Social Icons

Pages

Thursday, March 8, 2012

Aku Terima Nikahnya


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu... mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " - (Ar Rum : 21)


Perkenalan 


Sungguh pantas masa berlalu, Perkenalan selama hampir 7 tahun di abadikan kepada satu ikatan suci. Kisah perkenalan ketika kami di matrikulasi Kolej Mara Kulim sesi 2004/2005. Ketika itu diriku mengenali seorang gadis yang menarik minatku..he2..cantik, ayu, pemalu..Ketika itu, timbul perasaan dalam hati ini untuk mengenali si dia dengan lebih dekat. Tapi dalam hati ini timbul juga perasaan adakah si dia sudi..maka perasaan itu dipendamkan.


Bersua Muka

Tanggal 14 Oktober 2004, inilah kali pertama aku mula menegur si dia. Ketika ini kami menaiki bas yang sam untuk pulang ke Kelantan, cuti semester 1 Matrix. Perbualan yang amat pendek, tetapi sudah cukup membuatkan hatiku gembira.he2..


Zaman Percintaan


Selesai saja Matrix yang berakhir pada bulan 5 2005, si dia dan diriku membawa haluan masing-masing. Aku kat USM Kubang Kerian, manakala si dia menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Agak lama jugak tidak bertanya kabar, hampir setahun. Kemudian kami mula SMS, bertanya kabar..Tanggal 26/3/2006 merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah si dia. Ketika ini si dia cuti, balik kampung. Bertemu dengan ibunya yang sangat peramah. Menu hari itu adalah nasi lemak..he2..


Tempoh perkenalan kami selama 7 tahun ini terdapat banyak suka dan duka.. clash dan membawa haluan masing-masing. Tetapi alhamdulillah jodoh mempertemukan kami semula.



Kejayaan


Kesusahan, stress dan sebagainya sewaktu student dapat kami hadapi bersama. Saling memberi semangat yang tidak putus-putus beserta doa supaya dipermudahkan segala urusan kami itulah kuncinya di samping doa ibu bapa dan keluarga. Alhamdulillah, kami berjaya menggenggam ijazah..Terima kasih buat isteriku, keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan.


USM Penang 18 Mac 2011



UTHM Batu Pahat 29 October 2011


Pertunangan


Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke gerbang perkahwinan..




1 September 2011, kami mengikat tali pertunangan.. Bertemakan warna hijau merupakan warna pakaian kami pada hari itu.






Perkahwinan


"Mahasuci (ALLAH) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui." - 
(Yaasin 36 : 36)











Jumaat, 3 Februari 2012, kami berdua diijab kabulkan. Dengan 2 kali lafaz, maka secara sah aku menjadi suami kepada si dia. Alhamdulillah, perkenalan kami selama ini diakhiri dengan sebuah gerbang perkahwinan yang amat diharapkan oleh setiap pasangan.










"..Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.."


Cabaran, Harapan


 Cabaran bagi kami setelah berkahwin ialah berjauhan. Isteriku kini bekerja sebagai pensyarah di Kolej DRB HiCOM, Pekan, Pahang manakala aku bekerja di Kota Bharu, Kelantan. Sesunggunhya apabila berada berjauhan mengajar erti kesetiaan, kesabaran. Kerjayaku sebagai Doktor yang mempunyai waktu yang amat terbatas, suasana kerja yang amat stress, memang memerlukan isteri di sisi sebagai teman. 




Semoga suatu hari nanti, ada rezeki untuk kami, dan isteriku sentiasa ada disisi. Terima kasih tidak terhingga kepada isteriku yang selama ini banyak menyokong, memberi semangat kepadaku untuk aku mneghabiskan latihan Housemanship yang amat stress dan mencabar..semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan dan diberkati oleh ALLAH S.W.T.



“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” 
- (Surah Al-furqan: 74)



Penghargaan Buat Isteri


Terima kasih kepada isteriku kerana sentiasa bersama diriku menyedari bahawa tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Semoga kebahagiaan menjadi milik kita bersama.


"Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, pensyarah mahupun doktor atau jurutera, nalurinya adalah naluri wanita."





2 comments:

dwatyKNY said...

Dah lama tak jenguk sini... Maklum tuan rumahnya busy... Selain busy keja... Busy melangkah ke alam rumah tangga...
Tahniah buat @diriku dan isteri

diriku said...

He2..tanx dwaty :)