Social Icons

Pages

Thursday, September 30, 2010

Biar Lambat Asal Selamat

Orang selalu cakap biar lambat asal selamat..Mungkin betul kot..tapi peribahasa tu sesuai digunakan ketika di jalan raya boleh la..masalah aku sekarang, tapi kalau internet lambat pun sesuai tak nak guna peribahasa ni..adoi..memang Wi-Fi kat tempat aku semenjak duamenjak ni sangat-sangat 'laju'..bukan laju k..'laju'..ada braket..



Kalau nak bukak Yahoo pun dekat lima  minit tunggu..kalau dapat tu, ok lah..tapi kadang-kadang tunggu dekat lima minit pun, yang keluar adalah.."Error Loading Page"..sape yang tak sakit hati kan..kalau nk comment FB pun, punya lah lama tunggu..siap boleh g mandi n semayang dulu kot..ha2..


Kalau dekat-dekat ngan tengah hari, memang lagi slow..nak baca paper, jalan-jalan kat blog kawan-kawan, memang terbantutlah...tapi ada jugak kadang-kadang tu laju..tak tentu masa..Kalau nak guna internet, yang paling selamat,kena awal-awal pagi, masa ramai yang asyik dibuai mimpi lagi..ha2..jadi, kalau nak guna kena berkorban lah sikit..tak pun, kalau nak guna time slow tu,kena ada kesabaran yang tinggi..waa..bagus bukan..kalau tak, gerenti awal-awal lagi dah klik 'X" kat atas tu..

Sunday, September 26, 2010

Perlukah Orang Ketiga Sebagai Backup?


Salam kawan-kawan..Kita biasa dengar bukan kisah orang ketiga..senang cite, orang yang dijadikan kekasih gelap diluar pengetahuan pasangan mereka.. Contohnya A couple ngan B, dan A pun couple jugak ngan C tanpa B menyedarinya..Ada orang cakap, orang ketiga ada gunanya jugak..betul ke? Kita cuba tengok sebab yang setakat ni paling feymes yang pernah digunakan :


1) Supaya tak cepat bosan dengan pasangan



Salah satu sebab yang feymes jugak.. Bagi mereka, kalau selalu jumpa, lama-lama nanti jadi cepat bosan..ye lah, berkepit ke sana ke mari.. makan sekali, study pun sama-sama, g kelas pun sekali..jadi, untuk 'melambatkan' proses nak jadi cepat bosan, diorang cari orang ketiga..he2..setuju tak kalau reason diorang camni?





2) Sebagai Backup




Orang ketiga sebagai backup..kalau-kalau ada krisis ngn pasangan, diorang cakap masa ni orang ketiga ni penting..macam cite P Ramlee-Madu Tiga.. Kalau satu merajuk, ana kawin dua...contohnya, kalau krisis ngan A, boleh cari B, dan sebaliknya..tak stress sangat jadinya..betul ke?









3) Saja-saja untuk menghilangkan bosan





Haa..ni sebab yang paling 'power' sekali..he2..sebab saje-saje, boring..tak de benda nak buat, jadi, mempermainkan perasaan orang lain..yang ni paling 'disukai' oleh sesetengah orang..camne,boleh terima tak alasan ni?










Apepun, sendiri kena fikir patut ke tak buat camtu..bagi yang ada orang ketiga ni, pandai-pandai korang la nak cover camne..jgn sampai terbongkar sudah lah, meletup nanti..he2..Tapi, jangan jadi cam dalam gambar ni sudah la..laki ngan laki...apa la nak jadi kan..

Thursday, September 23, 2010

Kenapa Orang Berblog?


Salam..blog oh blog..sekarang ni, ramai yang sudah memiliki blog sendiri..tak susah pun membuat blog..daftar je kat blogspot atau wordpress ke, kemudian siap...tak sampai sepuluh minit pun boleh siap..ni antara sebab-sebab kenapa ramai orang memilih berblog..


