Social Icons

Pages

Wednesday, January 11, 2012

1 Year already...

Masa yang berlalu ni macam angin..sekejap je..seolah-olah tak perasan, sedar-sedar hari ni Khamis..begitu juga lah ngan keje aku..sekarang dah masuk 1 tahun dah..kerjaya ni memang memerlukan kesabaran..stress, penat, kena marah n sebagainya, memang perkara biasa..keje non-stop..seminggu keje xde off, berpanjangan sampai berbulan-bulan non-stop..pernah ada kawan bagitau aku.."you totally not had life at all"..betul sgt apa yang dia cakap..even in 1 day, you only had about 2 Hour for yourself, family n friends...penat kan..

Nasihat ibu kepadaku..banyakkan bersabar..sebelum melangkah turun ke hospital, niatkan dalam hati..kerana ALLAH..insyaALLAH semua penat, stress, setiap langkah kita akan dikira sebagai satu ibadah..meskipun kerjaya ini sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri..tetapi bila terlalu stress, penat, hati ini akn mengeluh jugak..Ya ALLAH..semoga engkau tambahkan kesabaran didalam hatiku ini, ikhlaskan niatku kerana-Mu Ya ALLAH..

Tinggal setahun lagi, insyaALLAH akan menamatkan Housemanship yang amat memenatkan..selepas ni, insyaALLAH aku akan pilih bidang mana yang aku minat..bidang yang aku ada masa untuk diriku, keluargaku n kawan-kawan..Sesungguhnya ada hikmah bukan sesuatu yang ALLAH tetapkan itu..mungkin suatu hari nanti, ALLAH swt menetapkan sesuatu yang kita tidak duga..bila sampai masa itu, barulah sedar bahawa bidang yang aku rasa amat stress, sehinggakan banyak kali hampir berputus asa, dapat membantu mungkin keluarga, saudara ataupun kawan-kawan sendiri yang memerlukan..