Social Icons

Pages

Thursday, August 16, 2012

Akademi Quran - Abdullah Fahmi

Bismillahhirrahmanirrahim...

Suara yang cukup lunak mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran..insan yang diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menghafaz serta membaca Al-Quran dengan lunak sekali..Tentunya kehadiran Ust Abdullah Fahmi Johan Akademi Al-Quran musim pertama ini telah sedikit sebanyak menarik jemaah untuk bersama-sama sembahyang Terawih di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh Kelantan..

Sepanjang Ramadhan ini, masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan telah diimamkan oleh dua orang Ustaz untuk solat Terawih yang diantaranya adalah Ust Abdullah Fahmi. Percayalah, bacaannya amat lunak dan asyik sekali. Beruntungnya jika kita sendiri dikurniakan bacaan dan hafazan seperti beliau.

Para Hafiz Quran ini memang mempunyai ingatan yang cukup kuat..bukan senang untuk mengahafal keseluruhan Al-Quran yang mempunyai 114 surah bukan..

Ust Abdullah Fahmi selepas ini akan menyambungkan pengajiannya di Mesir..sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau. Dan tentulah kami jemaah di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh mengharapkan beliau akan kembali semula untuk menjadi imam kami pada solat terawih yang akan datang jika dikurniakan peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..InsyaALLAH..


Tuesday, August 14, 2012

Syria dan Rohingya Myanmar Berdarah

Ketika umat Islam di Syria, Burma, Palestin ditindas dan dizalimi dengan sekejam-kejamnya, tanyalah pada diri kita apakah sumbangan kita pada mereka, saudara seagam kita "Adakah cukup sumbangan kita untuk mereka walaupun sekecil zarah?"..Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita merenung kisah seperti seekor kecil yang membawa air di dalam paruhnya untuk membantu Nabi ALLAH Ibrahim 'alaihissalam..sekecil-kecil usaha ini akan tetap dikira oleh ALLAH SWT walaupun kita tak mampu untuk menyumbang yang besar-besar..Sumbangan bantuan wang atau sebagainya bagi yang mampu dan doa untuk menyelamatkan mereka disana yang memerlukan..InsyaALLAH di saat Ramadhan masih lagi berbaki, bulan yang penuh berkat ini sama-samalah kita membantu mereka tidak kira sumbangan berbentuk fizikal ataupun doa..insyaALLAH..mudah-mudahan sumbangan kita ini dilipatkan gandakan ganjarannya oleh ALLAH SWT dan paling utamanya dapat membantu saudara kita disana...Sama-sama kita kongsikan kisah mereka supaya kita semua sedar apa yang berlaku sekarang..LET SHOW TO THE WORLD>..


Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...


GPM mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada masyarakat yang prihatin bagi menampung keperluan projek itu, dan ia boleh disalur menerusi akaun Bank Islam (14-023-01-02922-4) atau Maybank (5642-2161-1602). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian             03-6188 3239      .










Dan ini pula akibat kezaliman Rejim Basyar Assad di Syria..

Lagi pembunuhan yang berlaku disebabkan serangan Tentera Rejim Basyar Assad


Qiam With Me - Top Google Search & Getz Blogger



He2..tak disangka-sangka..Entry berkaitan QIAM WITH ME yang dipublishkan dari blog © DiriKu telah menduduki tempat pertama dalam carian Google dan Top 5 dalam senarai Getz Blogger..Alhamdulillah..ye lah..bukan senang untuk bersaing dengan blog-blog lain yang superb..ini menambahkan lagi semangat untuk terus berbloging..he2..


Friday, August 10, 2012

Qiam With Me - Malaysian Book Of Record

Alhamdulillah..Berkat Program QIAM WITH ME bersama KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V, telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Record.


Allahuakhbar....
Allahuakhbar....
Allahuakhbar....





Semoga KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V  dipanjangkan umur
untuk terus memerintah Negeri Kelantan Darul Naim

Thursday, August 9, 2012

Qiam With Me *Update

Alhamdulillah..telah selesai Majlis QIAM WITH ME bersama KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.




Allahuakhbar....
Allahuakhbar....
Allahuakhbar....


Gambar sekitar Majlis QIAM WITH ME..sama-sama saksikan..


KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V


KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V
Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada... Solat Terawikh Bersama Sultan Muhammad V. Seramai 5000 rakyat Kelantan memenuhi Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu. Subhan-Allah... 


Juga tidak ketinggalan, Ustaz Azhar Idrus juga hadir dalam Program Moreh Minda..





Ustaz Azhar Idrus

Qiam With Me

Alhamdulillah..Kelantan walaupun dikatakan negeri ter'miskin', namun kami mempunyai seorang Sultan yang Berjiwa rakyat, tawadduk..Sekarang ini sedang berlangsung satu Majlis QIAM WITH ME bersama KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. 

