merokok membahayakan kesihatan", tak berjaya jugak kan..sekarang letak gambar kat kotak rokok "kesan2 merokok pada tubuh"..kalau tengok pun gerun..tapi, yang tak tahan, perokok ni menjadikan koleksi utk gambar2 tersebut..he2.."semalam dah beli gambar kaki, hari ni nk beli gambar paru-paru pulak"..ishk2..

Jadi, apa kata kita cuba selami beberapa sebab kenapa mereka memilih rokok..

  1. Merokok membakar kalori – macam mana ye rokok boleh membakar kalori? Sebenarnya, merokok meningkatkan kadar degupan jantung, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Bila perokok berhenti merokok, kalori yang dibakar akan berkurang sebanyak 100 kalori sehari berbanding sebelumnya. Jadi, kadar metabolisma akan pulih seperti biasa hanya selepas beberapa minggu mahupun bulan.
  2. Merokok kurangkan rasa lapar – Macam mana pula? Bila merokok, hati akan hasilkan glycogen lalu meningkatkan tahap gula-darah. Kesannya, perokok akan rasa kurang lapar. Time puasa lagi lah, masa orang azan maghrib, 'makanan' yang mula dicari ialah rokok..he2..ada ke?
  3. Merokok buat perokok rasa tenang – Kenapa ya? Sebabnya, nikotin dalam rokok meningkatkan kadar dopamin (berkait rapat dengan rasa gembira). Merokok juga dikatakan mampu menghilangkan kepenatan bila penat bekerja..Apa benda lain yang boleh tingkatkan kadar dopamin? Ya, betul. Coklat!
  4. Merokok memberi ‘kerja’ untuk mulut -  Merokok memang perlukan mulut atau spesifiknya bibir. Jadi perlakuan ini boleh jadi sama dengan makan. Mungkin bila dah berhenti merokok, mulut mcm xde 'kerja' sbb dah bertahun2 ngn rokok..ada cara lain x?kunyah chewing gum ke..blh jgk kn..
  5. Merokok menghilangkan rasa mual selepas makan – Sebab yang satu ni mcm kurang pasti. Bila je sudah makan, kena merokok dgn alasan hilangkan rasa mual,loya..tapi mungkin lidah perokok sudah hilang ’seri’ agaknya. Jadi, kalau anda berhenti merokok, nikmat rasa sebenar makanan akan lebih terasa. Cubalah!
  6. Merokok jadi pilihan bila tiada pilihan lain – Contohnya, bila kita ’stress’, ada beberapa cara untuk atasinya. Ada yang hilang tekanannya bila makan dan ada juga lebih suka merokok, dan ada juga yang memilih untuk tido..haa..klu pilih tdo kn senang..klu pilih mkn, mungkin takut jd obesiti ke..he2..Jadi, merokok bila hanya perlu atau ikut keadaan agaknya. Anda beginikah?
Banyak lagi sebab yang menjadikan seseorang merokok..kalau bertanya pada perokok, tentulah mereka ada sebab sendiri.. Tapi ada jugak yang cakap sebab merokok ni ialah saja2..boleh jgk mcm ni ke?bagi yang merokok atas sebab saja2, baik la wat benda lain..bagi yang belum merokok, jangan cuba2 ya!

.......



Korang percaya x umur 6 bulan dah merokok?sekarang umur 2 tahun, dah merokok 40 batang sehari..sekarang dah berhenti selepas rawatan rapi di hospital..  gambar Ardi Rizal kt sebelah ni, berasal dari Indonesia..dia mula merokok masa usia 6 bulan selepas diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama..





"Dan belanjakanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".
( Surah al-Baqarah 2:195).


 

9 comments:

annfrendly said...

paling penting jangan sesekali mencuba..

susah nak berenti merokok kan..
segala ramuan yang terkandung dalam rokok tu sebenarnya cukup untuk membinasakan seseorang dalam senyap...

diriku said...

annfrendly:betul 2..setuju..jgn sesekali mencuba..takut skali cuba, nak lg..ha2..blh ek camtu?

Insan Biasa said...

salam ..

saya tak merokok ....

diriku said...

insan biasa:baguslah klu x merokok..saya jg tdk merokok..ha2

mr.syazwan said...

tpi mmg betul kot

ramai perokok tegar semua nya kurus..

huhuhu

Myra Arshad said...

merokok ni mcm tkde faedah jer. heh. bln puasa ni, elok la kalu kita niat nak berhenti merokok :))

Unknown said...

seb baek ak tak merokok huhu

salam kunjungn jom tgok "Hadiah Hari Raya Buat Blogger"

Akunyer said...

mr.syazwan: ye ek perokok tegar semua kurus... cousin sy gumuk jer.. :) gurau2 d mlm hari... apepun jgn sesekali mencuba..bila dh terjebak dgn rokok ni ssh nk berenti... hmm...

diriku said...

myra : he2..betul..bln puasa ni niat nk berhenti terus merokok..
Kazen & GT Wann : setuju..jgn sesekali mencuba..sbb xde faedahnya..he2