Duit..dimana kau duit..zaman sekarang ni, barang dah mahal..kejap-kejap naik harga..kalau dulu duit RM50 tu boleh beli macam-macam dah..tapi kalau sekarang, sekali g kedai, kejap je boleh abis duit sebanyak RM50 tu kan..sape taknak kan, kalaulah sekiranya tiba-tiba boleh jadi kaya..ha2..macam kisah dalam paper hari ni, sorang guru kat India yang gaji bulanannya sebanyak AS700 dolar (RM2170), bila dia kemaskini akaun banknya, memang terkejut beruk kot..ha2..bila tiba-tiba tengok balance RM31 billion..banyak tu beb!!
Tapi dia ni seorang yang baik hati, maklumlah seorang pendidik..ceewah..berkaliber tu kena ada..dia terus call bank untuk bagitau yang secara jelas berlaku kesilapan perakaunan..baik hati betul kan..
Apepun, kita janganlah berangan nak dapat duit sekelip mata camtu kan..usaha tangga kejayaan..kalau diikutkan hati, takkan pernah cukup harta yang dikumpul..nafsu manusia tidak akan puas..jika diberi sebuah gunung emas, nescaya dia akan meminta 2 gunung emas..yang penting, bersyukur dengan apa yang ada..tu yang paling dan teramat baik kan..
Faiqa Ardhani, Anugerah Terindah.
7 years ago
No comments:
Post a Comment