Social Icons

Pages

Wednesday, September 22, 2010

1st Cashout Nuffnang

Alhamdulillah..selepas beberapa bulan bersama nuffnang, ni kali pertama aku dapat cashout nuffnang..tak banyak sangat pun, tapi drpd tak de langsung, baik ada jugak kan walaupun sikit..

Disamping kita blogging ni, baik cuba jugak kan nuffnang ni..dapat sikit2 pun tak pe, lama-lama kumpul, dapat la bertambah duit tu dari tak de langsung..ada je blogger yang sekali cashout sampai ratus ringgit, ribu ringgit pun ada..apepun, tanx nuffnang..lepas dpt cek nanti, boleh la wat makan pizza ke, mcD ke..he2..

Monday, September 20, 2010

Beracun Tetapi Boleh Dimakan


Korang tau tak ubi yang beracun, tetapi boleh dimakan. Bunyinya agak pelik kan sebab dah la beracun, takkan orang cuba nak makan pulak kan. Kalau hanya memakan sebesar sebiji epal pun, ubi ni boleh membunuh..bahaya betul kan..Tapi, itulah hakikatnya..pernah dengar bukan Ubi Gadong ni atau nama saintifiknya Dioscorea daemona. Ubi ni biasanya banyak kat dalam hutan. Tapi bukan senang nak makan ubi ni..rumit jugak cara nak proses untuk membuang racun dalam ubi Gadong ni. Tapi, bahaya-bahaya pun, orang tetap makan jugak kan..he2..macam ikan buntal, beracun pun, tapi orang Jepun makan je, asalkan tahu cara nak buang racun tu.

Ubi Gadong ni kena rendam dalam air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 hari untuk membuang getah yang beracun..lama jugak tu..pastu baru la boleh makan..nak rebus ke, kemudian makan ngan kelapa parut..Best..he2..bukan aku yang cakap, tapi berdasarkan ape yang orang cakap..sebab aku tak pernah try lagi walaupun banyak kat belakang rumah..he2..Ni aku terjumpa artikel cara nak proses ubi gadong..

cara nak masak/makan ubi gadung

Kupaskan kulit dan hiriskan isinya dalam setebal 2-4 mm,,,kendian rendam dalam air banyak...kacau2 dan tukar air setiap hari...pada hari ketiga/empat...ambil air rendaman gadung dan diuji dengan anak ikan...jika anak ikan mati...atau jalan pusing2...makna nya racun ubi tersebut masih ada...teruskan rendam sehingga ikan tidak lagi mati.....

,,,,,kemudian rebuslah hirisan ubi tersebut seperti merebus ubi kayu...bila masak...buang air rebusan......cicah ubi dengan kelapa parut....

Kalau baca paper hari ni, hidangan ni popular kat Baling..Diorang cakap ubi ni ada nilai perubatan. Memang ada kajian yang telah dibuat menemui Saponin di dalam ubi tersebut yang dapat menghalang pengetulan Platelet dalam darah..

Jadi, kalau korang nak cuba, boleh cuba..tapi aku tak berani tak berani makan kot, banyak lagi ubi lain yang boleh dimakan..yang memang kita tahu tak de racun..he2..betul tak..

Sunday, September 19, 2010

Jom Balik Kampus

Salam Syawal ke-10..korang masih dlm mood raya lg ke?banyak tak dapat duit raya tahun ni?he2.. walaupun orang cakap raya ni sebulan, tapi yang meriahnya cuma mungkin seminggu je kot, tu pun macam lama sangat seminggu..kemudian jadi macam hari-hari biasa..sebab saudara-mara pun dah balik..kawan-kawan pun dah balik kolej..cuti dah abis..kelas pun dah nak stat..mood study lepas cuti raya ni biasanya slow skit..sebab banyak sangat makan ketupat ngan rendang kot..he2..

Kalau bulan ramadhan dulu, suasana lain..sahur, buka puasa..buka puasa pun kat masjid, disamping dapat berbuka ramai-ramai, dapat save budget jugak..he2..menu pun boleh tahan jugak best..


Apepun, gud luck untuk semua kawan-kawan..aku pun sebulan lagi dah nak final exam..banyak lagi yang kena study..Bagi yang baru nak bertolak balik ke kampus, semoga selamat dalam perjalanan ye..

Saturday, September 18, 2010

M Rajoli Meningal Dunia


Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor ,Sabtu (hari ni). Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Takziah untuk keluarga Allahyarham..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua lah kita kembali..
Al-Fatihah..

.....

"Bagi tiap-tiap umat ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu, tiada
dapat mereka minta mengundurkannya dan tiada pula minta
mendahulukannya sesaat jua pun."
- Surah Al-A`raf 7:34

Friday, September 17, 2010

Zaman Facebook


Salam buat kawan-kawan semua..emm..facebook..siapa tak kenal Facebook..hampir semua orang kenal facebook ni kan..tak kira muda ke, kanak-kanak ke..Cerita pasal facebook ni, teringat hari tu masa tengok adik aku yg darjah 5 tengah online FB..tengah chatting..ha2..terkejut jgk tgk bdk skrg ni dh pndai chatting..Jadi, aku tanya dia chatting ngn sape..Adik aku jawab yang dia tengah chatting ngn kawan, dari Indonesia..waa..advance budak-budak zaman sekarang..masa aku dulu kalau umur sebaya camtu tgh tangkap ikan kt sungai lagi..he2..

Dunia makin maju..Masa dulu-dulu feymes chatting guna MIRC..tentu korang ingat lagi kan MIRC 32..yang kita biasa guna 'ASL PLS' untuk mintak detail age,sex (male @Female), location..he2..Zaman tu dah lama berlalu, dah tenggelam dah pun MIRC ni..

Ni belum kira yang men game online lagi..macam-macam game ada kat facebook..tengok adik men game online CRO, sampai boleh tag team ngan kawan-kawan dari luar negara, siap boleh mintak tolong kawan 'can u give me a sword?' ..he2..advance betul budak-budak zaman sekarang ni..





p/s : Facebook pun facebook jgk, tapi jangan sampai terlalu addicted hingga lupakan kerja yang sepatutnya dibuat macam kartun kat sebelah ni..he2..