1)Mencari Kenalan Baru


Selain facebook atau friendster, blog juga antara medium yang sesuai untuk mencari kenalan baru..kita dapat mengenali seseorang melalui penulisan dia walaupun tak pernah jumpa face-to-face pun..kalau diorang guna nama samaran ke atau gambar profile bukan gambar sendiri punya, kita tak perasan pun yang kawan tu belajar satu tempat atau dekat je ngan kita..







2)Untuk Berkongsi





Tak kisahlah nak berkongsi cite ke, masalah ke, perasaan nak marah kat seseorang ke, meluahkan perasaan ke..Blog antara medium sesuai jugak lah..kalau pasal isu semasa ke, berita terkini ke, cepat je dah tersebar kat blog-blog ni..kira kita dapat update jugak lah pasal isu-isu semasa ni..







3)Mempunyai peminat tersendiri


Blog yang popular ni biasanya mempunyai penulisan yang mampu menarik minat orang untuk membacanya..makin ramai yang minat membaca penulisannya, makin ramai lah yang selalu melawat blog diorang..tapi bukan senang nak tarik minat orang untuk membaca setiap entry yang diposkan..kena la pos yang sesuai dgn kehendak pembaca..yang ni lah yang susah..banyak kena belajar..







4)Menjana Duit Online


Haa..ni lah yang part paling best..Disamping berblog ni,ramai yang menjana duit dengan blog..Sekarang ni banyak syarikat pengiklanan untuk blog seperti Nuffnang, Mangga Online, Advertlets yang menawarkan pendapatan untuk blog ni..sape yang tak nak duit kan..he2



5) Menghilangkan 'Boring' 



Berblog ni boleh menghilangkan rasa boring ke?Memang betul..melawat atau blogwalking kat blog kawan-kawan, baca blog diorang, memang dapat menghilangkan boring...kita dapat baca  gaya penulisan dan cite diorang..kisah percintaan ada, kisah lucu ada...kadang-kadang memang boleh wat kita tersenyum sendiri lepas baca cerita diorang..he2





Banyak lagi sebab orang berblog ni..Apepun, masing-masing mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih berblog...Selamat maju jaya untuk semua..blog oh blog..


Wednesday, September 22, 2010

1st Cashout Nuffnang

Alhamdulillah..selepas beberapa bulan bersama nuffnang, ni kali pertama aku dapat cashout nuffnang..tak banyak sangat pun, tapi drpd tak de langsung, baik ada jugak kan walaupun sikit..

Disamping kita blogging ni, baik cuba jugak kan nuffnang ni..dapat sikit2 pun tak pe, lama-lama kumpul, dapat la bertambah duit tu dari tak de langsung..ada je blogger yang sekali cashout sampai ratus ringgit, ribu ringgit pun ada..apepun, tanx nuffnang..lepas dpt cek nanti, boleh la wat makan pizza ke, mcD ke..he2..

Monday, September 20, 2010

Beracun Tetapi Boleh Dimakan


Korang tau tak ubi yang beracun, tetapi boleh dimakan. Bunyinya agak pelik kan sebab dah la beracun, takkan orang cuba nak makan pulak kan. Kalau hanya memakan sebesar sebiji epal pun, ubi ni boleh membunuh..bahaya betul kan..Tapi, itulah hakikatnya..pernah dengar bukan Ubi Gadong ni atau nama saintifiknya Dioscorea daemona. Ubi ni biasanya banyak kat dalam hutan. Tapi bukan senang nak makan ubi ni..rumit jugak cara nak proses untuk membuang racun dalam ubi Gadong ni. Tapi, bahaya-bahaya pun, orang tetap makan jugak kan..he2..macam ikan buntal, beracun pun, tapi orang Jepun makan je, asalkan tahu cara nak buang racun tu.

Ubi Gadong ni kena rendam dalam air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 hari untuk membuang getah yang beracun..lama jugak tu..pastu baru la boleh makan..nak rebus ke, kemudian makan ngan kelapa parut..Best..he2..bukan aku yang cakap, tapi berdasarkan ape yang orang cakap..sebab aku tak pernah try lagi walaupun banyak kat belakang rumah..he2..Ni aku terjumpa artikel cara nak proses ubi gadong..

cara nak masak/makan ubi gadung

Kupaskan kulit dan hiriskan isinya dalam setebal 2-4 mm,,,kendian rendam dalam air banyak...kacau2 dan tukar air setiap hari...pada hari ketiga/empat...ambil air rendaman gadung dan diuji dengan anak ikan...jika anak ikan mati...atau jalan pusing2...makna nya racun ubi tersebut masih ada...teruskan rendam sehingga ikan tidak lagi mati.....

