Social Icons

Pages

Thursday, March 31, 2011

Berita baik untuk Doktor..heheh

Hari ni kuar berita dalam Metro : Bina Kompleks Khas Untuk Doktor Atas Panggian..antara isi berita ni menyatakan hospital baru yang akan dibina akan dilengkapi dengan kompleks khas untuk Doktor oncal..em..yang ni memang hospital aku dah out sebab dah lama sgt dah terbina..he2..tapi yang paling penting, dalam pekeliling dinyatakan lepas oncal dapat off keesokan hari selepas menyelesaikan tugasan..kalau betul la, syukur sangat2 lah..he2



KEMENTERIAN Kesihatan akan memastikan semua pembinaan hospital baru dilengkapi kemudahan Kompleks Doktor Atas Panggilan bagi mengurangkan bebanan kerja pegawai perubatan di hospital kerajaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menerusi Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 4/2010, kementerian mengarahkan pengarah hospital menyediakan bilik khas supaya doktor atas panggilan bertugas dengan lebih selesa.

“Kementerian mengarahkan semua ketua jabatan menyediakan kemudahan bilik doktor atas panggilan untuk mengurangkan tekanan kerja doktor pakar serta pegawai perubatan, selain menyediakan lebih ramai pegawai yang menjalankan tugas atas panggilan, tempat letak kereta selamat dan makanan, bergantung kepada keadaan semasa.
“Malah, ada hospital menyediakan lounge untuk doktor dilengkapi kemudahan seperti televisyen, Internet dan sebagainya untuk keselesaan doktor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, pekeliling sama juga menjelaskan ‘Garis Panduan Bertugas Atas Panggilan Untuk Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah Di Hospital Kementerian Kesihatan’.

Katanya, garis panduan itu membolehkan pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan aktif berehat atau ‘time off’ keesokannya hanya selepas menyelesaikan tugasan.

Wednesday, March 30, 2011

Kerana Sayang..

Kisah benar tentang seorang datuk..mempunyai seorang anak perempuan..kemudian si anak itu berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak..sorang lelaki dan 2 perempuan..kerana masalah rumahtangga, bercerai dan meninggalkan kesemua anak-anaknya (yang bongsu masih lagi menyusu badan) kepada datuknya..kemudian menghilangkan diri begitu saja..datuk ini membesarkan kesemua cucu-cucunya seorang diri..sehingga semuanya dah besar, ada kerja sendiri..tetapi, malang tidak berbau kan..rumah mereka terbakar..si datuk ni berjaya keluar dari rumah..tetapi apabila teringatkan mungkin cucu-cucunya masih berada dalam rumah yang terbakar, si datuk ni masuk balik ke dalam..rupa-rupanya cucu-cucunya dah lama keluar..si atuk ni disambar api, melecur kulit badan..

Percentage of Burn = 30%..masuk ICU kat HRPZ..tetapi ALLAH lebih menyayangi beliau..meninggal dunia pada minggu lepas selepas 1 bulan dirawat dalam ICU..semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman..insyaALLAH...

Hebatkan 'kuasa' kasih sayang ni..sanggup berkorban tak kira apa jua..walaupun nyawa sendiri mungkin melayang...

Tuesday, March 15, 2011

Terima Kasih Dr..

Sekarang dah tak macam dulu..rileks, enjoy..kalau time student, blh lepak-lepak, ponteng kelas ke kalau malas..tapi time dh keje, dah ada tanggungjawab, tak boleh nak ponteng keje sesuka hati..my life now totally different..tapi walaupun kerja penat, bila rasa diri kita ni dihargai, rasa semua penat + letih tu hilang..

Ada sorang patient masa accompany dia buat procedure kt hospital, tak abis-abis minta maaf ngan aku sebab dia rasa cam dah menyusahkan aku.."mintak maaf Dr bazirkan masa Dr, penat-penat kena temankan saya"..so aku jawab xpe pakcik, memang keje saya..dan dia sampai sekarang pun kalau jumpa kat wad memang perkataan yang selalu keluar dari mulut ialah "Terima Kasih Dr.."

