Social Icons

Pages

Thursday, June 3, 2010

Berapa GeniusKah Anda?


Artikel yg jumpa kt forum,utk dikongsi bersama..

UJIAN DEMENTIA

Betapa cekapkah anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)



Tuesday, June 1, 2010

millatfacebook cabar facebook....


ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
kesimpulannya,marilah kta sama2 utk pinggirkan facebook dan masuki web millatfacebook bg menyokong dan bersama2 dlm usaha menjadikannya laman terbesar Muslim..wallahualam....

millatfacebook


(dipetik dari akhbar berita harian 29 mei
2010)

Thursday, May 27, 2010

Subhanallah..Sungai Dlm Laut...


Firman ALLAH SWT : "Dia membiarkan dua laut yang (kemudian) keduanya bertemu, di antara
keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing"
- Surah Ar-Rahman 55 : 19-20


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? ”

- (Surah Fussilat 41 : 53)


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus”

- Al Furqan 25 : 53

Mr.Jacques Yves Costeau (Rancangan Discovery), ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis kagum dgn penemuan tersebut dan yg lebih mengagumkan beliau adalah perkara ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran yang telah diturunkan lebih drp 1400 tahun..Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam..
Rujukan diambil dari : http://inijalanku.wordpress.com/parti2/subhanallah-ada-sungai-dalam-laut/

Tuesday, May 25, 2010

Hati Oh Hati


The Unique of "Hati"

Regarding the Liver,
an organ that plays important function in human body,
an organ that play a major role in metabolism,
stored glycogen,
syntesis plasma protein,
produces coagulation factor,
and others..

hati & "hati"
same spelling, same pronounciation,
tapi 2 bnda yg berbeza..

Sunday, May 9, 2010

Journey Of Life




“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah Ayat 216

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertawakkallah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
– Surah Al-Imran 3:120