|  | 
| Congrates to all my Juniors..he2 | 
KOTA BHARU 10 Mei - Universiti Sains Malaysia  (USM) terus menjadi 'kilang' dalam mengeluarkan doktor perubatan bagi  memenuhi keperluan negara.
Buktinya, USM sehingga kini telah mengeluarkan 3,204 doktor dalam  pelbagai bidang selepas kursus perubatan mula diperkenalkan di  universiti itu pada 1981.
Terbaru, seramai 169 pelajar tahun akhir kursus perubatan di Pusat  Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian  dekat sini, menamatkan pengajian mereka.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata,  kejayaan yang dicapai bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ia  memerlukan perancangan rapi dan pengorbanan.
Ini kerana, katanya, tidak semua orang berpeluang untuk mengikuti  kursus perubatan dan mereka yang terpilih serta berjaya menamatkan  pengajian bukanlah calang-calang orang.
"Dengan kejayaan itu, harapan USM adalah untuk melihat mereka  mengamalkan ilmu yang dipelajari sebaik mungkin, berlunaskan prinsip  etika dan kemanusiaan sejati," katanya dalam buku cenderamata sempena  Malam Graduasi & Citra Ilmu 2011, USM Kampus Kesihatan, di sini  baru-baru ini.
Menurutnya, lulusan perubatan USM perlu terus maju dan lestari dalam  kerjaya masing-masing, seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada  agama, bangsa dan negara, selain mengharumkan nama USM sebagai  universiti APEX pertama di negara ini.
Majlis graduasi itu dihadiri Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed.
Sementara itu, Dekan PPSP, Prof. Dr. Abdul Aziz Baba dalam ucapannya  berkata, kejayaan yang diperoleh adalah hasil titik peluh dan komitmen  serta usaha yang tidak berbelah-bahagi semua pihak.
"Justeru itu, graduan perlu mengingatkan kembali visi dan misi USM  serta menjadikannya sebagai landasan dan panduan dalam melaksanakan  tugas dan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata, harapan USM adalah supaya mereka menjadi pengamal  perubatan yang cemerlang dan profesional dalam memberikan perkhidmatan  terbaik kepada masyarakat.
Sempena majlis graduasi itu, Anugerah Pelajar Cemerlang diberikan  kepada Lim Yee Woon, manakala Anugerah Individu Terbaik Kajian Komuniti  & Kes Keluarga dianugerahkan kepada Noor Dalila Inche Zainal Abidin.
       ......................................
Tahniah utk USM..semoga 'kilang' terus maju mengeluarkan 'doktor'..he2
Teringat kata-kata seorang lecturer HUSM:
"When you had graduated, you had your wings..you can fly anywhere in this world..seek for knowledge, experience..
But as a bird, how far u fly, the bird will returned to his nest"
InsyaALLAH..One day, i will returned to HUSM..

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 
 
   

