Social Icons

Pages

Monday, December 6, 2010

Kesiannya Isteri..

Kesian kat isteri..tak pasal-pasal terlibat sama disebabkan sikap suami yang tidak bertanggungjawab..ye lah..dah la 'makan luar'..memang sah dah HARAM, tapi yang masalahnya bawa balik 'hadiah' yang boleh membunuh si isteri..pembunuh dalam diam..bunuh secara perlahan-lahan..alahai..apa nak jadi la..kesian isteri yang tak berdosa menjadi mangsa kebodohan si suami..ape pun, korang boleh baca petikan berita ni..





KOTA BHARU - Sikap segelintir suami yang kerap 'makan luar' dengan pelacur di negara jiran dikenal pasti menjadi punca ramai suri rumah di Kelantan dijangkiti penyakit HIV/AIDS berbanding wanita di negeri lain.

Presiden Majlis AIDS Se-Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan (gambar kecil) yang mendedahkan perkara itu berkata, gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.

"Ramai wanita yang menghidap HIV/AIDS mendapat (penyakit itu) daripada suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan mereka terdedah (kepada jangkitan HIV/AIDS).

"Misalnya orang lelaki selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana, mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya dengan dijangkiti virus berkenaan," katanya pada majlis sambutan Hari AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini semalam.

4 comments:

.waniey jamaludin. said...

xptt nye..kesian isteri2 x berdosa

A.I said...

ha'ahh la kejam sangat!
asal laa lelaki2 nih tak reti puas.
kesian binik dornag. haihh!

Ainismaira said...

laki2.. xckup ke isteri kat rumah.. mase nak ngorat bukan main lagi.. dah dpt buat mcm tu lak.. xrase rugi ke... isk3..

diriku said...

he2..betul2..masa nak ngorat tu, ayat memang jiwang2..pndai amik hati..tapi xberkekalan..