Social Icons

Pages

Tuesday, August 7, 2012

Kadar Bayaran Zakat Seluruh Malaysia dan Cara Membayar Zakat Menggunakan SMS


Salam Ramadan. Gambar di bawah merupakan Kadar Bayaran Zakat Seluruh Malaysia pada tahun 2012. Mengeluarkan zakat adalah merupakan rukun Islam yang perlu dilaksanakan bila memenuhi syaratnya. Semua sedia maklum setiap tahun Kadar Bayaran Zakat di semua negeri seluruh Malaysia akan berubah berdasarkan penentuan harga berikut :



Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Gambar dibawah pula merupakan cara membayar zakat dengan menggunakan SMS. Setakat ini, perkhidmatan ini dibuka kepada pengguna semua pelanggan Celcom Sempena bulan Ramadan. Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter zakat kerana segalanya berada dihujung jari.




"Celcom Axiata customers can now pay zakat fitrah via the m-fitrah service. The mobile operator is authorised as a zakat fitrah collection agent for the states of Selangor, Melaka, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang and Sabah. The service, which is performed via SMS, is open to both postpaid and prepaid customers throughout the holy month of Ramadan, and the zakat fitrah payment amount will either be reflected in customers’ postpaid bills or deducted from the prepaid airtime."

No comments: