Berita 1:
Suami tangkap isteri khalwat pada Hari Bapa
SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.
Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.
Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.
Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.
Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun.
Berita 2:
Padah kasih isteri orang
JITRA: Gara-gara menjalin hubungan dengan isteri orang, seorang lelaki cedera di muka dan bahagian badan akibat dibelasah sekumpulan lelaki di satu kawasan di Alor Setar, Khamis lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 18 tahun menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang juga isteri orang berusia 26 tahun dan sering ke rumah wanita itu di taman perumahan di Bandar Darulaman di sini, ketika suami wanita itu tiada di rumah.Mangsa mendakwa dipukul dengan kayu hingga menyebabkan mukanya parah dan dipercayai patah kaki.
Wanita itu mempunyai empat anak dan semua anaknya sering mengikut suaminya keluar berniaga menyebabkan wanita itu mengambil kesempatan membawa teman lelakinya masuk ke rumah mereka.
Mangsa, seorang pekerja kantin dipercayai berasal dari Pokok Sena dibawa dari tempat kerjanya di Alor Setar sebelum dibawa ke lokasi terbabit kira-kira jam 4 petang.
Menurut sumber, lelaki itu turut mengaku pernah mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan wanita terbabit di rumah wanita itu di Taman Mahsuri di sini, ketika suaminya keluar berniaga di negeri lain.
Sumber itu berkata, suami wanita berusia 28 tahun itu berang selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum menjemput mangsa di tempat kerjanya.
Disebabkan geram, lelaki itu membelasah mangsa bertubi-tubi sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk membuat laporan.
.............
"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan ALLAH, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik."
- Al-Baqarah 2:195
11 comments:
AstaqfirullahAlazim.... kes pertama memang teruk sangat.. dah nama dia tu pompuan..kenalah jaga keluarga.. syurla dah ada suami yg setia ngan dia.. tgok gambar tu pun gemuk je pompuan tu..
kes kedua - tu dua2 salah.. yg isteri org tu x puas seks rasanya ngan laki dia..manakala bukda tu ikut nafsu sedap je... so kedua2nya salah.. semoga Allah memberikan mereka jalan sinar kehidupan. Amin
teroknye manusie zaman sekarang ni..huhu
diorg nie. dh ader ank kot. kesian.
bodoh punya perempuan
dasar xda maruah
alahaii..memalukan..huhu..
tumpang singgah.. geheeee
Entahlah apa nak jadi ngan manusia sekarang ni...racun sudah menjadi manis..
mmg dunia nk kiamat dah...bwk2 la bertaubat
zmn skang
mcm2 jadi
T_T
Astarfirullahalazim.. ishk ishk...
org islam masih tak sedar gamaknya
kita skrg sudah berada d akhir zaman :)
waaaa...
dasatnye!
npe ek cndrung tuk curang?
erm...
lahai..jauhkan lar dari kita2 ni yerh....amin...
Post a Comment