Social Icons

Pages

Friday, June 22, 2012

Eh..Eh..

Setiap manusia bila dah memasuki alam dewasa, tentulah ingin memiliki pasangan iaitu seorang peneman hidup yang sah lagi halal.. Bila sudah berkahwin pula tentulah setiap pasangan itu mengharapkan dikurniakan zuriat atau cahaya mata kerana anak itu merupakan pengikat kasih sayang antara suami isteri.



Alhamdulillah, kini isteriku telah pun pregnant 2 bulan..he2..insyaALLAH dijangka 4/2/2013 jika diizinkan ALLAH SWT kami akan dikurniakan seorang baby..tarikh tersebut juga merupakan tarikh genap setahun usia perkahwinan kami..he2..rasa tak sabar pun ada..Doaku pada ALLAH SWT semoga dikurniakan anak yg soleh/solehah supaya berupaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..

Sekarang pun isteriku telah mula merasa 'alahan'..setakat ni hanya sikit2 saje..harap2 tak teruk sebab dia jauh dari aku..tak mau dia merasa susah sorang2 kat sana.. alahan ni kalau dah teruk memang boleh masuk hospital.. teringat kat Hospital tempat aku kerja, sorang pesakit tu dah masuk wad 4x dalam sebulan..sebabnya adalah NVP (Nausea and Vomiting in Pregnancy) ataupun bahasa mudahnya 'alahan'.

Doakan kami supaya beroleh zuriat yang sempurna dan soleh/ solehah..amin :)

1 comment:

Cempaka... said...

Tahniah... semoga menjadi parents yg baik buat bakal anak-anakmu... sukaanyaaa orang dah nak dapat baby nie...exited..;p