Social Icons

Pages

Friday, January 13, 2012

Presiden Ulama Dunia, Yusof Qaradhawi Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim atau nama singkatan DSAI..nama yang sentiasa keluar dalam mana-mana media, akhbar, TV, radio dan sebagainya. Percaya atau tidak yang beliau melakukan perbuatan terkutuk itu, pandai-pandailah fikirkan..sebab masing-masing ada akal yang waras..dunia dihujung jari, bukan sekadar media TV atau radio mahupun akhbar..


Artikel ni aku jumpa dalam satu blog Addin..Ulama tersohor dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam blog beliau, boleh klik disini, mengucapkan tahniah kepada DSAI.


.............

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalahmelalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

(diterjemah dari google translate).





Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.




Em..cukup-cukuplah..dah bosan dengar pasal LIWAT ni..sampaikan budak kecik pun dah tahu sebut perkataan LIWAT ni sebab banyak kali sangat mereka dengar..

No comments: