Social Icons

Pages

Tuesday, January 31, 2012

Oncall dan Elaun

Betulkah sekarang ni H.O terlalu ramai sehinggakan terpaksa diperkenalkan sistem shift? Sistem ni memang telah dikuatkuasakan bulan september 2011..bila sistem ni diperkenalkan, maksudnya dah takde lagi oncall..so,  dah takde lah elaun oncall..maka untuk menggantikan elaun oncall, pihak kerajaan telah menyediakan elaun khas gantian oncall sebanyak RM600/bln..tapi hingga kini pun xmasuk-masuk pun lagi..soalnya sekarang, adakah H.O ni terlalu ramai?


Sekarang ni kat department aku, hanya ada 16 orang H.O.. manalah cukup untuk satu department yang sememangnya terlalu bz..terpaksalah balik semula ke sistem oncall..tapi yang paling mendukacitakan, elaun oncall memang dah dimansuhkan, sedangkan staff nurse boleh je claim elaun lebih masa..lebih kurang RM14/sejam..dalam sebulan ada gak sampai RM1000 lebih dapat..banyak kan?kalau untuk H.O masa zaman oncall, RM 100 untuk 24jam..adilkah?kalau nak dikira lebih masa, kalau betul kami boleh claim, fuhh....


Semoga suatu hari nanti akan ada pihak yang berjuang untuk kebajikan kami..InsyaALLAH..sekarang ni, niat betul-betul kerana ALLAH SWT, semoga penat lelah ini digantikan dengan ganjaran pahala..insyaALLAH..

Thursday, January 19, 2012

Sekelip Mata dah Jadi Kaya Raya..sape taknak kan..

Duit..dimana kau duit..zaman sekarang ni, barang dah mahal..kejap-kejap naik harga..kalau dulu duit RM50 tu boleh beli macam-macam dah..tapi kalau sekarang, sekali g kedai, kejap je boleh abis duit sebanyak RM50 tu kan..sape taknak kan, kalaulah sekiranya tiba-tiba boleh jadi kaya..ha2..macam kisah dalam paper hari ni, sorang guru kat India yang gaji bulanannya sebanyak AS700 dolar (RM2170), bila dia kemaskini akaun banknya, memang terkejut beruk kot..ha2..bila tiba-tiba tengok balance RM31 billion..banyak tu beb!!


Tapi dia ni seorang yang baik hati, maklumlah seorang pendidik..ceewah..berkaliber tu kena ada..dia terus call bank untuk bagitau yang secara jelas berlaku kesilapan perakaunan..baik hati betul kan..


Apepun, kita janganlah berangan nak dapat duit sekelip mata camtu kan..usaha tangga kejayaan..kalau diikutkan hati, takkan pernah cukup harta yang dikumpul..nafsu manusia tidak akan puas..jika diberi sebuah gunung emas, nescaya dia akan meminta 2 gunung emas..yang penting, bersyukur dengan apa yang ada..tu yang paling dan teramat baik kan..

Saturday, January 14, 2012

Elaun Gantian Oncall..Bilakah akan dapat?

Tok..tok..tok..tumpang tanya..bila ni elaun gantian oncall akan diberi kepada kami?Dalam Belanjawan 2012, masih terngiang-ngiang lagi PM mengatakan Elaun Flexi Hours atau dgn nama lain Elaun untuk gantian Oncall (memandangkan sistem Oncall untuk Houseman telah dimansuhkan) berkuat-kuasa September 2011.. Tapi sampai sekarang pun tak de lagi masuk..cuba bayangkan, amaun gaji yang selama ni ada sebanyak tu, tiba-tiba ditolak sebanyak hampir RM700 sebulan bila tiada lagi oncall..Semoga elaun tersebut dimasukkan secepat mungkin k..

Friday, January 13, 2012

Presiden Ulama Dunia, Yusof Qaradhawi Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim atau nama singkatan DSAI..nama yang sentiasa keluar dalam mana-mana media, akhbar, TV, radio dan sebagainya. Percaya atau tidak yang beliau melakukan perbuatan terkutuk itu, pandai-pandailah fikirkan..sebab masing-masing ada akal yang waras..dunia dihujung jari, bukan sekadar media TV atau radio mahupun akhbar..


Artikel ni aku jumpa dalam satu blog Addin..Ulama tersohor dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam blog beliau, boleh klik disini, mengucapkan tahniah kepada DSAI.


.............

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalahmelalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

(diterjemah dari google translate).





Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.




