Social Icons

Pages

Friday, May 18, 2012

Baby oh Baby

Boleh dikatakan setiap hari, kerja aku memang berurusan dengan baby @ bayi yang baru lahir..ada yang umur sejam, ada yang berumur 1 hari dan sebagainya..Setakat ini kemasukan ke wad neonate yang paling biasa ialah Penyakit Kuning atau Neonatal Jaundice (NNJ). Bila dah masuk rawatan yang diberikan ialah diletakkan di bawah lampu ultra yang berwarna biru - Phototherapy..bergantung kepada keputusan darah iaitu Serum Bilirubin, yang menentukan sama ada Single Photo atau Intensive Photo..


Jika bayi tersebut diletakkan di bawah Intensive Photo, setiap 4 jam sekali kena amik darah..kesian jugak kan kat bayi ni..menangis je setiap masa..he2..Faktor risiko yang utama seperti G6PD deficiency, ibu yang mempunyai kumpulan darah O, jangkitan bakteria..


Pengalaman bekerja di wad bayi ini yang paling awal belajar ialah How to start feeding in neonates..adjust feeding, increase feeding dan sebagainya untuk memastikan bayi mempunyai berat yang semakin bertambah..


Berurusan dengan bayi setiap hari, terdetik jugak dalam hati mudah-mudahan suatu hari nanti dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT untuk aku dan isteri dikurniakan zuriat yang soleh @ solehah..insyaALLAH..




“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
-  (Surah Al-furqan: 74)



Friday, May 4, 2012

Dulu dan Sekarang

Alhamdulillah..masih lagi dipanjangkan umur untuk terus bernafas dan hidup di muka bumi ALLAH swt..Syukur di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan..cepat masa berlalu..sekarang dah masuk Bulan 5..lebih kurang 2 bulan lagi Ramadhan akan menjelma..semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang..


Tentunya Ramadhan yang akan menjelma nanti berbeza..berbeza dari banyak segi..jika Ramadhan yang lalu, aku masih lagi solo..he2..sekarang sudah berdua diatas ikatan yang suci dan halal..cepatnya masa berlalu..


Alhamdulillah..sekarang aku telah berada di posting ke-5..Paediatric (Kanak-Kanak)..tak sabar untuk menghabiskan 6 posting kesemuanya..masa 1st posting dah plan bila abis kesemua 6 posting, nak terus keluar ke Klinik Kesihatan..rilex skit, banyak masa, kerja pun office hour..boleh luangkan masa pada famili dan lain2..kalau dibandingkan kat hospital besar mcm Kota Bharu ni, bz sangat...


So, sekarang ni apabila berada di posting Kanak-kanak ni, perkara yang susah sikit ialah bila nak amik darah baby..oo..susah2..lebih-lebih lagi yang prem..lahir tak cukup bulan..urat halus macam benang..kena betul2 sabar nak amik..he2..tapi berbanding dgn posting yang sebelum ni, posting di Jabatan Kanak-Kanak ni lebih rilex skit..rasanya betul kot..banyak jugak off day..


2 minggu lepas sempat jugak Honeymoon dgn isteri tercinta..he2..KB-Perlis-Langkawi..Perjalan yang amat best, lebih-lebih lagi bila berada di Perlis..i luv Perlis..suasana kampung dgn sawah padi..owh..amat tenang sekali..rasa macam nak je buat rumah kat Perlis suatu hari nanti..he2..




Di Atas banjaran Titiwangsa

Suasana kampung..Bintong, Perlis


Pulau Dayang Bunting, Langkawi..Perasan tak seperti perempuan mengandung yang terbaring??