Social Icons

Pages

Thursday, August 16, 2012

Akademi Quran - Abdullah Fahmi

Bismillahhirrahmanirrahim...

Suara yang cukup lunak mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran..insan yang diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menghafaz serta membaca Al-Quran dengan lunak sekali..Tentunya kehadiran Ust Abdullah Fahmi Johan Akademi Al-Quran musim pertama ini telah sedikit sebanyak menarik jemaah untuk bersama-sama sembahyang Terawih di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh Kelantan..

Sepanjang Ramadhan ini, masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan telah diimamkan oleh dua orang Ustaz untuk solat Terawih yang diantaranya adalah Ust Abdullah Fahmi. Percayalah, bacaannya amat lunak dan asyik sekali. Beruntungnya jika kita sendiri dikurniakan bacaan dan hafazan seperti beliau.

Para Hafiz Quran ini memang mempunyai ingatan yang cukup kuat..bukan senang untuk mengahafal keseluruhan Al-Quran yang mempunyai 114 surah bukan..

Ust Abdullah Fahmi selepas ini akan menyambungkan pengajiannya di Mesir..sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau. Dan tentulah kami jemaah di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh mengharapkan beliau akan kembali semula untuk menjadi imam kami pada solat terawih yang akan datang jika dikurniakan peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..InsyaALLAH..


1 comment:

Anonymous said...

sedap....