Social Icons

Pages

Sunday, October 21, 2012

Penghujung

Lebih kurang 2 bulan lagi, insyaALLAH aku akan menamatkan latihan Housemanship selama 2 tahun. Sekarang berada di posting terakhir sebagai houseman di jabatan A&E (Kecemasan)..masa yang berlalu dirasakan amat pendek..hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, kini aku berada di sini..

Bila saja tamatnya Housemanship Training, aku sepenuhnya bertanggungjawab terhadap segala perkara yang berlaku. Mudah-mudahan kerjayaku selepas ini dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Plan nak apply dulu Klinik Kesihatan, sebab waktu kerja Office Hour..tak perlu lagi berkejaran oncall, kurang masa untuk diri sendiri, keluarga dan masa untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang lain..he2..

InsyaALLAH selepas ini jika dimurahkan rezeki, akan bertukar ke Pekan Pahang untuk hidup bersama dengan isteri tercinta. Selepas berkahwin, masing-masing duduk berjauhan, amat-amat tidak best. Apa yang penting, selepas ini mempunyai masa hidup bersama lebi berkualiti sambil menunggu kelahiran baby sulung kami insyaALLAH awal tahun depan.

Pengalaman sebagai Houseman ini memang banyak mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan paling penting semangat yang tidak mudah putus asa untuk terus survived. Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari yang berlalu.

Berada di jabatan kecemasan memang banyak belajar. Acute Management, Diagnosis, plan of treatment, referral. Memang tak menyesal memilih jabatan A&E sebagai posting terkakhir berbanding jabatan bius. Walaupun jadual kerjanya yang panjang dan cuti pun memang sikit, tapi ilmu dan pengalaman yang didapati mudah-mudahan dapat digunakan bila dicampakkan bertugas di mana-mana hospital daerah atau klinik-klinik kesihatan.

Apepun, being a Doctor walaupun awalnya sangat-sangat stress dan hampir berputus asa, tapi pertengahan dan penghujungnya InsyaALLAH amat manis.. 

Thursday, August 16, 2012

Akademi Quran - Abdullah Fahmi

Bismillahhirrahmanirrahim...

Suara yang cukup lunak mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran..insan yang diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menghafaz serta membaca Al-Quran dengan lunak sekali..Tentunya kehadiran Ust Abdullah Fahmi Johan Akademi Al-Quran musim pertama ini telah sedikit sebanyak menarik jemaah untuk bersama-sama sembahyang Terawih di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh Kelantan..

Sepanjang Ramadhan ini, masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan telah diimamkan oleh dua orang Ustaz untuk solat Terawih yang diantaranya adalah Ust Abdullah Fahmi. Percayalah, bacaannya amat lunak dan asyik sekali. Beruntungnya jika kita sendiri dikurniakan bacaan dan hafazan seperti beliau.

Para Hafiz Quran ini memang mempunyai ingatan yang cukup kuat..bukan senang untuk mengahafal keseluruhan Al-Quran yang mempunyai 114 surah bukan..

Ust Abdullah Fahmi selepas ini akan menyambungkan pengajiannya di Mesir..sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau. Dan tentulah kami jemaah di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh mengharapkan beliau akan kembali semula untuk menjadi imam kami pada solat terawih yang akan datang jika dikurniakan peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..InsyaALLAH..


Tuesday, August 14, 2012

Syria dan Rohingya Myanmar Berdarah

Ketika umat Islam di Syria, Burma, Palestin ditindas dan dizalimi dengan sekejam-kejamnya, tanyalah pada diri kita apakah sumbangan kita pada mereka, saudara seagam kita "Adakah cukup sumbangan kita untuk mereka walaupun sekecil zarah?"..Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita merenung kisah seperti seekor kecil yang membawa air di dalam paruhnya untuk membantu Nabi ALLAH Ibrahim 'alaihissalam..sekecil-kecil usaha ini akan tetap dikira oleh ALLAH SWT walaupun kita tak mampu untuk menyumbang yang besar-besar..Sumbangan bantuan wang atau sebagainya bagi yang mampu dan doa untuk menyelamatkan mereka disana yang memerlukan..InsyaALLAH di saat Ramadhan masih lagi berbaki, bulan yang penuh berkat ini sama-samalah kita membantu mereka tidak kira sumbangan berbentuk fizikal ataupun doa..insyaALLAH..mudah-mudahan sumbangan kita ini dilipatkan gandakan ganjarannya oleh ALLAH SWT dan paling utamanya dapat membantu saudara kita disana...Sama-sama kita kongsikan kisah mereka supaya kita semua sedar apa yang berlaku sekarang..LET SHOW TO THE WORLD>..


Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...


GPM mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada masyarakat yang prihatin bagi menampung keperluan projek itu, dan ia boleh disalur menerusi akaun Bank Islam (14-023-01-02922-4) atau Maybank (5642-2161-1602). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian             03-6188 3239      .










Dan ini pula akibat kezaliman Rejim Basyar Assad di Syria..

Lagi pembunuhan yang berlaku disebabkan serangan Tentera Rejim Basyar Assad


Qiam With Me - Top Google Search & Getz Blogger



He2..tak disangka-sangka..Entry berkaitan QIAM WITH ME yang dipublishkan dari blog © DiriKu telah menduduki tempat pertama dalam carian Google dan Top 5 dalam senarai Getz Blogger..Alhamdulillah..ye lah..bukan senang untuk bersaing dengan blog-blog lain yang superb..ini menambahkan lagi semangat untuk terus berbloging..he2..


Friday, August 10, 2012

Qiam With Me - Malaysian Book Of Record

Alhamdulillah..Berkat Program QIAM WITH ME bersama KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V, telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Record.


Allahuakhbar....
Allahuakhbar....
Allahuakhbar....





Semoga KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V  dipanjangkan umur
untuk terus memerintah Negeri Kelantan Darul Naim