Social Icons

Pages

Featured Posts

Wednesday, July 31, 2013

Iftar dan Qiam With Me 1434H/2013M

Alhamdulillah..selepas acara yang sama dianjurkan oleh Sultan Kesayangan Kelantan pada tahun lepas mendapat sambutan yang amat menakjubkan sehingga tersenarai dalam Malaysia Book of Record, klik sini untuk membacanya, kini dianjurkan lagi pada tahun ini sempena Ramadhan 1434H bersamaan 2013M..Tapi yang bezanya disertakan sekali majlis berbuka puasa disamping solat terawih dan kuliah Ustaz Azhar Idrus dan majlis Qiamullail.


Majlis ini akan diadakan pada 4-5 Ogos 2013 (Ahad dan Isnin) bersamaan 26-27 Ramadhan 1434H di Dewan Jubli Perak Istana Negeri, Kubang Kerian Kelantan bermula jam 6petang hingga 6.30pagi. Bagi yang tinggal berdekatan jika berlapangan, eloklah kita ramai-ramai memeriahkan majlis ini. Sesungguhnya majlis ilmu di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan dikurniakan ganjaran yang besar oleh ALLAH SWT..

Antara pengisian untuk program kali ini

4 OGOS 2013

7:30 malam
Majlis Berbuka Puasa, Solat Fardhu Maghrib, dan Santapan Malam Bersama KDYMM Sultan Muhammad ke V dan YTM Tengku mahkota Kelantan.

10:00 malam
Solat Fardhu Isyak, Solat Sunat Terawih dan Majlis Pengurniaan Zakat kepada 1434 Asnaf oleh KDYMM Sultan Muhammad ke V dan YTM Tengku mahkota Kelantan.

11:30 malam
Moreh Minda bersama Ustaz Azahar Idrus

5 OGOS 2013

3:00 pagi
Sejuta Istighfar, Qiamullail, Sahur dan Solat Fardhu Subuh bersama KDYMM Sultan Muhammad ke V dan YTM Tengku mahkota Kelantan.

SEMUA MUSLIMIN DIJEMPUT HADIR

Semoga Tuanku sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT dan menyuburkan Syariat Islam di bumi Kelantan yang tercinta..ALLAHHUAKBAR!!!

Sunday, July 28, 2013

Kelahiran Yang Dinanti

Assalamualaikum..alhamdulillah..Allahhuakbar..segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam..masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan waktu untuk terus hidup dan bernafas dia atas muka bumi ini untuk meneruskan hidup sebagai khalifah ALLAH SWT di muka bumi.
Sudah lama menyepi dalam dunia blog. Diriku masih lagi sama, cuma keadaan sekeliling telah berubah. Alhamdulillah..sekarang telah bergelar seorang bapa kepada seorang bayi yang cumell, anugerah ALLAH SWT kepada diriku dan isteri. Sekarang telahpun berumur 5 bulan, membesar dengan sihat, syukur padaMu Ya ALLAH.Benarlah, anak itu pengikat kasih sayang dalam sebuah ikatan keluarga, hubungan suami isteri.

Thursday, July 4, 2013

Penggulingan Dr Muhammad Morsi Presiden Mesir Yang Sah

Assalamualaikum...Umat Islam di seluruh dunia kini telah dikejutkan dengan Penggulingan Presiden Mesir, Dr Muhammad Morsi dan kerajaan pimpinannya yang kebanyakannya pengikut parti Ikhwanul Muslimin..sedih tak terkata..dunia umat Islam diratah dan diperlakukan sebegitu rupa..Pemimpin Dr Morsi merupakan seorang Hafiz Quran, mempunyai perwatakan yang seperti rakyat biasa, digulingkan dan akan didakwa atas alasan menghina mahkamah.. Tentunya ini adalah taktik dan usaha musuh-musuh Islam yang tidak mahu melihat kebangkitan Islam..Ayuh kawan-kawan sekalian..kita sama-sama berdoa untuk keadilan Kerajaan Islam Mesir dan diberikan keselamtan kepada pimpinan dan rakyat Mesir, saudara seagama kita....ALLAHHUAKBAR!!!



Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??


credit to : 

Ibnurijal.blogspot.com

Sunday, December 30, 2012

Nikon D90 DSLR

Dimulakan dengan bismillah..

Sudah lama menyepi..sekarang aku dah ada  hobi baru..iaitu photography..bulan lepas baru saja membeli sebuah kamera Nikon D90..memang terbaik lah kamera ni..dah buat research/ tanya orang dan baca forum..harga masih lg statik walaupun kamera ni sudah lama di pasaran..snap guna kamera DSLR memang berbeza..he2..tapi kena pandai nak guna..Sekarang ni masih lagi belajar dan sedang belajar..


1st Night shoot by Nikon D90 Putrajaya Presint 18

Sunday, December 9, 2012

Madu Sawda (MASAD)

Alhamdulillah..semakin ramai yang mendapatkan produk makanan Sunnah ini..masih belum terlambat untuk kita mengamalkannya..


“Anugerah Ilahi Yang Tidak Ternilai”

BAHAN : CECAIR PEKAT
JENIS PRODUK : MINUMAN KESIHATAN
BAHAN : MADU ASLI ( 80% ), HABBATUS SAWDA’ ( 20% ) 

KEGUNAAN : KEBERKESANAN YANG TELAH TERBUKTI SEBAGAI EJEN PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN SEJAK 1974.BERKESAN MERAWAT PENYAKIT YANG RINGAN,SEDERHANA DAN KRONIK TERUTAMA :
Kencing Manis, Gastrik, Buasir, Batu Karang, Buah Pinggang, Angin.
Sakit Puan, Keputihan, Senggugut, Insomnia, Athma, dan Ghout.
Memulihkan tenaga, & mental, kolestrol, Rheumatic dan Batuk yang lama
Kemandulan, Jantung, Lumpuh, Kanser, Mati Pucuk dan Sakit Buah Pinggang yang kronik 

ATURAN : MASAD dibancuh satu sudu teh dengan segelas air suam, diminum ½ jam sebelum mengambil sarapan.Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik jangan mengambil apa-apa makanan 1 jam selapas minum MASAD.
( Gunakan Sudu Plastik ) 

JANGKA MASA GUNA : 20 HARI / 40 HARI
KUANTITI : 120ml / 190ml
HARGA
120ml = RM 49-Semenanjung Malaysia, RM 55-Sabah,Sarawak
190ml = RM 65-Semenanjung Malaysia, RM 71-Sabah,Sarawak
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Bagi yang mencari Rahsia penyembuhan
Sunnah Nabi S.A.W. & dinyatakan dalam Al-Quran
Anda WAJIB BACA MAKLUMAT di bawah!

KELEBIHAN AMALKAN PRODUK MADU DAN HABBATUS SAWDA. KEMBALI KEPADA AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH YANG MULIA. KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH SWT DALAM Ramuannya yakni MADU ASLI TANAH ARAB , Habbatus Sauda
http://farm4.static.flickr.com/3128/2507913042_0d9dcfc565.jpg
Allah berfirman dalam AL-QURAN: "Dan Tuhanmu memberikan ilham kepada lebah: 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan." (Surah An-Nahl [16]: 68-69)

Sabda Rasullullah SAW:
"Tetaplah kamu dengan Al-Habbah Al-Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi penawar bagi segala penyakit kecuali MATI''
(H.R : Al-Bukhari/Muslim)

 COD : Sekitar Kota Bharu, Pasir Puteh Kelantan

Hubungi 019-9814470