Social Icons

Pages

Saturday, September 18, 2010

M Rajoli Meningal Dunia


Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor ,Sabtu (hari ni). Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Takziah untuk keluarga Allahyarham..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua lah kita kembali..
Al-Fatihah..

.....

"Bagi tiap-tiap umat ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu, tiada
dapat mereka minta mengundurkannya dan tiada pula minta
mendahulukannya sesaat jua pun."
- Surah Al-A`raf 7:34

5 comments:

HafizaH said...

inalillahiwainnailaihirojiun.........semoga dosa2 nya dampun kn dan roh nya drahmati Allah..amiiin...

inge / cyber dreamer said...

inalillahi....

semoga dosanya terampuni dan amal ibadahnya diterima (amin)

fiq said...

takziah kepada beliau sekeluarga.

diriku said...

innalillahiwainna ilaihirojiun..

Myra Arshad (: said...

al-fatihah.