Social Icons

Pages

Tuesday, August 3, 2010

Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah??




NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.
“Kami mendapati wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka,” katanya.
Menurut profesor di bidang psikologi itu, beberapa kajian mendapati wanita tidak menyedari tentang kesan warna merah tersebut.
Kajian itu yang menggunakan gambar sejumlah lelaki berpakaian berlainan warna dengan wajahnya dikaburkan mendapati kebanyakan responden wanita memilih lelaki berpakaian merah sebagai lebih menarik.
Saintis-saintis percaya kesan itu disebabkan kombinasi faktor budaya dan biologi. Kesan serupa dilihat dalam kehidupan beruk seperti babun mandrill dan babun gelada apabila haiwan jantannya mempunyai warna merah yang menandakan dominasi spesies jantan.


Dipetik dari Kosmo
.....

blh prcaya @ x?he2..
So, bg sape2 yg try n terbukti betul, blh lah share pengalaman..he2

18 comments:

Malek Ku said...

ohw..pasni nk beli naju merah byk2...haha

inge / cyber dreamer said...

kalo aku asal suami pake baju warna apa ajah pasti suka, erm... kecuali pink dink ^^

diraja22 said...

laku lah baju merah nak raya ni..
grup baju merah kat Thailand camner ek..

Nur Areefah said...

hehehe adekah perempuan macam lembu, tertarik dengan benda merah XD

Mohamad Nur Hidayat said...

nak kena pakai merah ni...tapi takut cik lembu pulak tertarik

yui92 said...

lelaki ttarik kat kaler apa lak?

come n follow me too

Hany Gallery said...

merah itu menawan, hehehe...

missamy said...

nta .
x sure plak .
yg pasti .
sy x tertawan ngan laki yg pkai bju pink .
ngeee ~

Kalamhati said...

hehe maybe gak..tp merah ni seswai ngan yg kulit cerah je kot..tp mataku lebih tertarik if lelaki pkai t-shirt putih kot..hee

syuQ said...

emerika ni suka sgt buat kajian pelek2..
tp ak rs laki pkai bju itam lg gaya mutu keunggulan haha

diriku said...

ha2..mmg diorang suka wt kajian pelik2..tp bg yg nk try, dipersilakan..tgk result cmne..he2..

sherah said...

jalan nak up traffic tuan rumah.mana tahu nanti dia dapat BE ke.hehe boleh tolog click :) baik tak saya hehee

alisha said...

haha , betul kot , >.<

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

i do love red as well...:)

diriku said...

tanx sherah =]

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

xlah. suke puteh or hitam :P

Liya Laa said...

bf i suke baju merah.
sume baju mesti ade merah walaupun sikit :)

diriku said...

@Nur-Za : Hitam pn bergaya jgk..he2
@Liya Laa : bf u 2 mnt sgt ngn merah 2..he2