,,,,,kemudian rebuslah hirisan ubi tersebut seperti merebus ubi kayu...bila masak...buang air rebusan......cicah ubi dengan kelapa parut....

Kalau baca paper hari ni, hidangan ni popular kat Baling..Diorang cakap ubi ni ada nilai perubatan. Memang ada kajian yang telah dibuat menemui Saponin di dalam ubi tersebut yang dapat menghalang pengetulan Platelet dalam darah..

Jadi, kalau korang nak cuba, boleh cuba..tapi aku tak berani tak berani makan kot, banyak lagi ubi lain yang boleh dimakan..yang memang kita tahu tak de racun..he2..betul tak..

Sunday, September 19, 2010

Jom Balik Kampus

Salam Syawal ke-10..korang masih dlm mood raya lg ke?banyak tak dapat duit raya tahun ni?he2.. walaupun orang cakap raya ni sebulan, tapi yang meriahnya cuma mungkin seminggu je kot, tu pun macam lama sangat seminggu..kemudian jadi macam hari-hari biasa..sebab saudara-mara pun dah balik..kawan-kawan pun dah balik kolej..cuti dah abis..kelas pun dah nak stat..mood study lepas cuti raya ni biasanya slow skit..sebab banyak sangat makan ketupat ngan rendang kot..he2..

Kalau bulan ramadhan dulu, suasana lain..sahur, buka puasa..buka puasa pun kat masjid, disamping dapat berbuka ramai-ramai, dapat save budget jugak..he2..menu pun boleh tahan jugak best..


Apepun, gud luck untuk semua kawan-kawan..aku pun sebulan lagi dah nak final exam..banyak lagi yang kena study..Bagi yang baru nak bertolak balik ke kampus, semoga selamat dalam perjalanan ye..

Saturday, September 18, 2010

M Rajoli Meningal Dunia


Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor ,Sabtu (hari ni). Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Takziah untuk keluarga Allahyarham..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua lah kita kembali..
Al-Fatihah..

.....

"Bagi tiap-tiap umat ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu, tiada
dapat mereka minta mengundurkannya dan tiada pula minta
mendahulukannya sesaat jua pun."
- Surah Al-A`raf 7:34

Friday, September 17, 2010

Zaman Facebook


Salam buat kawan-kawan semua..emm..facebook..siapa tak kenal Facebook..hampir semua orang kenal facebook ni kan..tak kira muda ke, kanak-kanak ke..Cerita pasal facebook ni, teringat hari tu masa tengok adik aku yg darjah 5 tengah online FB..tengah chatting..ha2..terkejut jgk tgk bdk skrg ni dh pndai chatting..Jadi, aku tanya dia chatting ngn sape..Adik aku jawab yang dia tengah chatting ngn kawan, dari Indonesia..waa..advance budak-budak zaman sekarang..masa aku dulu kalau umur sebaya camtu tgh tangkap ikan kt sungai lagi..he2..

Dunia makin maju..Masa dulu-dulu feymes chatting guna MIRC..tentu korang ingat lagi kan MIRC 32..yang kita biasa guna 'ASL PLS' untuk mintak detail age,sex (male @Female), location..he2..Zaman tu dah lama berlalu, dah tenggelam dah pun MIRC ni..

Ni belum kira yang men game online lagi..macam-macam game ada kat facebook..tengok adik men game online CRO, sampai boleh tag team ngan kawan-kawan dari luar negara, siap boleh mintak tolong kawan 'can u give me a sword?' ..he2..advance betul budak-budak zaman sekarang ni..





p/s : Facebook pun facebook jgk, tapi jangan sampai terlalu addicted hingga lupakan kerja yang sepatutnya dibuat macam kartun kat sebelah ni..he2..

