Social Icons

Pages

Friday, December 3, 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

* Gula rasanya RM1.90 kan dulu..silap type kot..

..............

Bila minyak naik, barang-barang keperluan yang lain gerenti akan naik harga jugak kan..alahai..
 
 

7 comments:

Anonymous said...

asik2 harge barang je yg naik....gaji xpulak naik2...hish!bengangnye..klu org bujang xpelah jugak...mcm mane dgn org yg menanggung anak bini ye?

diriku said...

tu la pasal..minyak naik, brg2 lain mmg akan naik jgk..gaji naik pun sama jugak kalau brg dah mahal..yg susah lagi susah ade lah..

Thalhah Amir said...

masalh tol la minyak ni. jalan kaki la pasni. huhu

Myra Arshad said...

alah. maybe minyak naek sbb nak cover bonus kasi kat pekerja gamen. kan kan ? hehehe

*memandai ja sy ni. mcm keja. huhu*

FA.SA'A said...

mnx mak support! HAHAHA :)

diriku said...

@myra : he2..mungkin betul jgk tu..

prunews said...

malaysiaku kini mahal ya .... huhuhuh