Sekarang dah start boleh dengar lagu raya mula berkumandang di radio. Tentunya lagu raya ini mengingatkan kembali nostalgia zaman dulu kala terutamanya ketika zaman kanak-kanak..he2..suatu perasaan yang cukup indah..tapi bila je dengar lagu raya versi moden dengan muzik yang 'rock' gitu, terus tukar frekuensi radio lain..bukannya apa..tak best sangat kot..tak sama dengan lagu-lagu raya versi dulu-dulu punya, tetap segar dan kekal sampai sekarang kan.
Alhamdulillah, sekarang kita dah memasuki suku terakhir ramadhan untuk tahun ni..di dalam waktu yang tertinggal inilah tersimpan satu malam ynag menjanjikan ganjaran seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .
Firman Allah SWT : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan malam tersebut..InsyaALLAH
Faiqa Ardhani, Anugerah Terindah.
7 years ago
No comments:
Post a Comment