Sunday, September 12, 2010

Lagu Raya Lama Vs Lagu Raya Baru


Salam buat kawan2 semua..
Lagu Raya Baru ngn Lagu Raya Lama..
mana yang lebih syahdu, lebih best dan menusuk kalbu..
 Aku berpendapat lagu raya yang lama mmg jauh lagi best dari lagu raya baru..
Lagu raya lama ni bila kita dengar, gerenti rasa lebih serasi ngn jiwa 
kalau banding dgn lagu-lagu raya yang baru..

Diorang tulis lirik, nyanyi + musik memang makes sense..
Kalau yang tak dapat balik beraya tu, bila dengar lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf
ada yang sampai mengalirkan airmata..
Besarnya "pengaruh" lagu raya lama ni..he2

Kanak-kanak pun kalau nak raya memang nyanyi lagu raya yang baru..
jarang atau xpenah dgr mereka nyanyi lagu raya baru..
Tapi, ada jugak kan lagu baru yang best..
Kenapa ya lagu2 baru ni tak mendapat tempat sgt di hati pendengar?

Tak taula, memang lagu lama ni tetap bertahan sampai sekarang..
Mana taknya, tiap-tiap tahun, lagu raya lama yang popular berkumandang
di mana-mana saja..kemudian, barulah diselitkan lagu baru..hmm..
 
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan

Bergema takbir raya menitis air mata ♪
 
♫ Terbayang suasana permai desa

♫ Rindu hati ini inginku kembali
♪ Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki ♪
Membela nasib kita bersama

Suka lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf by Sudirman..Dulu siap hafal lagi lirik..he2..

Sosilawati dibunuh??


Salam Aidilfitri..
Hari ni kecoh ngn berita pasal kehilangan Jutawan Kosmetik,
Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya..
Mana taknya, mangsa yang dipercayai hilang 13 hari lalu, 
dipercayai dibunuh dan dibakar..
Polis dah pun mengesahkan perkara tersebut, tetapi masih lagi
menunggu keputusan forensik utk pengesahan sepenuhmya..
Suspek yang ditahan mengaku bertanggungjawab membawa kesemua mangsa
ke sebuah ladang sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat mereka..

Kejamnya manusia..
bunuh, bakar dan abu dibuang kat sungai berhampiran..
manakah sifat kemanusiaan??
paling kurang pun, hormatilah hak mayat yang beragama Islam utk dikebumikan
dgn cara yang sepatutnya..
demi melenyapkan bukti sehabis mungkin, mereka bakar kesemua mayat
kemudian abu pun dibuang kt sungai...

...ZALIM...

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri Buat Kawan² Semua =]




"Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
 
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi ♫
♫ Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci"
 
 Selamat Menyambut Adilfitri buat kawan2 semua..
Maaf zahir dan Batin..
Banyakkan bertakbir..
Jgn lupa smbhyg raya pg nt ye..he2..

....
Apabila terbenamnyanya matahari 30 Ramadhan,
hilanglah segala kelebihan dan kenikmatan bulan Ramadhan..
Siapakah yg paling gembira sekali bila mana berakhirnya ramadhan?
Tentulah Syaitan dan nafsu kerana mereka sudah bebas sepenuhnya..
Semoga ibadat kita sepanjang Ramadhan yang lalu diterima ALLAH SWT..
dan mudah-mudahan diberi kesempatan utk berjumpa dgn Ramadhan akan datang..
Aminn..

Sunday, September 5, 2010

Hari Bakar Quran - Memang Nak Cari Pasal !!

FLORIDA - Dalam protesnya yang menyebut Islam sebagai agama para iblis, sebuah gereja di Gainesville, Florida, Amerika Serikat berencana untuk mengadakan hari internasional membakar Al Quran. Rencananya kegiatan ini dilangsungkan pada peringatan sembilan tahun tragedi WTC.

Gereja Dove World Outreach Center menyatakan pihaknya akan menjadi penyelenggara acara kontroversial tersebut, guna memperingati korban tragedi 11 September 2001 yang menewaskan ribuan warga

Korang penah baca x tentang hari Bakar Quran ni..puak ni memang melampau bukan!
Mereka plan nak bakar Quran ni pd 11 September ni..
Mereka dah plan tahun lepas lagi dan dah stat edar baju T-Shirts "Islam Is The Devil"..



xde baju lain nak pakai ke?!!