Em..cukup-cukuplah..dah bosan dengar pasal LIWAT ni..sampaikan budak kecik pun dah tahu sebut perkataan LIWAT ni sebab banyak kali sangat mereka dengar..

Welcome to Mom n Baby World..

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan zuriat. Bermula si isteri sarat mengandung sehinggalah melahirkan anak. Pengalaman ini bagi sesetengah ibu yang baru pertama kali mengandung, tentu sesuatu yang amat menggerunkan bagi mereka. Tapi bagi ibu yang sudah beberapa kali mengandung, benda ni macam dah biasa..he2..kalu tidak takklan yang datang tu mengandung anak ke 8, ada jugak sampai belas-belas..

Diriku sekarang ni dalam posting OnG..Disember 2011 - April 2012..memang setiap hari menyambut baby yang cute yang baru lahir..he2..pengalaman ni bagiku amat best kot..sebabnya menyambut orang baru dalam dunia ni..lebih kurang 40 ++ delivery perday..ni baru dalam Kota Bharu..tak kira lg hospital lain..memang produktif kan..ha2..

Bukan senang jugak tau nak menyambut baby ni..paling utama, kena bagi semangat kat ibu..sampai dengar 1 wad tu  bila bagi semangat supaya push kuat lg..he2...macam pasukan sorak lebih kurang..kalau tak cukup, siap panggil bantuan utk tambahkan lagi 'pasukan sorak'..ha2..kalau baby tu tak kuar lagi dalam masa sejam, kena try another method..vacuum ke..tak pun, kalau baby tu lemas, kena emergency scissor..tapi yang tu kena decision by specialist..

Ibu yang paling muda pernah bersalin yang sempat dengan aku umur 16..paling berumur, bukan tua k, dalam 40 lebih..Pernah ada kawan yang timbulkan persoalan, "Negara Islamkah kita sebab ibu mengandung ni, Dr lelaki yang check"..Dr perempuan memang ada yang check patient ni, tapi kalau sorang je patient ok lah..ni patient datang beratur tau, ni tak kira lagi yang dalam wad bersalin..full 16 bilik..kalau nak harapkan semua Dr perempuan yang attend case, memang xsempat..lebih-lebih lagi kalau ada emergency..Yang penting, ibu dan bayi selamat.. Ada sesetengah patient request Female Dr, so kita respect..bagus jugak kan, kurang sikit kerja Male Dr ni..ha2..

Yang paling tak best jaga wad bersalin ni, bila patient lepas bersalin tu, ada yang luka tempat peranakan..pernah hari tu aku yang jahit, dekat sejam lebih..susah tau..jem la nurse ni bagi patient yang luka yang besar..ha2..

Wednesday, January 11, 2012

1 Year already...

Masa yang berlalu ni macam angin..sekejap je..seolah-olah tak perasan, sedar-sedar hari ni Khamis..begitu juga lah ngan keje aku..sekarang dah masuk 1 tahun dah..kerjaya ni memang memerlukan kesabaran..stress, penat, kena marah n sebagainya, memang perkara biasa..keje non-stop..seminggu keje xde off, berpanjangan sampai berbulan-bulan non-stop..pernah ada kawan bagitau aku.."you totally not had life at all"..betul sgt apa yang dia cakap..even in 1 day, you only had about 2 Hour for yourself, family n friends...penat kan..

Nasihat ibu kepadaku..banyakkan bersabar..sebelum melangkah turun ke hospital, niatkan dalam hati..kerana ALLAH..insyaALLAH semua penat, stress, setiap langkah kita akan dikira sebagai satu ibadah..meskipun kerjaya ini sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri..tetapi bila terlalu stress, penat, hati ini akn mengeluh jugak..Ya ALLAH..semoga engkau tambahkan kesabaran didalam hatiku ini, ikhlaskan niatku kerana-Mu Ya ALLAH..

Tinggal setahun lagi, insyaALLAH akan menamatkan Housemanship yang amat memenatkan..selepas ni, insyaALLAH aku akan pilih bidang mana yang aku minat..bidang yang aku ada masa untuk diriku, keluargaku n kawan-kawan..Sesungguhnya ada hikmah bukan sesuatu yang ALLAH tetapkan itu..mungkin suatu hari nanti, ALLAH swt menetapkan sesuatu yang kita tidak duga..bila sampai masa itu, barulah sedar bahawa bidang yang aku rasa amat stress, sehinggakan banyak kali hampir berputus asa, dapat membantu mungkin keluarga, saudara ataupun kawan-kawan sendiri yang memerlukan..