Social Icons

Pages

Friday, September 30, 2011

Breast Cancer Awareness Campaign - Paling Unik!!

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.
Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

Friday, September 9, 2011

Cukai 6% Untuk Topup Prepaid dan Simcard Baru



Bermula 15 September ni, beli topup & simcard starter pack pun akan dikenakan cukai sebanyak 6%..alahai..fikir-fikirkanlah patut ke tidak..




Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

Selepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin adalah antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat. Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi. Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September.

Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Mereka berdua dianggap sebagai musuh politik kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu.SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

Katanya, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna. Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka.

Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.Dalam Twitternya, Abdul Rahman melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar.

Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Thursday, August 18, 2011

Kembali..

Sudah lama sangat blog diriku ni tak terupdate..alhamdulillah..sudah masuk 18 hari kita berpuasa..semoga ibadat puasa kita ini diberikan ganjalan pahala yang besar di sisi ALLAH s.w.t..Hari ni merupakan hari last day utk Posting Orthopaedic atau bahasa mudahnya 'tulang'..he2..next week aku akan start posting Medical..antara 6 posting yang wajib dilalui, orang sangat gerun ngn 2 posting je, iaitu MEDICAL n O&G ( Sakit Puan)..yang lain-lain posting insyaALLAH tak seperit O&G dan Medical..

Kadang-kadang aku termenung memikirkan betulkah jalan hidup yang aku amik sekarang..memang betul apabila di depan nama kita bila ada "DR", pandangan orang ramai memang lain..hormat, cara bercakap dgn kita pun dah lain..tapi yang paling best, nak wat jadi menantu..heheh..

Tapi, being a doctor tak semudah yang sesetengah orang fikirkan..ramai yang ingat bila dah jadi Doktor, hidup senang, gaji banyak...sebenarnya banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum sesiapa yang ingin memilih kerjaya ni..paling utama sekali ialah bebanan kerja..soal tanggung jawab..jika nak dibangdingkan dengan gaji, memang tak sepadan pun..sebelum jadi Doktor ni, memang tak rasa..tapi bila dah stat keje, memang akan rasa.."MASA ITU SANGAT BERNILAI"..walaupun 10 minit boleh digunakan untuk tidur sekejap..

InsyaALLAH, aku dah dapat sesuaikan diri dengan kerjaya aku ini..dgn gaji inilah aku dapat bwk famili g jalan2 makan angin, Gambang Waterpark, Bukit Merah Laketown Resort walaupun masa kecil2 dulu cuma impian nak bercuti kat sana..syukur Alhamdulillah..Ya ALLAH Ya Tuhanku, semoga engkau berikan kejayaan kepada kami di dalam bidang kami ini, semoga dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri kami, keluarga dan anak2 kami, malah untuk semua insan yang memerlukan khidmat kami..Aminn...
 
Bukit Merah Laketown Resort
 

Gambang Waterpark

"BEING A DOCTOR is not just treating the patient himself, it is about him, his spouse, family, friends and all about his life.


"BEING A DOCTOR for ummah is not just about medical field, but how are you going to serve for rahmatan lil 'alamin..."

Sunday, July 3, 2011

Daku Pulang

Pintu masuk

 Goodbye Hosp K.Krai..mulai esok kembali semula ke hospital besar KB..selepas sebulan di sana..best..sebabnya tak bz sgt n specialist + M.O tersangat baik..tanx..ada jugak masa untuk rehat, tdo..he2..perkara yang xbest kat sana ialah oncall selang sehari..memang susah nak plan nak g mana-mana..tapi esok dah stat balik kt tempat asal..semoga dipermudahkan...

Friday, June 17, 2011

Merisik Seseorang

Lama dah tak update blog ni..banyak sangat perkara yang dah berlaku, memang tak sempat nak update dalam blog..yang paling penting, pada 26/5/2001, satu peristiwa yang penting jugak dalam hidup aku..merisik seseorang untuk dijadikan pelengkap hidup..InsyaALLAH kalau jodoh panjang, plan nak bertunang dulu lepas raya nanti..kemudian kawen..he2..tapi kursus xpegi pun lagi..semoga jodoh kami berpanjangan hendaknya..insyaALLAH..kepada si Dia, gud luck for ur Viva n Interview nanti k..all d best..