Moral of the story, kalau kita berbuat baik kat orang, layan dia dgn sebaik-baiknya, orang akan hargai kita..walaupun hanya bertanya kabar dengan soalan simple "pakcik ok x hari  ni?" membawa makna yang besar tau menunjukkan kita mengambil berat tentang pesakit tu..

Yang paling aku ingat, pengalaman masa oncall 3 hari lepas..ada sorang pesakit tanya kat aku..masa tu dah pukul 1pagi, "Dr tak tdo lagi ke?:..he2..alahai pakcik..kalau ikutkan hati lepas isyak lagi saya nk tdo tau..tapi sebab kalau oncall, keje xsetel, memang tak tdo la..


Tapi kerja sebagai Dr ni bukan selalunya dihargai, ada jugak sesetengah pesakit yang ego sikit..yang ni memang susah la, ni tak betul, tu tak betul..kalau semua tak betul, baik diorang rawat diri sendiri kan..betul x?


So, i'm learned to love my life, my career right now..My lecturer pernah bagitau dulu "Being a Doctor is willing to sacrifice.."camne tu ek?bagi kawan2 yg amik medic, nanti2 korang akan tahu maksudnya time keje nanti :-)

Thursday, March 3, 2011

Lady Boss Vs..

Em..betul tak ada orang cakap kalau orang pompuan kalau jadi BOS, memang cerewet sikit sebab diorang lebih strict..ada je yang tak kena..tapi orang cakap kalau orang laki yang jadi BOS, kebanyakannya jenis cool..betul tak?Apepun, jom baca dialog antara kami n ibu kepada pesakit kat wad..ha2..

Kami : Kak mudah ke dapat cuti, jaga anak kat wad ni?
Si ibu : dulu ok lah sebab BOS orang laki, senang sikit..sekarang BOS dah tukar orang lain, Lady Bos..susah sikit nak bagi cuti..
Kami : Kalau banding laki ngan pompuan jadi BOS ni, mana akak rasa lebih mudah berurusan?
Si ibu : rasanya mudah ngn BOS laki kot..kalau pompuan, cerewet sikit..sebab kalau saya jadi BOS pun, saya akan jadi cerewet jugak (sambil ketawa)..

ha2..apepun, entry ni bukan bersifat perkauman k nak cakap mana lebih baik, mana lebih bagus..bergantung pada individu tu sendiri jugak kan, ada yang bagus, ada yang kurang memahami..yang penting, bila kita dah jadi BOS, strict tu kena lah ada jugak baru anak buah respect..tapi kalau TERLALU over, masalah jugak kan..ha2

Thursday, February 24, 2011

Telefon bimbit punca barah?

Tajuk ni kita biasa dengar kan..bahaya jugak lah kan bagi sesiapa yang bergayut lama2 guna handset ni..
LONDON: Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia, lapor pakar perubatan, semalam.

Telefon bimbit juga meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang mendapat pelbagai penyakit contohnya seperti barah. Penyelidikan santifik terhadap beratus-ratus pengguna telefon bimbit yang terdedah kepada signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia di dalam otak sebanyak tujuh peratus. ‘Metabolisme otak’ ini berlaku di bahagian paling hampir dengan antena telefon bimbit - yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat atau menerima panggilan.

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh merangsang sel otak. Sesetengah pakar perubatan mengatakan anda tidak sepatutnya meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur dan syarikat telefon bimbit juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit. Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu.

Pakar penyelidik di Britain menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai penemuan terbaru itu. Ahli sains neuro, Profesor Patrick Haggard daripada Universiti College London, berkata: “Sekiranya penyelidikan lebih lanjut mengesahkan bahawa signal telefon bimbit memberi kesan kepada metabolisme otak, amat penting untuk mengkaji sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.”