HONOLULU - Seorang hakim persekutuan di Hawaii semalam membenarkan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Craig Smallwood menyaman sebuah syarikat pengeluar Korea Selatan kerana menyebabkannya ketagih permainan komputer.
Hakim daerah Alan Kay berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berhak meneruskan saman terhadap NCSoft Corp. yang mengeluarkan permainan Lineage II sehingga menyebabkan mangsa ketagih bermain lebih 20,000 jam sejak 2004 lalu.
Keadaan itu mengakibatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada permainan tersebut serta gagal menguruskan diri seperti tidak mampu lagi berpakaian, mandi, berbual dengan keluarga dan rakan seperti kebiasaannya.
Mangsa mendakwa, firma komputer itu tidak pernah mengeluarkan amaran bahaya ketagihan secara psikologi akibat daripada permainan tersebut.
....
Camni pn blh jgk ke?
alasannya sbb syarikat games 2 tak keluarkan amaran bahaya ketagihan..
diri sendiri yg salah sbb xpndai membahagikan masa atau syarikat 2 yang salah?
Tp, disebalik kegembiraan sbb adikku berjaya smbung bljr ni,
terbit jgk air mata dr ibuku..
sedih sbb terpaksa berpisah..
jauh plk 2..
Kasih ibu sampai ke syurga bukan..
zaman sekarang ni tak macam dulu..
skype ada,YM ada..
bila2 masa dpt video call..
sms pn kalau htr dr Malaysia, tak sampai 5 saat pn dh sampai kt sana..
dulu nk dpt kabar berita pun susah..
nak tunggu surat sampai pun dah lama,
tunggu posmen pun satu hal..
zaman dulu diorang nek beskal je..he2
posmen berbasikal..
Gud Luck Utk Adikku dan Kwn2..
All d Best..
Membawa harapan keluarga masing2..
Semoga perjalanan dlm mencari ilmu ini dicatat sebagai satu ibadah,
dlm mencari keredhaan ALLAH swt..
"Tahniah 4 the Great Result, this is 1st SteP t0 beCome A DocTor,
maKe it RealiTy"
*to someone, pinjam ye ayt ni, kali ni nk guna msg ni utk bg kt
adik dan kawan2 dia plk..ha2..takkan lupa ayat ni..
........
"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi,
maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.
Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
- Al-Mulk 67:15
“Kalau sekiranya pohon-pohon di muka bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambah kemudiannya dengan tujuh laut lagi, nescaya tiada habis kalimat ALLAH (di tuliskan). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
– Surah Luqman 31:27
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia.
Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun
yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun yang
dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis
Kisah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mengamuk apabila ibunya berusia 40 tahun (juga seorang ustazah) dicekup berkhalwat dgn seorang lelaki didalam rumahnya pada pukul 1.30 pg..Bulan Ramadhan yang sepatutnya diisi dgn amal ibadat tetapi berlaku sebaliknya..
Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran bagi mereka berdua
supaya menjadi hamba yg soleh..insyaALLAH..selagi kita tak mndpt pengajaran,
mungkin kita tidak akan insaf..
....
"Dan Kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan (mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat), oleh sebab itu berikanlah peringatan,
kerana peringatan itu bermanfaat."
- Surah Al-A'la 87 : 8-9
Sila klik sini utk mengetahui lebih detail psl kisah ni..
Keadaan bazar Ramadhan di Stadium Jasin setelah dipukul ribut
3 maut, 18 cedera dipukul ribut
JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.
Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.
Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.
Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga.
"Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan," katanya.
Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan.
Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut.
PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.
NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.
Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.
Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.
Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).
Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.
Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.
....
Beruntung si Pengemis ni..xsangka2 blh jd kaya..he2
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Bulan Syaaban hampir sampai ke penghujungnya,
Bulan Ramadhan yg penuh keberkatan hampir menemui kita..
Bulan yg dibukakan seluas2nya pintu taubat..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Semoga ibadah puasa kita pd tahun ini lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya..
Sama2 tanamkan niat utk lebih bykkan amal yg baik pd Ramadhan kali ini,
sbb belum tentu lagi kita akan sempat utk menemui Ramadhan yg akan datang..
NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.
“Kami mendapati wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka,” katanya.
Menurut profesor di bidang psikologi itu, beberapa kajian mendapati wanita tidak menyedari tentang kesan warna merah tersebut.
Kajian itu yang menggunakan gambar sejumlah lelaki berpakaian berlainan warna dengan wajahnya dikaburkan mendapati kebanyakan responden wanita memilih lelaki berpakaian merah sebagai lebih menarik.
Saintis-saintis percaya kesan itu disebabkan kombinasi faktor budaya dan biologi. Kesan serupa dilihat dalam kehidupan beruk seperti babun mandrill dan babun gelada apabila haiwan jantannya mempunyai warna merah yang menandakan dominasi spesies jantan.
Dipetik dari Kosmo
.....
blh prcaya @ x?he2..
So, bg sape2 yg try n terbukti betul, blh lah share pengalaman..he2
Ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung (pula) kepada engkau ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku