1,2,3,4...em..sedar tak sedar, sekarang kita telah menghampiri pengakhiran suku ke 2 ramadhan..jika sepuluh malam pertama adalah rahmat, malam ke 10 berikutnya adalah keampunan dan 10 malam yang terakhir adalah pembebasan dari api neraka. apa khabar iman?tepuk dada tanya diri kita sendiri..
Alhamdulillah...setakat hari ini masih lagi dipanjangkan umur kita untuk terus menikmati hari-hari di bulan ramadhan, bulan yang dijanjikan beribu ganjaran pahala bagi sesiapa yang berusaha mengejarnya.
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183).
Ramadhan kali ini tentulah ramadhan yang berbeza dari ramadhan yang pernah aku lalui sebelum ni..dulu masih lagi bujang, sekarang sudah beristeri. InsyaALLAH Aidilfitri kali ini merupakan kali pertama kami menyambutnya sebagai suami isteri.
Life goes on..masa sentiasa berputar..takkan berhenti walau sesaat pun..insyaALLAH 20/8/2012 aku akan memasuki posting terakhir sebagai seorang Houseman (H.O). Kalau dulu masa mula2 kerja, selalu terbayang bilakah nak abis Houseman ni, lambat sgt nak sampai posting ke enam ni. Ye lah kan, nak abiskan 2 tahun Houseman..memang memeritkan..Tapi sekarang, aku dah sampai saat yang dulu aku inginkan. Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana dipermudahkan segala urusan, exam dan sebagainya. Juga terima kasih yang tak terhingga kepada ma abah, isteriku dan keluarga serta rakan-rakan yang bersama-sama susah dan senang. Hanya ALLAH sajalah yang mampu membalasnya.
Em..plan jangka panjang..insyaALLAH nanti nak sambung Family Medicine Specialist, kemudian buka Klinik sendiri..Klinik Pakar Perubatan Keluarga..InsyaALLAH..Sampai di sini saja, salam ramadhan untuk kawan-kawan semua..Sama-sama kita berusaha menambahkan pahala di bulan ini..
Faiqa Ardhani, Anugerah Terindah.
7 years ago
No comments:
Post a Comment