Ni pun satu!!

"Free speech. Protected speech! In this country. We should have "burn a Koran" day in the U.S."
Ni komen salah sorang penyokong mereka..
kepala hotak "we should" !!

Perhatikan Firman ALLAH SWT..

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
- Surah Al-Hijr 15:9 


"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya. Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang musyrik membencinya."
- Surah As-Saff 61: 8-9
...
Sesungguhnya janji ALLAH itu benar..
ni bukan tok imam yang cakap..bukan tok bilal yang cakap..
bukan orang Islam yang saja2 baca ayat tu..
Ayat tu dari ALLAH SWT..Tuhan Pemilik Alam ini..
Yang Maha Berkuasa..
Jgn jadi macam gereja kt Ohio yg terbakar dipanah petir beberapa bulan yg lalu..
Hebat Kuasa ALLAH SWT..


 Nanti silap2 bukan gereja saja yg terbakar, malah orang yang terlibat skali pun terbakar..
ALLAH MAHA BESAR..

..

Sekarang ni memang byk sgt yang hina Al-Quran..
Dulu pun kes Black Metal yang memijak, bakar Quran,kencing atas Quran..
kat negara kita sendiri pun ada kn..
Dunia Akhir Zaman..
Semoga ALLAH memelihara Islam dan Muslimin Muslimat dari Fitnah Dunia Akhir Zaman..Amin..

AHN News

Friday, September 3, 2010

Kenapa Perokok Merokok?

Salam Buat semua..Entry kali ni pjg sikit.. Kenapa perokok merokok..emm... Mestilah diorang merokok.. sebab kalau diorang tak merokok, tak la dipanggil perokok..betul x? haa..sebelum dipanjangkan lagi entry ni, harapnya tiada kawan2 yg terasa pasal entry ni..kita semua dah biasa dengar fakta pasal rokok, kandungan rokok, keburukan merokok,hukum berkaitan merokok.. orang cakap merokok ni best, perasaan masa merokok 2 tak dapat digambarkan..betul ke?tapi yang lebih tahu pasal rokok ni tentulah perokok itu sendiri..

Tentunya ada diantara ahli keluarga kita, adik beradik ke, saudara ke yg merokok..mungkin ada yang dah jadi perokok tegar (jgn silap faham ye, bukan penagih tegar)..kalau bertanya pada mereka, pasti ada impian atau niat untuk berhenti merokok.. tapi susah nk berhenti bila dah ketagih.. kalau x susah, x kanla ada klinik berhenti merokok kan..

Walaupun kerajaan mewajibkan tanda amaran di kotak rokok "Merokok membahayakan kesihatan", tak berjaya jugak kan..sekarang letak gambar kat kotak rokok "kesan2 merokok pada tubuh"..kalau tengok pun gerun..tapi, yang tak tahan, perokok ni menjadikan koleksi utk gambar2 tersebut..he2.."semalam dah beli gambar kaki, hari ni nk beli gambar paru-paru pulak"..ishk2..

Jadi, apa kata kita cuba selami beberapa sebab kenapa mereka memilih rokok..

