"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah
solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.
Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah
yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.
- Al - Ankabut 29:45
Neurologis dari Universiti California, Dr Fidelma berkata: “Solat itu membuat otak kita sihat”. Sewaktu kajian saraf yang dilakukan beliau terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Sedangkan katanya, setiap otak manusia sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal. Setelah melakukan kajian sekian lama, beliau mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat ketika sujud. Dengan itu bermakna ketika kita sujud darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan.
Maka semakin lama kita sujud bererti semakin banyak bekalan darah dapat disalurkan ke dalam urat saraf itu. Ini sekali gus memberikan kesegaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya.
Hasil penemuan itulah yang memberikan hidayah kepada Fidelma untuk mengambil keputusan memeluk Islam.
sebaik sahaja masuk waktu solat, ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya
serta-merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada jika waktu solat
tiba..
Alhamdulillah.. Bagus sgt2..
Sujud juga diakui oleh beberapa pakar kesihatan Barat lain sebagai satu gerakan yang mampu menjana kesihatan. Misalnya, Peter Russell menyatakan; “Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah.” Ini bermakna ketika seseorang melakukan sujud dalam solat, memudahkan aliran darah disalurkan ke otak dengan lebih berkesan.
Manakala seorang lagi pakar Barat, Win Wenger mengatakan, gerak kerja membalikkan badan dari atas ke bawah akan meningkatkan kadar oksigen ke otak dan ini meningkatkan kemampuan otak. Itu baru dilihat pada bahagian sujud saja. Sebenarnya keseluruhan pergerakan dalam solat terkandung hikmah penambahbaikan daripada sudut sains.
2 comments:
nice post ^^
tanx inge =]
Post a Comment