Social Icons

Pages

Sunday, June 6, 2010

Musibah Isteri Curang..


KUALA LUMPUR: Ketika suaminya meringkuk dalam penjara, seorang wanita ligat berfoya-foya di kelab malam bersama lelaki lain hampir setiap malam dan tergamak meninggalkan tiga anak yang masih kecil di bawah jagaan ibu bapa mentua yang uzur.
Berikutan sikapnya yang curang dan tidak bertanggungjawab, ‘isteri terlampau’ berusia 25 tahun itu menerima musibah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah abang iparnya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun dibelasah abang iparnya sebaik saja dia selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, bersama empat rakan kira-kira jam 2.20 pagi, Rabu lalu.

“Ketika mangsa berjalan menuju kereta milik seorang daripada temannya, dia ditahan seorang lelaki yang mendakwa kenalan rapat suaminya. Lelaki itu mengarahkan mangsa menunggu seketika sementara abang iparnya dalam perjalanan ke pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik saja tiba di tempat kejadian, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka mangsa lebam dan matanya berdarah.

“Selepas puas membelasah mangsa, lelaki itu mengheret mangsa ke balai polis berhampiran dan meminta polis menahan mangsa yang didakwanya lari dari rumah dan sengaja meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil di bawah jagaan bapa mentua yang sudah uzur.
 “Sebaliknya, mangsa membuat laporan polis mendakwa dikasari dan dipukul secara tidak wajar. Mangsa yang parah di mata kanannya selain luka di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sumber itu berkata, berdasarkan siasatan awal, suami mangsa kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan terbabit penyalahgunaan dadah.

*harian Metro 7/6/2010....

2 comments:

Artzlizan said...

wah...dunia oh dunia...macam macam isinya

diriku said...

dunia skrg,mcm2 bnda blh jd..