  1. Merokok membakar kalori – macam mana ye rokok boleh membakar kalori? Sebenarnya, merokok meningkatkan kadar degupan jantung, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Bila perokok berhenti merokok, kalori yang dibakar akan berkurang sebanyak 100 kalori sehari berbanding sebelumnya. Jadi, kadar metabolisma akan pulih seperti biasa hanya selepas beberapa minggu mahupun bulan.
  2. Merokok kurangkan rasa lapar – Macam mana pula? Bila merokok, hati akan hasilkan glycogen lalu meningkatkan tahap gula-darah. Kesannya, perokok akan rasa kurang lapar. Time puasa lagi lah, masa orang azan maghrib, 'makanan' yang mula dicari ialah rokok..he2..ada ke?
  3. Merokok buat perokok rasa tenang – Kenapa ya? Sebabnya, nikotin dalam rokok meningkatkan kadar dopamin (berkait rapat dengan rasa gembira). Merokok juga dikatakan mampu menghilangkan kepenatan bila penat bekerja..Apa benda lain yang boleh tingkatkan kadar dopamin? Ya, betul. Coklat!
  4. Merokok memberi ‘kerja’ untuk mulut -  Merokok memang perlukan mulut atau spesifiknya bibir. Jadi perlakuan ini boleh jadi sama dengan makan. Mungkin bila dah berhenti merokok, mulut mcm xde 'kerja' sbb dah bertahun2 ngn rokok..ada cara lain x?kunyah chewing gum ke..blh jgk kn..
  5. Merokok menghilangkan rasa mual selepas makan – Sebab yang satu ni mcm kurang pasti. Bila je sudah makan, kena merokok dgn alasan hilangkan rasa mual,loya..tapi mungkin lidah perokok sudah hilang ’seri’ agaknya. Jadi, kalau anda berhenti merokok, nikmat rasa sebenar makanan akan lebih terasa. Cubalah!
  6. Merokok jadi pilihan bila tiada pilihan lain – Contohnya, bila kita ’stress’, ada beberapa cara untuk atasinya. Ada yang hilang tekanannya bila makan dan ada juga lebih suka merokok, dan ada juga yang memilih untuk tido..haa..klu pilih tdo kn senang..klu pilih mkn, mungkin takut jd obesiti ke..he2..Jadi, merokok bila hanya perlu atau ikut keadaan agaknya. Anda beginikah?
Banyak lagi sebab yang menjadikan seseorang merokok..kalau bertanya pada perokok, tentulah mereka ada sebab sendiri.. Tapi ada jugak yang cakap sebab merokok ni ialah saja2..boleh jgk mcm ni ke?bagi yang merokok atas sebab saja2, baik la wat benda lain..bagi yang belum merokok, jangan cuba2 ya!

.......



Korang percaya x umur 6 bulan dah merokok?sekarang umur 2 tahun, dah merokok 40 batang sehari..sekarang dah berhenti selepas rawatan rapi di hospital..  gambar Ardi Rizal kt sebelah ni, berasal dari Indonesia..dia mula merokok masa usia 6 bulan selepas diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama..





"Dan belanjakanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".
( Surah al-Baqarah 2:195).


 

Thursday, September 2, 2010

Tukar Favicon itu Mudah (Tutorial)


Bagi sape2 yg nk tukar favicon,
kat sini ada disertakan tutorial..
tp sebelum tu, bg sape2 yg tak tahu ape itu favicon,
Favicon atau nama penuh Favourite Icon
adalah icon yg kt tepi sebelah kiri address bar..
contohnya mcm kt dlm bulatan merah dlm gmbr kt bwh..


Memburu Lailatul Qadar


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" 
- (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Sebab2 ALLAH adakan Malam Lailatul Qadr

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain; 

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. 

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

 Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Rasulullah saw telah besrsabda:
"Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh
malam terakhir di bulan Ramadhan."
- Sahih Bukhari

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

 Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. 

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.  

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu
Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi?Wallahu A’lam.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?
Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. 

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon
pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hambaMu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka 
(QS Al-Baqarah [2]: 201).

Wednesday, September 1, 2010

Hikmah Disebalik Solat

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah
solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.
Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah
yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.
- Al - Ankabut 29:45


Neurologis dari Universiti California, Dr Fidelma berkata: “Solat itu membuat otak kita sihat”. Sewaktu kajian saraf yang dilakukan beliau terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Sedangkan katanya, setiap otak manusia sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal. Setelah melakukan kajian sekian lama, beliau mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat ketika sujud. Dengan itu bermakna ketika kita sujud darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan.

Maka semakin lama kita sujud bererti semakin banyak bekalan darah dapat disalurkan ke dalam urat saraf itu. Ini sekali gus memberikan kesegaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya.
Hasil penemuan itulah yang memberikan hidayah kepada Fidelma untuk mengambil keputusan memeluk Islam.