Social Icons

Pages

Friday, May 18, 2012

Baby oh Baby

Boleh dikatakan setiap hari, kerja aku memang berurusan dengan baby @ bayi yang baru lahir..ada yang umur sejam, ada yang berumur 1 hari dan sebagainya..Setakat ini kemasukan ke wad neonate yang paling biasa ialah Penyakit Kuning atau Neonatal Jaundice (NNJ). Bila dah masuk rawatan yang diberikan ialah diletakkan di bawah lampu ultra yang berwarna biru - Phototherapy..bergantung kepada keputusan darah iaitu Serum Bilirubin, yang menentukan sama ada Single Photo atau Intensive Photo..


Jika bayi tersebut diletakkan di bawah Intensive Photo, setiap 4 jam sekali kena amik darah..kesian jugak kan kat bayi ni..menangis je setiap masa..he2..Faktor risiko yang utama seperti G6PD deficiency, ibu yang mempunyai kumpulan darah O, jangkitan bakteria..


Pengalaman bekerja di wad bayi ini yang paling awal belajar ialah How to start feeding in neonates..adjust feeding, increase feeding dan sebagainya untuk memastikan bayi mempunyai berat yang semakin bertambah..


Berurusan dengan bayi setiap hari, terdetik jugak dalam hati mudah-mudahan suatu hari nanti dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT untuk aku dan isteri dikurniakan zuriat yang soleh @ solehah..insyaALLAH..




“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
-  (Surah Al-furqan: 74)



1 comment:

mknace unlimited said...

:) :) :)
singgah sini...
dari mknace unlimited
Terbaeekkk!!!!