Allahuakhbar....
Allahuakhbar....
Allahuakhbar....

Sesungguhnya aku bangga dilahirkan sebagai anak Kelantan ...



Program 'QIAM WITH ME' Tahun 1433H/2012M pada 20 Ramadhan 1433H bersamaan 09 Ogos 2012M (Khamis malam Jumaat) Jam 9.30 malam hingga 6.30 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Syukur alhamdulillah kerana Kelantan mempunyai sultan sebagaimana baginda tuanku..ajaran agama islam sangat dititikberatkan..dan sesuailah kedudukan baginda sebagai ketua agama islam..


QIAM WITH ME - Gambar ketika Solat Sunat Tarawih

Lagu Raya

Sekarang dah start boleh dengar lagu raya mula berkumandang di radio. Tentunya lagu raya ini mengingatkan kembali nostalgia zaman dulu kala terutamanya ketika zaman kanak-kanak..he2..suatu perasaan yang cukup indah..tapi bila je dengar lagu raya versi moden dengan muzik yang 'rock' gitu, terus tukar frekuensi radio lain..bukannya apa..tak best sangat kot..tak sama dengan lagu-lagu raya versi dulu-dulu punya, tetap segar dan kekal sampai sekarang kan.

Alhamdulillah, sekarang kita dah memasuki suku terakhir ramadhan untuk tahun ni..di dalam waktu yang tertinggal inilah tersimpan satu malam ynag menjanjikan ganjaran seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT :  "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan malam tersebut..InsyaALLAH

Tuesday, August 7, 2012

Kadar Bayaran Zakat Seluruh Malaysia dan Cara Membayar Zakat Menggunakan SMS


Salam Ramadan. Gambar di bawah merupakan Kadar Bayaran Zakat Seluruh Malaysia pada tahun 2012. Mengeluarkan zakat adalah merupakan rukun Islam yang perlu dilaksanakan bila memenuhi syaratnya. Semua sedia maklum setiap tahun Kadar Bayaran Zakat di semua negeri seluruh Malaysia akan berubah berdasarkan penentuan harga berikut :



Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Gambar dibawah pula merupakan cara membayar zakat dengan menggunakan SMS. Setakat ini, perkhidmatan ini dibuka kepada pengguna semua pelanggan Celcom Sempena bulan Ramadan. Melalui kaedah ini, pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter zakat kerana segalanya berada dihujung jari.




"Celcom Axiata customers can now pay zakat fitrah via the m-fitrah service. The mobile operator is authorised as a zakat fitrah collection agent for the states of Selangor, Melaka, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang and Sabah. The service, which is performed via SMS, is open to both postpaid and prepaid customers throughout the holy month of Ramadan, and the zakat fitrah payment amount will either be reflected in customers’ postpaid bills or deducted from the prepaid airtime."

Ramadhan ini..

1,2,3,4...em..sedar tak sedar, sekarang kita telah menghampiri pengakhiran suku ke 2 ramadhan..jika sepuluh malam pertama adalah rahmat, malam ke 10 berikutnya adalah keampunan dan 10 malam yang terakhir adalah pembebasan dari api neraka. apa khabar iman?tepuk dada tanya diri kita sendiri..

Alhamdulillah...setakat hari ini masih lagi dipanjangkan umur kita untuk terus menikmati hari-hari di bulan ramadhan, bulan yang dijanjikan beribu ganjaran pahala bagi sesiapa yang berusaha mengejarnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183).

Ramadhan kali ini tentulah ramadhan yang berbeza dari ramadhan yang pernah aku lalui sebelum ni..dulu masih lagi bujang, sekarang sudah beristeri. InsyaALLAH Aidilfitri kali ini merupakan kali pertama kami menyambutnya sebagai suami isteri.

Life goes on..masa sentiasa berputar..takkan berhenti walau sesaat pun..insyaALLAH 20/8/2012 aku akan memasuki posting terakhir sebagai seorang Houseman (H.O). Kalau dulu masa mula2 kerja, selalu terbayang bilakah nak abis Houseman ni, lambat sgt nak sampai posting ke enam ni. Ye lah kan, nak abiskan 2 tahun Houseman..memang memeritkan..Tapi sekarang, aku dah sampai saat yang dulu aku inginkan. Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana dipermudahkan segala urusan, exam dan sebagainya. Juga terima kasih yang tak terhingga kepada ma abah, isteriku dan keluarga serta rakan-rakan yang bersama-sama susah dan senang. Hanya ALLAH sajalah yang mampu membalasnya.

Em..plan jangka panjang..insyaALLAH nanti nak sambung Family Medicine Specialist, kemudian buka Klinik sendiri..Klinik Pakar Perubatan Keluarga..InsyaALLAH..Sampai di sini saja, salam ramadhan untuk kawan-kawan semua..Sama-sama kita berusaha menambahkan pahala di bulan ini..