Social Icons

Pages

Thursday, March 31, 2011

Berita baik untuk Doktor..heheh

Hari ni kuar berita dalam Metro : Bina Kompleks Khas Untuk Doktor Atas Panggian..antara isi berita ni menyatakan hospital baru yang akan dibina akan dilengkapi dengan kompleks khas untuk Doktor oncal..em..yang ni memang hospital aku dah out sebab dah lama sgt dah terbina..he2..tapi yang paling penting, dalam pekeliling dinyatakan lepas oncal dapat off keesokan hari selepas menyelesaikan tugasan..kalau betul la, syukur sangat2 lah..he2



KEMENTERIAN Kesihatan akan memastikan semua pembinaan hospital baru dilengkapi kemudahan Kompleks Doktor Atas Panggilan bagi mengurangkan bebanan kerja pegawai perubatan di hospital kerajaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menerusi Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 4/2010, kementerian mengarahkan pengarah hospital menyediakan bilik khas supaya doktor atas panggilan bertugas dengan lebih selesa.

“Kementerian mengarahkan semua ketua jabatan menyediakan kemudahan bilik doktor atas panggilan untuk mengurangkan tekanan kerja doktor pakar serta pegawai perubatan, selain menyediakan lebih ramai pegawai yang menjalankan tugas atas panggilan, tempat letak kereta selamat dan makanan, bergantung kepada keadaan semasa.
“Malah, ada hospital menyediakan lounge untuk doktor dilengkapi kemudahan seperti televisyen, Internet dan sebagainya untuk keselesaan doktor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, pekeliling sama juga menjelaskan ‘Garis Panduan Bertugas Atas Panggilan Untuk Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah Di Hospital Kementerian Kesihatan’.

Katanya, garis panduan itu membolehkan pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan aktif berehat atau ‘time off’ keesokannya hanya selepas menyelesaikan tugasan.

No comments: