Social Icons

Pages

Thursday, August 12, 2010

Jadi Pengemis pun Boleh Jadi Kaya..

PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu. 

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.
Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.
Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.
Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).
Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.
Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.

....

Beruntung si Pengemis ni..xsangka2 blh jd kaya..he2

Monday, August 9, 2010

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak..



Firman Allah Ta’ala :

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)


Bulan Syaaban hampir sampai ke penghujungnya,
Bulan Ramadhan yg penuh keberkatan hampir menemui kita..
Bulan yg dibukakan seluas2nya pintu taubat..
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Semoga ibadah puasa kita pd tahun ini lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya..
Sama2 tanamkan niat utk lebih bykkan amal yg baik pd Ramadhan kali ini,
sbb belum tentu lagi kita akan sempat utk menemui Ramadhan yg akan datang..
Mudah2an diampunkan dosa2 yg terdahulu..
insyaALLAH.. 
Salam Ramadhan buat kawan2 semua..

Tuesday, August 3, 2010

Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah??




NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.
“Kami mendapati wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka,” katanya.
Menurut profesor di bidang psikologi itu, beberapa kajian mendapati wanita tidak menyedari tentang kesan warna merah tersebut.
Kajian itu yang menggunakan gambar sejumlah lelaki berpakaian berlainan warna dengan wajahnya dikaburkan mendapati kebanyakan responden wanita memilih lelaki berpakaian merah sebagai lebih menarik.
Saintis-saintis percaya kesan itu disebabkan kombinasi faktor budaya dan biologi. Kesan serupa dilihat dalam kehidupan beruk seperti babun mandrill dan babun gelada apabila haiwan jantannya mempunyai warna merah yang menandakan dominasi spesies jantan.


Dipetik dari Kosmo
.....

blh prcaya @ x?he2..
So, bg sape2 yg try n terbukti betul, blh lah share pengalaman..he2

Pregnant??


Pregnant??
Alhamdulillah..
Tahniah buat kedua2 kak iparku n kedua abgku....
InsyaALLAH kedua2 abgku akn mndpt gelaran 'ayah'
dan aku plk akn dpt gelaran 'uncle'..
cam tua plk ..ha2..
Semoga dipermudahkan kesemuanya..Aminn.. 

....

How to calculate EDD (Expected Date of Delivery)..
Bagi kwn2 yg ada kakak ke @ kak ipar ke yg pregnant..
Blh tahu tarikh yg dijangka bersalin 2..

Kena penuhi kesemua syarat2:
1) Sure of Date of LMP - Last Menstrual Period (Hari pertama dtg haid utk kitaran haid 
yg last skali)
2) Kitaran Haid dlm 28-30 hari
3) Not on breasfeeding within 3 months
4) Not using Contraceptive (pill, injection,implant) within 3 months

So, bila dh fulfill kesemua syarat,
Expected Date Of Delivery (EDD) = LMP + 9 bulan + 7 hari

Contoh: LMP = 12/2/2010
so, EDD = 12/2/2010 + 9 Bulan + 7 hari
= 19/11/2010..

.....
"Dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setitis mani, lalu dari
segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai seorang anak, kemudian
dibiarkan kamu sampai dewasa, lalu menjadi tua. Tetapi di antara kamu ada
yang dimatikan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) agar kamu sampai
kepada kurun waktu yang ditentukan, agar kamu mengerti."
- Al-Ghafir 40:67

"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani,
agar kamu bersyukur."
- An-Nahl 16:78

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk."
- At-Tin 95:4

"Dan ALLAH menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia
menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Tidak
ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan
dengan pengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan
tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab
(Luh Mahfuz). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH."
- Fatir 35:11

Sunday, August 1, 2010

Think n Think..



When we reach certain 'point' in our life,
we'll start thinking about life, mistakes that we've done in the past,
and that time we'll realize how 'not clever' we are..
problem n problem n problem that we've faced in our life,
makes us stronger even we're unnoticed..
 Sometimes,
Due to the repetitive similar problems,
we develop IMMUNITY towards that..
n that time we've become RESISTANT..

"the grass doesn't grow on the busy street"
 = that's why people that always using their brain to thinks had bold head..


 ....

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia
mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia 
mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."
- Al - Baqarah 2 : 286

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
- Al - Ankabut 29 : 2