Social Icons

Pages

Thursday, October 7, 2010

First Award

Thanks to ika untuk tag ni..





Kali pertama dapat tag ni..he2
dulu tak tahu pun ape tu "anda ditag"
lama dah dapat tag ni..skrg baru boleh 'settle'kan pasal tagged ni..
So, kalau ada tag ni, macam biasalah kena jawab soal selidik..jom..
1. Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??
study kot..he2..sebab dah nak exam final..


2. Apakah nama samaran anda?
nama samaran ek?diriku kot..he2

3. senaraikan 3 orang yg anda sayang.
Mak
Ayah
Seseorang :)

4. Panggilan utk si dia..
waa..soalan ni pun ada ek..he2..
biarlah rahsia..privacy :)

5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
owh..banyak nak cakap..
he2..tapi yang penting kesetiaan kejujuran keikhlasan

6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
em..semua blog kawan-kawan..suka baca entry yang best..he2


7. Tag pada 15 rakan blogger anda...
ok..korang jgn lupa amik ye..
*shas 
*fiq
*annfrendly
*waniey
*mar yanie
*Tina Farhana
*ainnoraini
*Iera
*Myra Arshad
*cik aiskrim
*Hanie Saad
*mimey dakpipimerah

Em..dah cukup rasanya 15..nt korang amik lah ye..he2..
ape pun, hepi blogwalking k :)


Wednesday, October 6, 2010

Peringatan Kepada Pengguna Laptop

Sekarang, hampir setiap pelajar Universiti mempunyai laptop sendiri kan..sebab sorang student Universiti atau Kolej, paling kurang ada 1 Handset dan 1 laptop..dah jadi macam satu barang keperluan sekarang ni..Entry ni sekadar nasihat supaya jangan selalu meletakkan laptop di atas riba semasa menggunakannya..sebab ini akan menyebabkan sindrom kulit terbakar..sebabnya?korang paham-paham lah kan, haba yang keluar dari laptop tu, bila lama-lama kena kat kulit, sikit-sikit akan bagi kesan jugak kat kulit tu...kalau sekejap-sekejap, mungkin boleh kot..tapi kalau lama sangat sampai berjam-jam, baik lah letak kat atas meja..lagi selamat kan..

Korang tau tak berapa suhu kat bawah laptop tu?em..boleh mencapai sehingga 52 darjah celcius..panas jgk kan..sindrom ni akan menyebabkan warna kulit tidak sekata atau berbintik-bintik..sebab kes ni dah ada terjadi kat US..macam dalam gambar kat bawah ni.. 

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.




*SUMBER : KOSMO

Tuesday, October 5, 2010

Berani betul!! Memang Tabik lah..

Kalau dalam Fear Factor pun, diorang guna tali kalau duk kat tempat tinggi...untuk keselamatan kalau-kalau terjatuh ke, tergelincir ke..Tapi, cuba tengok kat dalam gambar ni, kat Dubai, selamba je laki tu berdiri di tepi tingkap untuk cuci cermin..bukannya rendah tau, tingkat 34..

Berani betul..dah la tak pakai peralatan keselamatan satu pun..kalau jatuh, memang gerenti lah nyawa melayang...kalau sesape yang Juara dalam Fear Factor gerenti tak berani wat macam laki ni..

Agak-agak kalau masuk Fear Factor boleh menang tak?he2
*Sumber : KOSMO

Sunday, October 3, 2010

Hari Yang Penat

Sekarang baru boleh rehat kat bilik..Hari yang penat..Hari ni ada MOCK Exam, sebagai latihan untuk Final Exam 2 minggu lagi..soalan memang susah tak payah cakap lah..Pukul 9 pg sampai 12 tengah hari soalan Esei.. Kemudian sambung lagi pukul 2 sampai pukul 5 ptg untuk kertas MCQ..tak banyak pun soalan MCQ ni..500 soalan 'je'..tak banyak kan..he2..naik berpinar mata nak menjawab 500 soalan ni..

tak boleh nak main teka-teka je jawapan..sebab kalau betul dapat 1 markah, kalau salah tolak 0.5 markah..minus mark carry forward..lagi banyak teka, lagi banyak salah, jadi, kena jawab yang betul-betul yakin je..kalau final exam nanti lagi lah, soalan MCQ sahaja 1000 soalan..belum tambah tambah esei dan lain-lain..'best' kan..


Malam ni memang plan tdo awal..sekarang duk nampak katil je..badan + otak penat + intenet yang 'super speed'..memang gabungan yang mantap..he2..nanti baru melawat blog kawan-kawan bila free nanti...

Friday, October 1, 2010

Banyaknya Anniversary


Masa aku kat bilik pagi tadi, ada kawan ketuk pintu..kemudian masuk ajak aku "Jom g Pulau Perhentian"..ishk..pelik jugak aku tiba-tiba je nak ajak g Pulau dan memang aku boleh agak ni ajak-ajak ayam je tu..ha2...Dia cakap nak sambut anniversary ngan isteri dia..Anniversary Pertunangan..he2..bertunang pun sambut anniversary best-best jugak ek..kalau camtu, banyak la anniversary yang nak kena sambut..anniversary merisik, anniversary perkahwinan, kemudian birthday pulak...he2..jenuh jugak tu..




 
Apepun, terpulang pada pasangan tu sendiri kan..asalkan bahagia..betul tak..yang penting, tahu menghargai dan membuat pasangan senang hati...banyak sangat anniversary kadang-kadang orang boleh lupa jugak..yang penting, tarikh 'besar' kena la ingat..sebab kalau tak ingat, gerenti si isteri atau girlfren tarik muka sepanjang hari..he2..sebab kalau pompuan, anniversary ni penting kan buat korang...betul tak..tapi, kalau bagi orang laki, erm..tak boleh nak cakap camne..rahsia..he2




Tapi, kalau orang laki ingat lagi banyak tarikh-tarikh penting, maksudnya yang 'sunat', senang la nak wat si dia lebih teruja..he2.. contohnya tarikh 1st date ke, tarikh 1st cakap ngn si dia ke..tarikh 1st g jalan rumah si dia ke..ada masa yang sesuai, buat surprise kat si dia, bagi tau tarikh-tarikh tu, gerenti cair la..he2..betul kan awak :)..bagi yang belum cuba, sila cuba dan tengok hasilnya..he2..tapi tak janji k..