Social Icons

Pages

Sunday, October 17, 2010

IPhone Termahal Di Dunia

Salam buat kawan-kawan..Korang tau tak harga IPhone yang biasa dijual kat kedai-kedai..paling mahal pun dalam mungkin mencecah RM3 ribu je kan..tapi setakat ni IPhone yang termahal yang dijual berharga RM24.6 juta..waa...mahal kan..tentu korang tak percaya bukan..korang nak tau tak ape sebab yang menjadikan harga IPhone ni sampai melampau-lampau mahalnya..cuba tengok betul-betul kat gambar tu..ada berlian tu..ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat..badannya pula disalut emas dan platinum...em..memang patut la kan harganya mahal..IPhone ni ditempah oleh seorang warga Australia..

So, ada sape-sape nak tempah jugak tak?he2..mahal tu..buat hantaran kahwin ke..

Lastly, ni last entry aku sebelum aku start Final Exam esok..away from blog for 2 weeks..sehingga berjumpa lagi ye kawan-kawanku..jaga diri anda semua baik-baik k..salam untuk semua..

Wednesday, October 13, 2010

PING blog di Selangor Bloggers


Salam..kawan-kawan..Penah dengar tak pasal Selangor Bloggers..site ni lebih kurang macam Geng Blogger jugak lah..boleh ping blog kat sana..sape-sape yang nak join, silalah join..lagipun, ia FREE..tak kena bayar..he2..tu yang paling penting kan..simple je web ni..ringan n mudah!jom ping entry kat http://selangorbloggers.com/

Tuesday, October 12, 2010

Tips untuk Maintain Study

Salam semua..korang ada tak tips yang terbaik untuk 'maintain' study?rasanya setiap orang ada cara yang tersendiri kan..dekat-dekat ngan akhir semester memang perlu paksa diri lah supaya lebih rajin study ni kan..he2..sebab awal-awal semester biasanya banyak rilex-rilex, banyak jalan-jalan..bila dah nak dekat final, kalut jugak lah..he2..biasalah kan..tapi kalau student yang rajin tu lain..awal-awal lagi dah struggle..memang respect lah!!

Cara aku kalau nak maintain study, supaya mampu 'melekat' je atas kerusi tu ngan buku tanpa gangguan, yang penting sekali kena SHUT DOWN laptop..sebabnya kalau laptop yang duk depan mata tu ON, tangan secara automatik akan klik-klik mouse tu..ha2..cam takde tujuan pulak..bukak My Computer pun jadi...asalkan klik..padahal takde ape pun..kalau ada intenet lagi lah banyak nak klik-klik..ha2..last-last buku kat depan memang buka saje, tak bace pun..sekadar jeling-jeling camtu je..ishk2..tak patut kan..

Sunday, October 10, 2010

Facebook pun nak block jugak ke?

The URL you requested has been blocked. URL = www.facebook.com/

Ayat kat atas tu lah yang selalu kuar masa aku nak bukak facebook kat tempat aku belajar sekarang ni..alahai..facebook pun nak block jugak ke..korang nak tau tak ape sebab diorang block facebook ni?ok..ni antara penyataan yang diberikan kepada semua warga kampus..
 
Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke laman Facebook tidak lagi dibenarkan semasa waktu pejabat. Ianya adalah keputusan dari Mesyuarat Exco Pengarah Kampus ke 100. Ia terpaksa diambil kerana kemudahan berkenaan telah mengakibatkan penurunan produktiviti warga kampus.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihat kepada semua warga kampus supaya menggunakan kemudahan Internet untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan dan mengurangkan pelungsuran peribadi yang tidak memberi nilai tambah.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

'Bagus' bukan?semoga semua warga kampus dapat meningkatkan produktiviti..biar terkejut diorang nanti tengok prestasi naik mendadak pasni..baru tau..

Friday, October 8, 2010

Di Manakah Kita?

Salam kawan-kawan..jom kita hayati video ni..tadi aku jumpa video ni kat facebook..rasanya lebih baik kongsi biar semua dapat tengok..video ni di upload oleh salafussoleh...video tentang keadaan umat islam dulu dan sekarang..semoga dapat memberi peringatan dan keinsafan untuk kita semua..insyaALLAH..