Social Icons

Pages

Saturday, August 14, 2010

Video Puting Beliung Di Bazar Ramadhan Jasin

Keadaan bazar Ramadhan di Stadium Jasin setelah dipukul ribut

3 maut, 18 cedera dipukul ribut

JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.
Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.
Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.
Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga.
"Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan," katanya.
Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan.
Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

 ....
Video ketika ribut berlaku..

3 comments:

Muka Haluih (MH) said...

Turut bsimpati ke ats ape yg tjadi.. AL-FATIHAH.

masturah mj said...

mnakutkan tgk video..tu masyaallah...smoga..arwah..dtmptkan..dklagan org beriman...
hri tu jgk kan...de..atin niaga..mmg gelapppp..je..ptg tu..tgk jam..bru..kol 6..tpi dh mcm kol..7..mnakutkan..lebat gler..hujan time..tu..tpi,....seb bek x de...pe...

diriku said...

fatin niaga jgk ke? alhamdulillah klu tiada ape2..